Sahabat-sahabat Perjuangan

Sunday, April 25, 2010

Guna Meriam Tembak Jawapan Atasi Soalan Susah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jangan dengan tajuk post penulis ni. Sebenarnya saja nak buka mata pembaca yang sedang menjalani peperiksaan akhir semester. Agak berderau juga darah penulis pabila bakal menghadapi paper killer ni. Jadi, apa yang penulis mampu hanyalah, mendoakan yang terbaik.


Jadi, tajuk entry ini bukan sekadar suka-suka. Sebenarnya penulis ada sesuatu yang berbeza yang ingin penulis kongsikan disini. Iaitu,

Guna meriam tembak pewangi atasi bau busuk

 


BEIJING - Sebuah pusat pelupusan sampah di sini akan memasang lebih 100 laras meriam untuk menembak pewangi bagi menangani bau busuk sampah yang menyelubungi ibu kota China itu ekoran cuaca panas.
Ketua seksyen daerah, Zhang Quanhong berkata, meriam dicipta sendiri petugas pusat itu susulan pihak berkuasa Beijing memohon maaf kepada jutaan penduduk yang terpaksa menghidu bau tengik sampah dari situ.
Meriam tersebut berfungsi seumpama penyembur pewangi jarak jauh dengan melepaskan cecair yang diperbuat daripada ekstrak tumbuhan serta akan menutup bau busuk di 13 buah pusat pelupusan di sekitar Beijing, kata agensi berita rasmi Xinhua.
Dianggarkan 17.5 juta warga Beijing menghasilkan 18,400 tan sampah sehari, menyebabkan bau busuk dan ramai mengadu tidak dapat tidur waktu malam. - Agensi


Sebagai seorang pelajar Environmetal Teknologi, tidak mustahil Malaysia juga akan mengalami masalah yang sama. Untuk mengurangkan impak pembuangan sampah yang berlebihan, diharap pembaca dapat mengamalkan konsep 4R.... Reuse, Recycle, Reduce dan Rethink........ nak info lebih lanjut pasal 4R click sini


Sedikit sebanyak dari saya, Muhammad Hamzah b. Abdul Hamid, melaporkan untuk Tv 11.... Kembali ke Pentas..... MySpace

Thursday, April 22, 2010

Kisah si Ikan Keli

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sebelum saya mulakan penulisan saya, baik saya mulakan dengan mukadimah. Apa yang anda tahu menegenai ikan keli ini?

Ikan keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, Ikan Semilang hanya hidup dilaut.

Menarik tentang ikan keli ini ialah
  1. Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan kuno ikan keli berasal dariapada berudu, iaitu anak katak.
  2. Jika orang matilemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh  ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin cerita-cerita sebegini, ikan keli "kurang digemari" di Hilir Perak dan Kampung Gajah Perak
  3. Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga

Untuk pengetahuan semua, penulis menggemari menjamu ikan ini. Namun begitu, penulis agak kecewa kerana ada pihak penternak yang tidak bertanggungjawab hanya ingin mengaut keuntungan.Penulis ada dua artikel untuk dikongsikan bersama-sama pembaca.

Artikel Pertama

KERATAN Kosmo! 19 april 2010
KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan BABI adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.

Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam.

"Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak, maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.

"Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut," tegas beliau.


Artikel ke Dua

PUTRAJAYA: Memakan haiwan ternakan, termasuk ikan keli yang diberi makanan sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai pengharaman itu sudah diwartakan. 

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Amri Abdullah, berkata fatwa pengharaman itu wajar menjadi panduan kepada umat Islam bagi mengelak membeli hasil ternakan haram dimakan. “Umat Islam perlu berhati-hati dan mengelakkan memakan ternakan seumpama kerana fatwa mengenai kesahihan haram atau halal sudah dikeluarkan,” katanya kepada Berita Harian, ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai seorang penternak ikan keli di Taman Agro Teknologi Pertanian Bestari Jaya di Kuala Selangor, Mohd Fadzil Ibrahim, mendakwa ada ikan keli yang diternak bukan Melayu diberi makan seperti perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. 

Namun, Mohd Amri berkata walaupun Jakim bertanggungjawab terhadap persijilan halal seperti ditetapkan oleh standard ISO MS150 2009, pihaknya tidak berhak memeriksa produk yang tidak mempunyai persijilan halal atau tanpa logo halal. 

“Jakim hanya boleh memeriksa pengeluaran, penyediaan, pemberian makanan, penyembelihan, pengendalian, penyimpanan dan pembungkusan bagi produk yang ada sijil halal, Pendek kata, semua proses dari ladang hingga sampai kepada konsumer di meja makan adalah dalam bidang kuasa Jakim. 

“Bagaimanapun, bagi produk yang tiada persijilan halal atau menggunakan logo halal, ia tidak bermakna bahan terbabit haram dimakan tetapi pengguna harus menggunakan budi bicara dan jangan beli sekiranya was-was,” katanya. 
Beliau berpendapat adalah berbaloi bagi pengusaha hasil ternakan seperti ikan keli, yang sebahagian besar pelanggannya adalah orang Melayu atau umat Islam, memohon persijilan halal bagi menghapuskan syak wasangka terhadap kesahihan status halal produk yang dipasarkan.


Hurm... tepuk dada, tanyalah iman. Kita sebagai pengguna, ape tindakan kita? Mahu ke makan Ikan "lele" (bahasa jawa) yang haram ni?

Chef Az, nak tanye, ada cara ke nak membezakan antara keli yang Haram dan yang Halal?

Yosh... dah lame anda tak tanye soalan. ada caranya... cara-caranya ialah...........








IKAN KELI YANG MAKAN BAHAN HARAM (kumbahan ladang babi / usus babi)


1. Kepala berbentuk "V"
2. Bentuk badan mirip topedo
3. Badan berwarna hitam berkilat.
4. Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5. Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6. Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


IKAN KELI YANG MAKAN MAKANAN ALAMI


1. Kepala berbentuk ‘U’ 
2. Bentuk badan tirus
3. Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4. Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
5. Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
6. Digoreng tidak meletup
(diambil dari sini)



Sungguh kuciwa... mungkin 1 hari nanti penulis perlu buka kolam penternakan ikan keli.....ada sape-sape nak tempah? =)

P/S : sebenarnya, banyak benda yang boleh penulis tulis pasal ikan keli ni...... rasanya, teman-teman yang lain sudah banyak menulis pasal masalah ini. Cuba anda berGoogle..

Tuesday, April 20, 2010

Cinta aku untukmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua




Dalam meniti hari di dunia Allah yang esa ini, kita tidak akan terlepas dari alam percintaan dan alam perkahwinan. Setiap insan mempunyao cara masing-masing untuk mencintai pasangannya. Penulis pun tidak pasti macam mana keadaan penulis satu hari nanti. Bagi penulis yang merupakan seorang pelajar, penulis perlu mencari cinta itu, namun penulis berharap penulis mampu mencarinya dan menggapainya.

Penulis agak tersentak pabila seorang sahabat meluahkan bahawa beliau menyatakan bahawa beliau mahu melupakan cinta. Rasa ingin bercinta dan dicintai itu merupakan fitrah bagi manusia. Masakan kita sebagai manusia biasa bisa melepaskan diri kita dari perasaan ini?. MAKAN, merupakan fitrah manusia. Boleh kah manusia tidak makan? begitu juga dengan cinta. 

Semuanya bergantung kepada kita, bagaimana kita meluahkannya. Hayati kisah ini..


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka


Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:


"Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu. Sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati."



Jadi, tepuk dada, tanyala iman anda wahai sahabatkui.....................



P/S : kadang-kadang rasa diri ini ingin berpasangan, namun masih banyak kekhillafan dalam diri ini. Adakah mampu ku mencari seseorang yang dapat menerima diriku ini seadanya? ...........


Perjalanan mencari cinta dibumi Allah ini. Jalannya amat sempit.....sabarlah wahai sahabatku............

Sunday, April 18, 2010

Siapakah kita?

Assalamualaikum..w.b.t

Minggu ni, di kampus penulis bermulanya minggu exam. Secara Am nya, mungkin semua agak tertekan dengan debaran untuk menghadapi ujian dunia ini.

Untuk mengembalikan "perasaan" kita kepada Allah, penulis berbesar hati untuk berkongsikan sedikit pertanyaan dan jawapan untuk persoalan itu agar kita tidak leka.

Siapakah orang yang sibuk?
-Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..


Siapakah orang yang manis senyumanya?
-Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata

“Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.~”
Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.












Siapakah orang yang kaya?
-Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
-Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
-Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
-Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Sekadar disini dahulu..... penulis mahukan yang terbaik untuk pemaca sekalian. Penulis ingin mengambil peluang untuk memohon maaf jika terdapat salah dan silap penulis... jumpa lagi. InsyaAllah



Tuesday, April 13, 2010

Activated Carbon

Assalamualaikum

Disebabkan malas nak study, jadi Az menulis sambil study. Mantop tak gitu? hehe

Apekah itu activated carbon? activated carbon adalah carbon yang porous. Dimana banyak rongga-rongga di dalamnya. Ini lah activated carbon.


Untuk pengetahuan semua, activated carbon ni amat penting untuk menghasilkan air yang bersih. Biasanya ia diletakkan dalam sistem penapisan air. Jangan terkejut jika Az menyatakana bahawa 1 gram activated carbon ini mempunyai surface area melebihi 500 m2. Hebat kan? Ini disebabkan rongga-rongga yang Az cakap sebentar tadi. Tak percaya? Meh kita zoom kan die guna electron microscope.



Hebat kan? Jadi semestinya, activated ini amat sesuai untuk proses penapisan air. Gambar di bawah ini menunjukkan mechanism penapisan air menggunakan activated carbon.


Ciptaan Allah semua hebat. Bergantung kepada kita bagaimana kita menggunakan ciptaan Allah yang diciptakan kepada kita. Jika pandai kita guna, maka bermanfaatla alat itu. Jika kita menggunakan sebaliknya.....................Contohnya. Pabila uranium disalah gunakan? Pabila E=MC2 disalah gunakan...




Antaranya, cendawan ini akan tumbuh...dan kesannya?...








"Sesungguhnya Kami ( Allah) telah mengemukakan amanat-amanat ( tugas-tugas ) kepada tujuh petala langit, bumi dan gunung ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil. "         Surah Al-Ahzab (33:72)

Renung-renungkanlah saudaraku......

Sambung study balik. Doakan kejayaan penulis MySpace 


Tuesday, April 6, 2010

Aku seorang Student SK Part 2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya AGM Pusat Pengajian (PP) penulis berjalan dengan lancar. Tiada Isu yang berkaitan dengan pisau. hehe ( PRK kampus hari tu ada kes pisau ). Semua selamat.

Seperti yang penulis jangkakan, mesti ada diskriminasi kaum yang berlaku pada AGM PP penulis sebentar tadi. Kerusi MT dipegang oleh 3 orang melayu dan seorang cina, manakali kerusi Exco dan Penolong Exco, 4 melayu, 7 cina dan seorang Cinyu ( penulisla... hehe ).

Secara keseluruhannya, kerusi PP penulis dipegang oleh Melayu. Mungkin disebabkan bilangan pengundi Melayu yang melebihi sedikit daripada cina, menyebabkan kerusi MT kebanyakannya dipegang oleh golongan melayu.

Bagi 1 kerusi MT, mungkin penulis boleh katakan disebabkan pecah undi. Undi di pecah oleh golongan cina sendiri. Bukan mencalonkan kerana kredibiliti orang yang dicalon, tetapi lebih terarah kepada kaum masing-masing.

Kefanatikan terhadap kaum masing-masing mungkin akan memundurkan satu organisasi. Masakan tidak, jika kita memilih seseorang itu disebabkan bangsanya bukan disebabkan kebolehannya. Kita akan kehilangan seorang yang berkebolehan jika orang yang sepatutnya menang, tetapi kalah disebabkan perbezaan kaum.

Sebagai seorang yang mampu berfikir, mengapa kita masih perlu bersifat kebudak-budakan? Penulis rasa perkara yang sama akan berlaku kala kita melangkah keluar dari alam pembelajaran.

Mahukah perkara ini terjadi?



P/s : semoga penulis dapat memikul tanggungjawab yang diberi. InsyaAllah.....

Aku seorang Student SK Part 1

Assalamualaikum.....

Tajuk post diatas bukan bermaksud penulis akan menukarkan menukarkan course yang sedang penulis fahami dan mengerti sekarang. Tetapi lebih kepada perkongsian penulis.

Bagi Penulis yang dahulunye merupakan pelajar Sains Hayat akan merungkai semua pemerhatian penulis dari segi Sains kemanusiaan. Sains Hayat kita belajar pasal struktur badan manusia, mechanisms manusia dan bagaimana sistem dalam badan manusia dan persekitaran berfungsi. Namun begitu, dalam Sains kemanusiaan kita belajar mengenai, kehidupan manusia, kelakuan manusia dan sebagainya. Sungguh indah ilmu ini.

Pada bulan februari yang lepas, penulis berkesempatan bertanding dalam PRK dibawah konstituensi Pusat Pengajian. Nasib penulis agak baik kerana kalah 6 undi. Alhamdulillah. ( Senior ku berbangsa Cina memenangi kerusi Pusat pengajian Penulis )

Dua bulan selepas itu, diadakan pulak AGM untuk pusat pengajian penulis. AGM itu akan berlansung pada malam ini. Jadi, macam biasa berlakunya sekali lagi pertembungan antara dua kuasa besar dalam pusat pengajian penulis. Dimana, melayu dengan pendiriannya, dan cina dengan pendiriannya.

Pandangan penulis? penulis agak terkilan bagi ke dua-dua pihak ini. Masing-masing mahu memanopoli untuk kerusi dibawah pusat pengajian penulis. Penulis dapat mesej daripada kedua-dua pihak untuk mengundi siapa yang sepatutnya untuk diangkat sebagai Majlis Tertinggi ( YDP, NYDP, S/U, Bendahari ).

Jika mesej itu dihantar dari golongan cina, semua nama MT, terdiri daripada orang cina. Begitu juga jika mesej itu dihantar dari golongan melayu, maka, semua nama MT merupakan orang melayu. Dimanakah konsep bekerjasama antara kaun ini diterapkan kedalam sistem pentadbiran pusat pengajian Penulis?

Adakah, konsep asimilasi akan terjadi di pusat pengajian penulis? Apekah itu konsep Asimilasi?. Konsep Asimilasi merupakan satu proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

Formula untuk konsep Asimilasi  A+B+C =A

A merupakan golongan dominan, manakala B & C merupakan golongan Minoriti. Tiadanya aspek persefahaman antara kaum berlaku. Sepatutnya biarla MT dan exco dalam Pusat Pengajian Penulis setara. Tidanya isu kaum yang timbul. Pengtingnya kesefahaman untuk menjayakan Ummah yang mantap.

Penulis amat berminat dengan konsep Akomodasi. Akomodosi merupakan proses dimana setiap kumpulan etnik menyedari dan menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Formula untuk konsep Akomodasi ialah A+B+C = A+B+C.

Pelbagai etnik ini hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulanm etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Amat sukar untuk melaksanakan konsep ini jika konsep berpuak-puak masih menebal dikalangan pelajar pusat pengajian penulis.

Penulis mengharapkan yang terbaik untuk AGM Pusat Pengajian penulis malam ini. InsyaAllah.... Semoga Allah mempermudahkan.......



P/S : Penulis rasa muak dengan politik-politik ini. Namun begitu, kita perlu mempelajari dan menghayatinya kerana Islam itu SYUMUL. Sistem kapitalis tidak sesuai untuk jiwa manusia..........