Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Masa berdetik dengan pantas. Sudah lebih daripada sebulan aku menjalankan Latihan Industri (Praktikal) di salah satu syarikak di Pinang. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.
Penat, itu perkara biasa bagiku. Namun begitu, ilmu yang ditimba membuatkan diri ini merasakan bahawa penat itu berbaloi. Kadang-kadang, lewat malam baru mula menjamah makanan.
Bukak saja mukabuku, kebanyakan orang berkongsi tentang Mahahaha Lalak. Mahahaha Lalak tu salah satu rancangan dari Aslo (siaran berbayar di Malaysia). Kebelakangan ini, dan sebelum-sebelum ini, kebanyakan pesertanya tidak segan silu menggunakan perkataan Allah dalam lawak mereka.
Adakah perkataan Allah itu senang dimainkan dan mudah untuk dilafazkan ketika membuat lawak?. Adakah mereka tidak lansung merasa malu ataupun takut atas perbuatan mereka? Lebih mengecewakan, lebih 99% ketawa apabila peserta ini memasukkan elemen ini dalam persembahan mereka.
Orang cakap, lagi kuat orang ketawa, lebih banyaklah dia akan menangis. Bersedialah. Pasti akan ada musibah yang akan melanda.
Semoga kita sedar atas kesilapan kita............... InsyaAllah...........
Jejak Jari
- Mahahaha lalak........... rasa-rasanya anda tahu rancangan apakah ini?
- Sekarang tengah cuti seminggu. USM akan mengadakan satu Program, NRIC pada 22-25 June 2011. Jika anda berdekatan, marilah sertai bersama-sama kami =)
3 comments:
setuju :)
This is wonderful post
blogwalking...
mari singgah blog saya pula...
:)
Post a Comment