Sahabat-sahabat Perjuangan

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Bukan semua perkara yang dijangka akan berlaku

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang.

Saban hari semakin nampak kesungguhan anak buah EKSPEN 2012. Tersenyum. Harap semuanya semakin rancak dan lancar. Keadaan di Unit Kaunseling semakin meriah dengan kehadiran Kak Ogy yang sudah lama bercuti, walaupun baru-baru ini UK dikejutkan dengan kes berat yang berlaku di USM. Saya rasa semua tahu tentang akan kes tu. [bukan kes itu yang henda dibincangkan]

Semalam ada banyak program yang berlansung di USM. Banyak gerai makanan, minuman, aksesori, pameran dan sebagainya. Walaupun tidak membeli apa-apa, suasana disekitar sangat menarik. Pelbagai ragam yang boleh dilihat.



Terdapat satu sudut untuk menderma darah. Rasa teruja kerana sudah lama tidak menderma. Untuk pengetahuan semua, selepas kali pertama menderma, ku semakin rajin untuk menderma darah. Jujur menderma buat kali pertama agak menakutkan kerana jarum untuk sedut darah terlalu besar. Tersenyum pabila mengenangkan menderma darah buat kali pertama di Kolej Matrikulasi Johor dulu.

Selepas mengisi borang untuk menderma, berat ku ditimbang. Ada sedikit peningkatan untuk berat. Ini memberikan sinar yang baik bahawa aku boleh menderma seperti biasa. Namun selepas kepekatan darah ku di ambil, berita yang tidak gembira terkeluar dari mulut jururawat yang bertugas.

Adik kepekatan darah adik tidak mencukupi untuk menderma.

Terngamam buat seketika. Selama ini, tidak ada sebarang masalah tika ku menderma darah. Jadi jururawat tersebut telah menasihati aku supaya makan hati bayam dan sebagainya. Haruslah ku tak menggemari itu semua. Kepekatan darah aku pada ketika itu adalah 12.9. Seorang lelaki yang mahu menderma darah seharusnya mempunyai kepekatan darah sebanyak 13.5 manakala untuk wanita 12.5. [menurut jururawat tersebut ].

Begitulah juga kehidupan. Tidak semua perkara yang kita jangkakan akan berlaku walaupun perkara tersebut sudah pun berlaku banyak kali. Contoh terdekat, Dato Lii Cung Weh merupakan pemain tenis yang hebat. Beliau merupakan pemain tenis no 1 didunia. Dalam 1 perlawanan beliau dijangka mendapat tempat pertama. Namun secara tiba-tiba bahunya tercedera dan terpaksa tarik diri semasa perlawanan akhir.

Pernah terjadi pada diri anda? macam mana anda mengatasi dan menghadapinya? Bagi saya apa yang penting adalah menerima apa yang berlaku seadanya. Semua yang terjadi akan membawa diri ke jalan atau simpang yang baru. Bersangka baik dengan apa yang berlaku akan menyebabkan diri ini tidak terlalu pantas untuk merasa kecewa.

Jejak Jari :
  1. Esok akan pergi ke majlis perkahwinan Pengarah Ekspen 2010. Harap semuanya berjalan lancar =)
  2. Banyak dugaan untuk menulis blog ni. Walaupun ada idea, tetapi idea tersebut susah untuk keluar sebagai satu tulisan yang berkualit. Akhirnya idea tersebut terkubur.
  3. Esok juga ada satu ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid Negeri Pulau Penang. Marilah sama-sama kita memeriahkan majlis agama tersebut =)

Tuesday, February 7, 2012

Bila sakit baru teringat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dengan Bismillah, enjin skuterku dihidupkan. Hari ni seorang sahabat mengajakku untuk pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang. Ibunya terpaksa ditahan kerana berlakunya pendarahan dikawasan lengan. Disitulah paip dialisis dimasukkan untuk mencuci darah. Perkara ini menjadi kebiasaan buat seseorang yang buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Sindrom bagi penyakit ini kebiasaanya berat badan akan naik secara mendadak. Untuk info berkenaan tanda-tanda penyakit ada boleh rujuk di sini. Alhamdulillah. Keadaan beliau semakin baik. Namun beliau terpaksa menunggu rawatan lanjut dari doktor pakar kena doktor tersebut masih bercuti.

Semasa disana bermacam ragam yang saya lihat. Ada yang parah, ada yang mengalami cedera tidak berat dan sebagainya. Masing-masing mempunyai penyakit yang berbeza. Namun begitu, ada salah satu diantara mereka menarik minat ku. Pesakit ini terpaksa diambil daging dari tangannya untuk digunakan pada kepalanya. Rawatan ini juga dikenali sebagai Stem cell treatment.

 Antara bahan bacaan menarik untuk Stem Cell Treatment

Difinisi Wikipedia menyatakan :
Stem cell treatments are a type of intervention strategy that introduces new cells into damaged tissue in order to treat disease or injury.

 Antara contoh-contoh proses untuk menggantikan sel-sel lain

Entah mengapa. Sejak zaman Matrikulasi, badan ku mula meremang apabila mengingati atau membayangkan teknik rawatan ini. Bayangkan kulit atau isi anda dipotong dan digunakan untuk menampal bahagian yang rosak, terbakar atau berlubang pada badan anda.


Lebih menarik, teknik rawatan ini juga digunakan untuk menggantikan saluran darah dalam badan, dimana saluran darah dari bahagian lain akan digunakan untuk menggatikan saluran darah yang lain.

Kadang-kadang bila difikirkan, perkara ini sama macam cubit paha kiri, paha kanan terasa. Dalam organisasi kadang-kadang perkara itu juga berlaku. Jika satu department membuat masalah, department lain dalam organisasi tersebut juga akan mengalami masalah. Contohnya, jika department 1 perlu melakukan perkara A dan department 2 perlu melakukakn perkara B. Perkara B tidak dapat dimulakan jika perkara A masih belum diselesaikan. Jadi department 2 tidak dapat memulakan kerja sekiranya department 1 masih tidak menyelesaikan perkara yang ditugaskan.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan. Oleh itu kepada pembaca, jika anda melakukan sesuatu, fikir-fikirkanlah berkenaan kesan yang akan berlaku kepada orang lain atas tindakan anda. Bukan apa, kadang-kadang rasa kasihan kepada pihak lain yang terpaksa bersabar untuk menghadapi dugaan disebabkan tindakan anda. Renung-renungkanlah.....


Jejak Jari :
  1. Semasa di hospital tadi ada kes tetak menetak menggunakan parang. Ngeri........
  2. Setiap penyakit itu merupakan kifarah kepada kita. Beringat-ingatlah ketika sakit. Ingatlah kepada-Nya. Selepas sembuh jangan pula cepat lupa kepadaNya...
  3. Mencari Tanah. Mencari Buluh. Membuat Arang, jadi Berperang (dengan FYP).... oh........