Sahabat-sahabat Perjuangan

Wednesday, April 27, 2011

Kisah Perit Mat Rempit Anggun?

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi....

Usai sahaja solat asar dan bersalaman dengan Ummi, enjin skuter dihidupkan. Destinasi yang hendak dituju adalah ke kampus ku. Jaraknya tidaklah terlalu dekat dan tidaklah terlalu jauh. Kira-kira dua jam perjalanan jika tiada apa aral melintang.



Selepas bertolak 20 minit daripada rumah. Hujan mulai turun. Walaupun cuacanya cerah, walaupun ku meramalkan bahawa hujan tidak akan turun, namun dengan ketentuannya, hujan mulai turun. Lenjun bajuku, namun perjalanan ku tetap ku teruskan.



Kuteruskan perjalanan. Alhamdulillah, hujan mulai berhenti. Namun, selepas seketika, hujan mulai turun semula. Pada mulanya, bajuku yang basah itu mulai kering, namun ianya basah semula.Keadaan ini berterusan seketika. Kira-kiranya hampir 3 kali keadaan ini berselang seli. Hujan berselang seli dengan tidak hujan sepanjang perjalanan ku ini.

Selepas masuknya magrib, sampai sudah ku ke kampusku. Walaupun berbagai rintangan, ku bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi ini.

Kehidupan kita ini begitu juga. Kita akan menerima berbagai ujian. Kadang-kadang kita tidak "Ramal" masalah akan timbul.(Seperti kisah diatas dimana aku ramalkan hujan tidak turun walaupun cuaca cerah). Namun, jika kita sabar dengan ujiannya, InsyaAllah, ape yang kita kejar, ape matlamat kita pasti akan tercapai. Apa yang perlu anda ada, adalah jiwa sabar. Sehebat mana pun ujian, anda pasti dapat mengatasinya.....


Jejak jari
  1. Tengok skuter orang. Bandingkan dengan Sya2 (skuterku). Adakah aku tak jaga skuter aku dengan elok?
  2. Benci. Benci tengok gelagat orang yang tidak bersabar semasa di Jeti tadi. Hon dibunyikan semasa beratur untuk ke feri... hurm....
  3. Kelaparan. Walaupun sebelum bertolak dah makan.. =,="
  4. Selepas hujan pastinya pelangi akan timbul Pelangi. Setiap masalah mesti ada hikmahnya.....=)


Wednesday, April 20, 2011

Pasrah Segalanya......

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
 

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala pada Mu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau maha mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini  
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai




Ya Allah tidakku terdaya lagi 
Menahan dugaan yang mencabar ini 
Terasa bagai noktah telah kutemui 
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
 
Jejak Jari :
  1. Adikku yang kedua baru sahaja menamatkan pengajiannya Di Matrikulasi Penang. Semoga cuti panjang ini digunakan dengan sebaik-baiknya.
  2. Berkesempatan berjumpa dengan Ayah, Ummi, Adik ke-2 dan Adik bongsu tadi. Lepas rindu.
  3. Tamat Exam Dunia bukan Tamat segalanya.... masih banyak yang perlu dipelajari.....
 
 
 

Tuesday, April 19, 2011

Anda ada Penyelesaian tak untuk ketagihan rokok?

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi maha mengasihani..

Sambil mendengar lagu Suratan Slam, aku terbaca mengenai satu kenyataan ini di Facebook,


(KENYATAAN 1)
SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!
Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
(Saya petik maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)

(KENYATAAN 2)
Dikatakan pada masa lampau doktor yahudi pernah membedah seorang lelaki penagih rokok. Mereka dapati daging dan ototnya mengerut kehitaman, sum-sum tulangnya hitam pekat. Jantungnya seperti karang laut berlubang dan berongga yang mengering. Hatinya pula terbakar seperti dipanggang api. Sejak itulah doktor yahudi melarang penggunaan rokok. Sebaiknya mereka memerintahkan menjualnya ke negara2 muslim. Dari sinilah para ulama mengungkapkan pengharaman rokok kerana ihtiyath (berhati2 dalam mengambil hukum)

xxx


Jadi, nak dipendekkan cerita, kebanyakan masyarakat kita sedar mengenai akan bahayanya rokok kepada kesihatan kita, namun begitu, bilangan orang yang betul-betul mampu berhenti amatlah sedikit. Dan jika kita lihat, semakin ramai yang merokok. Lagi-lagi budak-budak sekolah dikawasan kampung, pekan, mahupun bandar.


Pihak kerajaan dah melancarkan kempen tak nak merokok, malah meletakkan gambar-gambar penyakit yang disebabkan gejala merokok, tetapi impak nya? Lihatlah Sendiri. Jika isu harga naik,contohnya harga minyak, tepung, gula dsb habis kecoh, namun jika harga rokok naik? Anda lihat sendiri...........

Kalau anda pergi ke pasar malam, ada sesetengah menjual kotak rokok yang canggih, style lagi elegen untuk menggantikan kotak-kotak rokok ini. Ada yang ada lighter, lampu dsb..... Katanya, sejuk mata memandang dari melihat gambar-gambar ni.... hurm... macam-macam.....


Isu rokok ini seperti tiada penghujungnya. KITA SEDANG KALAH secara mentalitinya. Aku pernah melihat satu video dimana Mat Rempit dimana dia mengalami kemalangan. Mulutnya mengucapkan perkataan Rokok..... Rokok....Rokok....... Bayangkan sendiri. Dimanakah ucapan Allah? Rokok yang dicari? Jika Mati?.........................

Isu rokok ni juga boleh menjadi sensitif kepada sesetengah golongan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang berumur. Sukar untuk menghentikan amalan mereka ini. Merokok sudah menjadi satu kebiasaan, kewajipan, dsb. Tidak Sah jika selepas makan tidak dijamu dengan rokok.

Marilah sama-sama kita memikirkan cara yang terbaik untuk menghapuskan Gejala Merokok ini. Sayangi islam, Sayangilah nyawa anda... Sekian......


Jejak Jari;
  1. Serba salah............ Tengok kaum kerabat ambil benda ni...
  2. Jadi, anda ada sebarang buah fikiran? cara penyelesaian, bolehlah kongsikan.... =)