Sahabat-sahabat Perjuangan

Showing posts with label Cinta ku. Show all posts
Showing posts with label Cinta ku. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

Its a beautiful day, and I cant see it

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

Dunia ini indah. Cukup indah untuk kita hidup di atasnya. Kadang-kadang keindahan itu kita tidak mampu merasainya. Kita terlalu fanatik dengan dunia, teknologi, wang ringgit dan sebagainya. Kita tidak sedar di sekeliling kita ada pohon-pohon hijau, bunyi kicauan burung, bunyi-bunyi unggas serta bunyi dedaun hijau yang bergeseran ditiup angin. Kita terlalu bergegas dan pantas mengejar apa yang dilakukan oleh kita. Keindahan alam yang ada lenyap, hilang warnanya. Bunga ros yang sepatutnya harum tetapi hilang baunya. Ia menjadi seperti daun yang bewarna merah.


Aku semakin rasa kesannya. Semakin kita melangkah jauh dari umur kita yang muda, kita semakin meninggalkan  alam sekitar disekeliling kita. Jika semasa muda dahulu, kita sangat seronok jika dibawa berjalan oleh ibu bapa. Kadang-kadang hanya melihat burung-burung yang berterbangan sudah cukup membuat kita gembira. Kita sering berlari-lari diatas permaidani semulajadi yang bewarna hijau mengejar rama-rama yang berterbangan. Oh! indahnya.


“Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang diangkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagiyang beriman. orang-orang
“ ( An- Nahl : 79)

Bukan itu sahaja yang menjadi masalahnya. Kita juga tidak sedar kita juga semakin melupai maksud persahabatan. Semasa kecil, walaupun merebut permainan dengan sahabat, kita akan beralah dengan berkongsi dan bersahabat semula keesokan harinya. Kita masih lagi boleh berjalan bersama-sama kesekolah, berkongsi makanan ringan walaupun kuntitinya tidak banyak dan boleh keluar bermain bersama-sama ketika waktu petang. Oh indahnya.

Menjadi seorang sahabat tidak memerlukan sebarang sebab yang konkrit. Cukuplah kita saling memahami antara satu sama lain. Lidahpun bisa tergigit, namun cuba kita guna semula apa yang kita lakukan semasa kecil dahulu. Pemikiran tidak terlalu kompleks dan mudah kita memaafkan sahabat kita. Walaupun kita membeli 2 biji gula-gula yang berharga 10sen, kita mampu memberikan salah satunya kepada sahabat kita. oh indanya.......



Jejak Jari :
  • Menjadi dewasa bukan bermaksud kita harus melupakan zaman kanak-kanak. Janganlah terlalu ego. Belajarlah dari mereka.
  • Tidak sabar untuk ke majlis perkahwinan awal bulan 6 ini. =)
  • Dunia kotor! Alam Sekitar Kotor! Pemikiran Kotor! (Penyebab utama kita kian hanyut)
  • Oh indanya. (cuba mententeramkan diri yang __________ ).

Sunday, April 8, 2012

Prinsip Vs Kehendak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

Kian lama kian malas untuk mencoret. Aku boleh bagi 1001 sebab untuk tidak menulis, namun aku tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang suka memberi alasan.

Sejak dua menjak ini, mungkin ku dikelilingi orang yang berpasangan (Couple). Hinggakan ku merasakan alangkah bagus jika ku mempunyai seorang kekasih. Sehingga begitu sekali ku rasakan. Tiba-tiba lagu Letto- Permintaan Hati berkumandang?.Sila abaikan.



Fitrah manusia memang inginkan pasangan. Ku juga ada perasaan itu. Namun, sikap diri ini yang suka memendam menyebabkan perasaan tu tersimpan dalam kotak hati yang dalam. Namun tetap rasa ingin memiliki.

Baru-baru ini ada seorang kenalan ingin memperkenalkan adik beliau kepada insan yang bernama Hamzah ni. Perasaan ingin memiliki dan prinsip berkocak dan berlawan umpama cas positif dan cas negatif yang bertembung menghasilkan tenaga elektrik yang kuat.

Prinsip ku sekarang ini adalah bercinta selepas ada satu ikatan yang sah. Wanita ini adalah satu mahkluk yang amat sukar untuk difahami. Jiwa mereka boleh sekental besi waja dan boleh menjadi serapuh kaca. Berdasarkan pemerhatian, seorang lelaki ini boleh melembutkan jiwa wanita yang kental itu dan juga boleh mengeraskan jiwa wanita yang rapuh itu.

Jika aku mengambil keputusan untuk mengikuti kehendak untuk berpasangan, ini akan melanggar prinsip ku ini. Jika aku ingin mengikuti kehendak, aku tak pandai untuk mendefinisikan maksud cinta, sayang dan sebagainya. Cinta dengan berpacaran antara lelaki dan wanita tanpa ikatan yang sah tiada penghujungnya. Hanya boleh temujanji (dating), saling bertukar mesej ringkas (SMS), membuat panggilan, dan aktiviti-aktiviti yang boleh dikatakan tidak dirahmati. Rasa takut jika perhubungan yang boleh dikatakan haram ini sebelum berkahwin ini akan memberi kesan selepas pasangan tersebut menjadi Isteri mahupun Suami.

Apabila mendapat satu pasangan untuk diri ini, adakah mereka akan bersikap jujur?. Adakah diri kita juga boleh bersikap jujur? menurut pemerhatian ku, sikap seseorang itu boleh berubah dihadapan pasanganya. Hal ini disebabkan mereka ingin menimbulkan perasaan kagum dalam hati pasanganya.

Ya Allah, Kau hindarilah diri ku ini daripada melakukan maksiat. Kau kuatkanlah imanku. Kau jagalah bakal isteriku. Semoga bakal isteriku merupakan seorang muslimah yang solehah. Amin....

Jejak Jari :
  1. 2 dan 3 Jun ni 2 orang senior ku akan melansungkan perkahwinan. Semoga segalanya berjalan lancar dan aku mampu untuk menghadirkan diri semasa perkahwinan mereka tersebut.
  2. Bimbang dan resah sentiasa bergelora di jiwa ini. Hurm....

Thursday, July 8, 2010

Kisah Cinta Bintang pada Sang Bulan.

 Assalamualaikum W.B.T...dan Salam Sejahtera

Kisah Cinta Bintang pada Sang Bulan.

KENAPA bulan dan matahari tak dapat bertemu?
Sedangkan BULAN dan BINTANG adalah sahabat sejati???

Suatu hari pernah Bulan mendengar sebuah bintang berbicara pada bulan “Aku tidak ingin lagi menemanimu mulai malam ini dan seterusnya” katanya.
“Kenapa?” tanya bulan
“Padahal aku menyukaimu, aku menyukai malam-malam dimana kau ada dan menemani ku hingga fajar menjelang”
tetapi bintang itu hanya diam meredup dan bersembunyi di balik mega.
Justeru karena bulan menyukainya maka bintang itu menghilang.
Cinta memang aneh, bukankah ia seharusnya mempersatukan?
Bintang itu mencintai bulan.
Tetapi bulan tidak mencintainya, ia hanya ‘ menyukainya’.
Siapakah yang membeda-beda kan cinta dengan suka?
Kenapa bulan tidak membencinya saja, malah bulan menyukainya sehingga bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemaninya malam nanti.

Bukankah bintang seperti api panas,berkobar dan memberikan sinar?
Namun Bintang yang mencintai sang Bulan ini hanyalah sebuah bintang kecil yang berwarna merah.
Karena itu ia tak pernah dapat mengumpulkan keberanian untuk berkata pada bulan
“ Aku mencintaimu!”.
Bulan sendiri tidak pernah menganggap bintang sebagai lebih dari sahabat yang selalu menemaninya setiap malam, dan sesungguhnya bintang mengetahuinya.

“Aku mencintai matahari” kata bulan
”Ia dapat membuatku bersinar indah diwaktu malam.
Ia membuatku selalu ditunggu oleh para pencinta malam. Ia membuatku selalu dinanti oleh para pujangga yang yang menulis berbait-bait puisi tentang cinta hanya dengan melihat diriku di langit malam.

Bintang tak pernah habis berfikir kenapa bulan mencintai matahari, bulan bahkan hampir tak pernah bertemu dengan matahari dan ketika mereka bertemupun bulan akan kehilangan sinarnya.
Kita menyebutnya gerhana matahari,
Matahari tidak pernah memikirkan bulan, ia hanya bersinar dan memberikan sinarnya tanpa membeda-bedakan.
Ia bahkan tidak mengetahui kalau sinarnya dimanfaatkan oleh bulan untuk bersinar dimalam hari.
Ia hanya menganggap bulan sebagai benda yang kadang-kadang menghalanginya memberi sinar kepada bumi.

Atau Mungkinkah matahari mencintai bumi,??
Misteri

Bintang merasa tidak mendapatkan keadilan.
Kenapa bulan mencintai matahari yang bahkan tidak pernah memikirkan bulan, dan bukan mencintai bintang yang mencintai bulan dengan sepenuh hatinya?
Bintang juga merasa tak berdaya karena walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya kepada bulan agar selalu kilau kemilau, bintang tak dapat melakukannya karena jaraknya yang sangat jauh.

Matahari juga adalah bintang, bintang merah yang sama seperti dirinya, karena letak nyalah matahari dapat terlihat lebih terang daripada bintang.
Tapi bintang adalah bukan matahari, karena itu bulan tidak mencintai bintang.

Cinta memang aneh. Karena itu sekali lagi bintang berkata, kali ini kepada semua teman- temannya
“Aku tidak ingin lagi menemani bulan mulai malam ini”
kemudian ia menghilang (tak hanya meredup danbersembunyi di balik mega) dan tak pernah lagi menemani bulan.

Ku beritahu sebuah rahasia, sekarang Bintang itu turun ke bumi sebagai Bintang jatuh memberi harapan bagi permintaan sepasang kekasih agar mereka berdua dapat hidup berbahagia hingga akhir hayatnya.

Walaupun dia tak mendapatkan cinta sang Bulan,ia dapat menjadi berarti bagi sepasang kekasih menjadikan kisah mereka indah.

Di olah dari: cintadearhaniey.wordpress.com


p/s :
-aku baru sahaja sah sebagai salah seorang student minor astronomi....
-Menjadi MT dalam Kelab Astronomi
-berusaha untuk mengilap bakat berkomunikasi....adoi....

Tuesday, April 20, 2010

Cinta aku untukmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua




Dalam meniti hari di dunia Allah yang esa ini, kita tidak akan terlepas dari alam percintaan dan alam perkahwinan. Setiap insan mempunyao cara masing-masing untuk mencintai pasangannya. Penulis pun tidak pasti macam mana keadaan penulis satu hari nanti. Bagi penulis yang merupakan seorang pelajar, penulis perlu mencari cinta itu, namun penulis berharap penulis mampu mencarinya dan menggapainya.

Penulis agak tersentak pabila seorang sahabat meluahkan bahawa beliau menyatakan bahawa beliau mahu melupakan cinta. Rasa ingin bercinta dan dicintai itu merupakan fitrah bagi manusia. Masakan kita sebagai manusia biasa bisa melepaskan diri kita dari perasaan ini?. MAKAN, merupakan fitrah manusia. Boleh kah manusia tidak makan? begitu juga dengan cinta. 

Semuanya bergantung kepada kita, bagaimana kita meluahkannya. Hayati kisah ini..


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka


Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:


"Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu. Sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati."



Jadi, tepuk dada, tanyala iman anda wahai sahabatkui.....................



P/S : kadang-kadang rasa diri ini ingin berpasangan, namun masih banyak kekhillafan dalam diri ini. Adakah mampu ku mencari seseorang yang dapat menerima diriku ini seadanya? ...........


Perjalanan mencari cinta dibumi Allah ini. Jalannya amat sempit.....sabarlah wahai sahabatku............