Sahabat-sahabat Perjuangan

Wednesday, April 27, 2011

Kisah Perit Mat Rempit Anggun?

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi....

Usai sahaja solat asar dan bersalaman dengan Ummi, enjin skuter dihidupkan. Destinasi yang hendak dituju adalah ke kampus ku. Jaraknya tidaklah terlalu dekat dan tidaklah terlalu jauh. Kira-kira dua jam perjalanan jika tiada apa aral melintang.



Selepas bertolak 20 minit daripada rumah. Hujan mulai turun. Walaupun cuacanya cerah, walaupun ku meramalkan bahawa hujan tidak akan turun, namun dengan ketentuannya, hujan mulai turun. Lenjun bajuku, namun perjalanan ku tetap ku teruskan.



Kuteruskan perjalanan. Alhamdulillah, hujan mulai berhenti. Namun, selepas seketika, hujan mulai turun semula. Pada mulanya, bajuku yang basah itu mulai kering, namun ianya basah semula.Keadaan ini berterusan seketika. Kira-kiranya hampir 3 kali keadaan ini berselang seli. Hujan berselang seli dengan tidak hujan sepanjang perjalanan ku ini.

Selepas masuknya magrib, sampai sudah ku ke kampusku. Walaupun berbagai rintangan, ku bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi ini.

Kehidupan kita ini begitu juga. Kita akan menerima berbagai ujian. Kadang-kadang kita tidak "Ramal" masalah akan timbul.(Seperti kisah diatas dimana aku ramalkan hujan tidak turun walaupun cuaca cerah). Namun, jika kita sabar dengan ujiannya, InsyaAllah, ape yang kita kejar, ape matlamat kita pasti akan tercapai. Apa yang perlu anda ada, adalah jiwa sabar. Sehebat mana pun ujian, anda pasti dapat mengatasinya.....


Jejak jari
  1. Tengok skuter orang. Bandingkan dengan Sya2 (skuterku). Adakah aku tak jaga skuter aku dengan elok?
  2. Benci. Benci tengok gelagat orang yang tidak bersabar semasa di Jeti tadi. Hon dibunyikan semasa beratur untuk ke feri... hurm....
  3. Kelaparan. Walaupun sebelum bertolak dah makan.. =,="
  4. Selepas hujan pastinya pelangi akan timbul Pelangi. Setiap masalah mesti ada hikmahnya.....=)


5 comments:

Gud Luck said...

blog walking

chic Gucci shirts said...

wonderful moment!

hafiz-ahmad said...

Kamu sorang yang tahu menilai dugaan Allah.Semoga pengajian kamu lancar dan berjaya.

Mupmup said...

Conected with http://mup-pumart.blogspot.com

opht said...

good