Sahabat-sahabat Perjuangan

Wednesday, June 29, 2011

Kemalangan situ sana sini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...............

Seperti biasa, kebiasaan paginya aku akan bertolak ke Balik Pulau dari USM. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 30 minit. Semalamnya baru sahaja melihat kereta Perodua Kenari kemalangan. Jadi, semasa dalam perjalanan ke Balik Pulau, terdapat lagi satu kemalangan. Kali ini ku ternampak kemalangan Motosikal pula. Seram sejuk aku pada pagi itu. Masakan tidak. Minggu lepas, baru sahaja melihat kemalangan motosikal. Terdapat seorang `Uncle` yang kemalangan teruk, dimana banyak darah yang mengalir-ngalir.


Gambar Hiasan

Kadang-kadang, hati ini terdetik juga perasaan, macam manalah jika musibah ini berlaku pada diri aku yang serba serbi kekurangan ini. Banyak lagi yang perlu diubah, disempurnakan.

Kadang-kadang, terfikir juga, jika berlaku satu kemalangan kepada diri ini, menyebabkan diri ini cacat selama-lamanya. Contohnya, nikmat melihat dengan kedua-dua belah mata, nikmat mempunyai sepasang tangan dan sepasang kaki, dan sebagainya. Mesti perit tika kehilangan nikmat Allah yang tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit.

Kadang-Kadang terfikir, sungguh kuat orang yang tidak mempunyai kesempurnaan fizikal ini. Walaupun tidak sempurna secara fizikal, tetapi mereka mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang yang sempurna fizikal ini. Bahkan, ada juga yang lebih bagus akhlaknya dari golongan yang sempurna fizikal ini. Bila dibandingkan dengan diri ini, seolah-olah aku merasakan diri ini tidak sesempurna mereka................

Kadang-Kadang cuba membayangkan diri ini di tempat mereka. Ya Allah, bertapa sukarnya. Contohnya, cuba anda buat kerja hanya menggunakan 1 tangan. Mampukah anda? Macam mana jika Dia menarik nikmat itu?

  
[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.


Jadi..... Bersediakah kita?


Jejak Jari :
1. Merasakan diri ini semakin jauh..... Semakin hilang.... Semakin Pudar..... Memerlukan Anjakan Paradigma!!
2. Merindui Tazkirah Cikgu Zul..... Entah mengapa... mungkin merindukan suntikan semangat dari beliau.
3. Baru perasan, post kali ini banyak kadang-kadang.... kan?  kan? hurm.....

6 comments:

Sofya said...

kadang2 sesuatu yang terlihat dgn mata kita menyedarkan kita secara xlangsung..

Anonymous said...

bwk motor baik2. jg diri ye.

cinta said...

kite sebagai manusia selalu lalai dan bangga diri sebab itu kita sentiasa memerlukan org untuk mengingati kite supaya tidak terpesong jauh...

Wanz said...

takdir kita telah ditentukan sejak azali lagi.....

tira lonely said...

suka baca post anda...membuatkan org yg mmbcer,berasa insaf...

zulfizan said...

2 hari sebelum raya,semua berhati hati lah di mana mana sekalipun.ingatlah orang yang tersayang