Assalamualaikum ....
Setiap pertemuan semestinya adanya perpisahan. Hampir setahun kita berkenalan dengan 2009, kini ia akan meninggalkan kita. 2009 pastinya meninggalkan banyak suka duka kepada kita....
Namun begitu, bagaimana perasaan kita semasa 2010 akan hadir bertandang? Sebahagian besar dari kita, hanya melihat, Wah!! 2010 dah tiba. Bagi kanak2 yang bakal memasuki semula kesekolah pasti seronok kerana ke pasaraya bersama ibubapa untuk membeli peralatan sekolah yang baru. Bagi mereka yang bergelar ibubapa, pada masa inilah merupakan masa dimana mereka perlu banyak mengeluarkan banyak perbelanjaan.
Namun begitu, bagaimana pula dengan muda-mudi? golongan remaja? bakal pemimpin pada masa hadapan?
Kebanyakan dari mereka menghabiskan di pusat membeli belah, stadium2..... Az pon tak tau ape yg mereka fikirkan. Hanya untuk kegembiraan? keseronokan? itu hanyalah sementara.....
Kita hidup di dunia ni pon hanyalah sementara. Perlu ke kita seronok seketika didunia tapi menderita dalam jangka masa yang panjang pada hari kelak?
Kata2 abang Khairudin masih terngiang2 ni pemikiran ku. Kita memulakan kehidupan kita selepas mati. Selepas kita dibangkitkan, kita tidak akan menemui ajal buat kali kedua. Pada masa inilah kehidupan sebenar yg kita akan lalui. Namun begitu, dunia yang penuh pancaroba ini acapkali membuatkan kita lupa pada hari kelak. Sampaikan, ada antara kita, sanggup mengejar keduniaan sampai lupa apa itu halal, ape itu haram. MasyaAllah....
Sudah panjang Az membebel, so, ape yang Az nak tekankan disini adalah, perlukah kita meraikan tahun baru ini? Kenapa kita tidak bersedih pada hari ini? Dimana 2009 akan meninggalkan kita selama2nya.
Pada tahun 2009 ini adakah kita menggunakan ia dengan sebaik2nya? Apa yang akan kita jawab pada hari kelak jika kita ditanya bagaimana kita menggunakan masa yang diberikan? ( Az pon mati akal )......
sebelum Az menutupkan tirai blog 2009 ni, Az nak sampaikan lagu untuk semua....Demi Masa
( Anggapla az nyanyi ye =p )
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
InsyaAllah.... perubahan bermula dari kita.........
p/s ; Nak jadi muslimin yang patuh pada perintahnya............
2010, semoga menjadi 1 permulaan yang baik pada diriku...............
Sahabat-sahabat Perjuangan
Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
Aku menilik nasib? Biar betul?
Assalamualaikum semua........
Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).
Kali ni Az nak share sumtin perkara yg pada mulanya kita terlepas pandang. Tapi hakikatnya, kita telah melakukan dosa yang TERAMAT BESAR. Bayangkanlah, kalu kita lakukannya selalu tanpa kita sedari. MasyaAllah......
Dengan perkongsian Az pada kali ini, Az harap sahabat2 sedar dan berubah...........
Jom kita baca..................
Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.
Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.
Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.
Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:
ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4
Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:
1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?
Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.
Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:
Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.
KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH
Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.
Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.
Allah menegaskan dalam Al-Quran:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ
Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).
HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.
Sabda baginda:
من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).
Di dalam hadis lain:
مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).
Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.
Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.
Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.
Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.
Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.
SEKADAR MAIN-MAIN
Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.
Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?
Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.
Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).
Dipetik dari http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/07/kuiz-ramalan-nasib-di-facebook/
So, apa yang patut kita lakukan? jarum2 orang kafir mudah sahaja merosakkan iman kita........ Musahabah diri, dan mulalah berubah... InsyaAllah.....
Az - Dah lame dah tinggalkan ambik kuiz2 dalam FB sejak tahu benda ni..................
Monday, December 28, 2009
Pakaian anda seksi sangat la.....
Assalamualaikum semua.......
Kali ni, Az nak share sumtin yg pada mulanya agak menggelikan hati Az. Namun begitu, hamzah tabik Spring dengan langkah2 yg dilakukan oleh pihak2 yg berkenaan. Jom baca artikel bawah ni....
__________________________________________________________________________________

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.
"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.
Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.
Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim
Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.
Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.
Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.
"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki. - AFP
__________________________________________________________________________________
Wah..... cube kite bayangkan kalu perkala yg sama dibuat di KL.... ape akan terjadi? hurm...... kalau x buat kat KL pon, cukupla kalau aktiviti ini dijalankan di Kampus kita. mesti banyak la yg kena tahan kan?
Ape2 pon, Az nak tekankan disini, sama ada tindakan diatas diambil atau tidak, kita sebagai muslim perlula menutup aurat kita, Jika tidak mendapat balasan di dunia, di hari kelak masih ada hukuman yang menunggu kita. Menutup aurat merupakan satu kewajipan kepada kita.....
InsyaAllah.......
Az = pas ni kalau jadi BOS, nak denda pekerja yg memakai pakaian yg seksa.... hehe \(>,<)/
Saturday, December 26, 2009
Mara Bahaya
Assalamualaikum semua.....
Notebook sudah di shut down, barang2 yg diperlukan sudah siap dikemas.Kini Yang tinggal hanyala menunggang Cik Sya2 kesayangan Az ke rumah. Macam biasa, Az akan beri Sya2 kite itu makan makanan favarite die. Tak lain tak bukan mestila minyak petrol PETRONAS. Minyak buatan Malaysia.
Namun begitu, pada pagi tersebut sya2 x dihidangkan dengan makanan die. Az tengok, Sya2 masih kenyang. Selepas Az memastikan Sya2 dalam keadaan yang baik, Az pun mulalah Bertolak.................
Dipertengahan jalan, Az kesian tengok sya2. Ape lagi,Az pon singgah di stesen minyak yg berdekatan.
Bang, isi 3 ringgit bang. sambil ku tersenyum.
Langit x sentiasa cerah, malam x sentiasa gelap, datangla seorang kamen rider ni. Lalu die tanye kat hamzah. Brother, brape kelajuan maximum skuter u?
Isk3... sakit hatiku. Boleh pulak die menanyakan soalan sedemikian kepada cek pemamdu yang Berhemah ni? Setahu hamzah, paling laju pon hamzah bawak adalah 100 km/h. Perkara ini bukan pertama kali berlaku, tetapi agak kerap orang menanyakan top speed sya2.
Hamzah bukan ape, niat dihati Az memakai skuter hanya sekadar satu mediun yg membolehkan hamzah pulang kerumah. Bukan untuk berlumba. Skuter? berlumbe? isk3......buang tabiat agaknye.
KELAJUAN itu membunuh. masih teringat pada bulan march 2008. Dimana 1 kejadian telah mengubah diriku selama-lamanya. Dimana Az telah accident. Parut di mukaku masih jelas jika diperhatikan betul2. pada kemalangan tersebut, kaki kanan ku diberi 4 jahitan yang dasyat & mengerikan. Rasa nak bagi je tendangan terima kasih kepada doktor yg menjahit kaki ku. Mana taknye. Sakit!!.
Alhamdulilah. kejadian ini mengajar diriku untuk lebih berhati2. Perkara yang berlaku pada diri ku masih dikira bernasib baik jika dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada anak bekas majikan ku.
Ayah, leman nak jadi architech(kalu x silapla, tapi masih berkaitan dengan pembinaan rumah). Boleh tolong ayah lepas ni. Kita bolehla buat syarikat pembinaan nanti. Itulah impian anak muda kelahiran Perak ini.( Muda 2 tahun dari Az ).
Seperti yang Az katekan tadi, langit x sentiasa cerah, malam x sentiasa gelap, pada bulan Jun 2009, leman telah dilanggar oleh Mat rempit ketika membawa adiknya pergi ke kedai. Untuk pengetahuan sahabat2, leman telah cedera parah, sedangkan, adiknya cedera ringan.
subhanallah.... adik leman menyatakan bahawa die seperti dipeluk oleh sesuatu pada waktu kejadian. Maha suci Allah.
Kembali kepada cerita leman ini, sampai sekarang, die masih belum sedar sepenuhnya. Badannya semakin kurus, bahagian belakangnya seperti dihakis kerana baring terlampau lama. Beliau juga memerlukan alatan khas untuk memindahkan makanan kedalam badannya.
berbincang kepada keluarganya pula. Sayu hatiku pabila melihat ibubapanya serta kakaknya berulang alik dari gerik ke Ipoh. ipoh ke gerik. Bayangkan bertapa luluh hati seorang ibu & bapa bapila anak yg menjadi harapan mereka menjadi sedemikiaan. untuk pengetahuan semua, Leman merupakan pelajar yg akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut. Namun, apekan daya...... beliau masih dalam keadaan yg sama.
Mungkin ini la takdir kepada family beliau. Az berharap agar mereka tabah.
Same2lah kita berdoa agar leman cepat sembuh..... insyaAllah...
Kembali ketajuk asal, Az berharap, berhati2la sewakti di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.............
KELAJUAN MEMBUNUH!!!!!

Wednesday, December 23, 2009
Untuk Renungan Bersama
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
masih belum terlambat untuk kita untuk berubah..... biarla hari esok lebih baik daripada hari ini.... insyaAllah......
Tanamkan Ia sebagai cita2 kita.....
Ada Tesco Card tak Dik?
Assalamualaikum....
hurm... roti ni macam sedap. Vanila with hazelnut.Walaubagaimana pon, esok hamzah nak berangkat pulang ke Gerik. Roti ni agak besar. Takut membazir, jadi hamzah beli saje potato bread. Murah pon murah......
Selepas ambil roti tersebut ku bergegas ke kawasan terletaknye minuman kesukaan ku. Untuk mengelakkan diriku boros berbelanja, dengan pantasnye terus Az ke kaunter pembayaran
tet! tet! tet! satu persatu barang ditembak dengan pistol laser akak penjaga kaunter tersebut( orang kat depan ).
selepas seketika menunggu sampaila giliran ku,
Dari 1st time hamzah datang ke Tesco yg berdekatan dengan kampus hamzah ni, sampaila sekarang perkataan yg sama diucapkan oleh cashier tersebut. Pada mulanya, ku senyum sahaja. tapi lama kelamaan, ku mendapat ilham. Ada perkara yg perlu kita contohi daripada kelakuan cashier tersebut.
Bayangkanlah, jika kita bekerja seperti beliau. Sehari bekerja 6-8 jam. Bayangkan jika 1 jam dalam 100 orang membayar dikaunter kita. lebih kurang 600-800 perkataan yg same yg dilafazkan. Ada card tesco x cik?
Hebat.... cukup hebat....
mungkin kita x serajin itu untuk melafazkan ayat tersebut. Tapi, ape salahnya kalau kita mengucapkan salam.... Assalamualaikum ketika ketemu bersama rakan2? Biarla kita menjadi cashier yg bergerak. Sentiasa memberi salam ketika berjumpa dengan Muslim yang lain. Contohilah cashier tersebut yang tanpa jemu mengucapkan perkara yang sama.
Memberi salam ni banyak kelebihannya. Jom kita lihat baca artikel ni.
Memberi salam erat hubungan sesama insan
MEMBERI salam dapat mengeratkan hubungan kasih sayang sesama manusia. Berdasarkan kepentingan ini, Islam menggalakkan umatnya memberi salam, dengan mengucapkan sekurang-kurangnya ‘Assalamualaikum’, apabila bertemu seseorang Muslim lain bagi mengukuhkan tali silaturahim.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang.
“Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu pekerjaan yang akan menambahkan kasih sayang sesama kamu? Iaitu hendaklah menyebarkan salam di antara kamu?”
Seorang ulama terkenal, Al-Imam Nawawi menyebut bahawa memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib.
Beliau menyebut sekurang-kurangnya memberi salam itu sekadar menyebut ‘Assalamualaikum’.
Hadis Rasulullah banyak menerangkan mengenai keutamaan dan kelebihan memberi dan menjawab salam.
Di antaranya adalah pesanan Rasulullah yang bermaksud: “Mahukah aku mengajarkan engkau (Anas bin Malik) tiga perkara yang berfaedah?”
Kata Anas: “Maka Rasulullah pun mengajarkan, iaitu apabila engkau bertemu dengan umatku, hendaklah engkau memberi salam kepadanya, nescaya panjang umurmu.
“Jika engkau masuk ke rumah, berilah salam supaya banyak kebajikan di rumah engkau.
“Dan hendaklah engkau solat Dhuha kerana ia adalah solat orang abrar awwalin.”
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, dan berilah makanan, dan hubungilah keluarga, serta solatlah pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.”
Abdullah bin Amru bin Al-As pula berkata: “Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, apakah yang terbaik dalam Islam?
Rasulullah menjawab: “Memberi makan dan salam kepada orang yang engkau kenal atau tidak kenal.”
Al-Imam Nawawi juga menyebut bahawa makruh memulakan memberi salam dengan ucapan ‘Alaikum Salam’ kerana ia menyalahi sunnah Rasulullah.
“Jangan kamu berkata Alaikas Salam kerana itu ucapan salam orang mati.”
Syariat Islam adalah cara hidup mengandungi pelbagai peraturan bagi manusia untuk menjalani kehidupan ini dengan teratur. Oleh itu, dalam penyebaran salam pun, ada peraturan yang digariskan oleh syariat Islam.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud : “Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang bersalam hendaklah memberi salam kepada yang duduk, dan golongan yang sedikit hendaklah memberi salam kepada golongan yang banyak.”
Abu Umamah A-Bahili juga berkata, Rasulullah pernah bersabda, yang bermaksud: “Seutama-utama manusia di sisi Allah, ialah yang lebih dulu memberi salam.”
Begitulah beberapa keutamaan dalam penyebaran salam. Sepatutnya, memberi salam menjadi amalan harian kita.

" Ada Tesco Card tak dik? "

Last but not least, sentiasala bertasbih dan memuji Allah jika kelapangan. Walaupun sibuk dengan pergerakan yg kita lakukan, tapi mulut kita masih boleh bertasbih dan memuji Allah.....
InsyaAllah.... same2 la kita menjadi CASHIER YANG BERGERAK!!!
YANG BAIK DATANG DARI ALLAH, YG BURUK DATANG DARI KELEMAHAN AZ SENDIRI........
WASSALAM....
Tuesday, December 22, 2009
Semua Baru
Alhamdulillah, selesai jugak akhirnye sem 1. Walaupun result agak teruk, tapi seperti yg diperkatakan oleh Kak Zati, tiap2 perkara ada hikmahnye. Sebelum exam lagi ku telah ditarbiyahkan oleh die. Parkataan All The Best telah dihuraikan panjang lebar kepada ku untuk menggantikan perkataan Good Luck semasa minggu peperiksaan
Sampai sekarang kata2 beliau terngiang2 di benak permikiranku. Sememangnya cikgu fizik kesukaan ramai.
Kata2 beliau menjadi sumber inspirasi kepada ku. Bayangkanlah, ape yg kita buat dalam masa 24 jam yg diberi oleh Allah kepada kita. Banyak perkara yg sia2 yg kita lakukan. Az tidak katekan bahawa Az ni hebat, pandai menguruskan masa, tetapi hamzah masih mencuba untuk menggunakan masa yg ada itu dengan baik.
Oleh itu, kita masuk semula ketajuk utama kita, sempena sem Baru ni, tahun baru ni( Awal muharram 1431 & New Year 2010) Saya, Muhamad Hamzah Bin Abdul Hamid, pelajar Environment Technology, akan menjadi seorang yg lebih baik dari tahun2 yg sebelumnya. InsyaAllah......
Mungkin ada yg menyatakan bahawa, hamzah terlalu dengan bz dengan aktiviti campus. Mungkin betul ape yg diperkatakan beliau. Hamzah terlalu sibuk dengan hal2 sedemikian. Namun begitu, kita x boleh salahkan ape yg berlaku pada diri kita. Setiap manusia ada kehidupan masing2. Terpulang kepada kita bagaimana kita hendak membahagikan masa yg diberikan
Cikgu Jafni ada cakap
"Kita ada masa 24 jam je sehari, sampai bile2 pon kita akan cakap kita x cukup masa. Masa xkan bertambah mahupon berkurang"
Sampai sekarang kata2 beliau terngiang2 di benak permikiranku. Sememangnya cikgu fizik kesukaan ramai.
Kata2 beliau menjadi sumber inspirasi kepada ku. Bayangkanlah, ape yg kita buat dalam masa 24 jam yg diberi oleh Allah kepada kita. Banyak perkara yg sia2 yg kita lakukan. Az tidak katekan bahawa Az ni hebat, pandai menguruskan masa, tetapi hamzah masih mencuba untuk menggunakan masa yg ada itu dengan baik.
Oleh itu, kita masuk semula ketajuk utama kita, sempena sem Baru ni, tahun baru ni( Awal muharram 1431 & New Year 2010) Saya, Muhamad Hamzah Bin Abdul Hamid, pelajar Environment Technology, akan menjadi seorang yg lebih baik dari tahun2 yg sebelumnya. InsyaAllah......
gambar hiasan je ye... jangan dok baling buku pulak XD
Sem 2,...... here I come!!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)