Baru-baru ni kisah perkahwinan Liza Surihana dan Yuzra SKRU hangat diperkatakan. Gambar mereka banyak di siarkan di dada akhbar mahupun di ruangan maya.
Gambar Tsuruhime Kakuranger (Gambar Hiasan)
Beberapa hari yang lepas, semasa menjalankan tugas di Sektor Kesejahteraan Pelajar, salah seorang staf sedang menyelak surat khabar. Suasana yang senyap tiba-tiba dipecahkan oleh suara beliau.
S : Hamzah, Liza Surihana ni cantik kan?
Aku : Err.. Cantik ke? saya rasa biasa-biasa je (nada bersahaja)
S : Kalau dia tak cantik, macam manalah orang yang cantik buat kamu?
Aku tersenyum sambil berkata-kata dengan tenang. Secantik mana pun kecantikan luaran, tanpa kecantikan dalaman menyebabkan kecantikan luaran terhapus. Kecantikan luaran tidak kekal. Akan hilang dimamah masa ataupun nikmat kecantikan itu ditarik semula oleh ilahi.
Kadang-kadang aku terfikir. Wanita yang berwajah cantik ni pun banyak dugaannya kan? Banyak lelaki yang akan cuba dekati? Sama juga untuk lelaki kacak. Nasib baikla ku tak berapa kacak.
Sekian.
Tersenyum. Dapat satu pesanan ringkas daripada bekas pelajar. =)
Jejak Jari :
- Minggu ni adalah minggu yang tidak stabil. Banyak benda perlu difikirkan dan diselesaikan.
- Bimbang dengan amalan yang dilakukan. Sepertinya tidak dapat istiqamah. Mencari diri sendiri yang hilang.
- Azam 29 Februari 2012 adalah untuk makan cucur udang. (ok mengarut)
- Kenapa tak letak gambar Liza Surihana? ( err.... tak ada gambar yang bertudung? dan rasa tak perlu kot? )
- Mencari kecantikan~~~


