hurm... roti ni macam sedap. Vanila with hazelnut.Walaubagaimana pon, esok hamzah nak berangkat pulang ke Gerik. Roti ni agak besar. Takut membazir, jadi hamzah beli saje potato bread. Murah pon murah......
Selepas ambil roti tersebut ku bergegas ke kawasan terletaknye minuman kesukaan ku. Untuk mengelakkan diriku boros berbelanja, dengan pantasnye terus Az ke kaunter pembayaran
tet! tet! tet! satu persatu barang ditembak dengan pistol laser akak penjaga kaunter tersebut( orang kat depan ).
selepas seketika menunggu sampaila giliran ku,
" Ada Tesco Card tak dik? "
Dari 1st time hamzah datang ke Tesco yg berdekatan dengan kampus hamzah ni, sampaila sekarang perkataan yg sama diucapkan oleh cashier tersebut. Pada mulanya, ku senyum sahaja. tapi lama kelamaan, ku mendapat ilham. Ada perkara yg perlu kita contohi daripada kelakuan cashier tersebut.
Bayangkanlah, jika kita bekerja seperti beliau. Sehari bekerja 6-8 jam. Bayangkan jika 1 jam dalam 100 orang membayar dikaunter kita. lebih kurang 600-800 perkataan yg same yg dilafazkan. Ada card tesco x cik?
Hebat.... cukup hebat....
mungkin kita x serajin itu untuk melafazkan ayat tersebut. Tapi, ape salahnya kalau kita mengucapkan salam.... Assalamualaikum ketika ketemu bersama rakan2? Biarla kita menjadi cashier yg bergerak. Sentiasa memberi salam ketika berjumpa dengan Muslim yang lain. Contohilah cashier tersebut yang tanpa jemu mengucapkan perkara yang sama.
Memberi salam ni banyak kelebihannya. Jom kita lihat baca artikel ni.
Memberi salam erat hubungan sesama insan
MEMBERI salam dapat mengeratkan hubungan kasih sayang sesama manusia. Berdasarkan kepentingan ini, Islam menggalakkan umatnya memberi salam, dengan mengucapkan sekurang-kurangnya ‘Assalamualaikum’, apabila bertemu seseorang Muslim lain bagi mengukuhkan tali silaturahim.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang.
“Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu pekerjaan yang akan menambahkan kasih sayang sesama kamu? Iaitu hendaklah menyebarkan salam di antara kamu?”
Seorang ulama terkenal, Al-Imam Nawawi menyebut bahawa memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib.
Beliau menyebut sekurang-kurangnya memberi salam itu sekadar menyebut ‘Assalamualaikum’.
Hadis Rasulullah banyak menerangkan mengenai keutamaan dan kelebihan memberi dan menjawab salam.
Di antaranya adalah pesanan Rasulullah yang bermaksud: “Mahukah aku mengajarkan engkau (Anas bin Malik) tiga perkara yang berfaedah?”
Kata Anas: “Maka Rasulullah pun mengajarkan, iaitu apabila engkau bertemu dengan umatku, hendaklah engkau memberi salam kepadanya, nescaya panjang umurmu.
“Jika engkau masuk ke rumah, berilah salam supaya banyak kebajikan di rumah engkau.
“Dan hendaklah engkau solat Dhuha kerana ia adalah solat orang abrar awwalin.”
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, dan berilah makanan, dan hubungilah keluarga, serta solatlah pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.”
Abdullah bin Amru bin Al-As pula berkata: “Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, apakah yang terbaik dalam Islam?
Rasulullah menjawab: “Memberi makan dan salam kepada orang yang engkau kenal atau tidak kenal.”
Al-Imam Nawawi juga menyebut bahawa makruh memulakan memberi salam dengan ucapan ‘Alaikum Salam’ kerana ia menyalahi sunnah Rasulullah.
“Jangan kamu berkata Alaikas Salam kerana itu ucapan salam orang mati.”
Syariat Islam adalah cara hidup mengandungi pelbagai peraturan bagi manusia untuk menjalani kehidupan ini dengan teratur. Oleh itu, dalam penyebaran salam pun, ada peraturan yang digariskan oleh syariat Islam.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud : “Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang bersalam hendaklah memberi salam kepada yang duduk, dan golongan yang sedikit hendaklah memberi salam kepada golongan yang banyak.”
Abu Umamah A-Bahili juga berkata, Rasulullah pernah bersabda, yang bermaksud: “Seutama-utama manusia di sisi Allah, ialah yang lebih dulu memberi salam.”
Begitulah beberapa keutamaan dalam penyebaran salam. Sepatutnya, memberi salam menjadi amalan harian kita.
Last but not least, sentiasala bertasbih dan memuji Allah jika kelapangan. Walaupun sibuk dengan pergerakan yg kita lakukan, tapi mulut kita masih boleh bertasbih dan memuji Allah.....
InsyaAllah.... same2 la kita menjadi CASHIER YANG BERGERAK!!!
YANG BAIK DATANG DARI ALLAH, YG BURUK DATANG DARI KELEMAHAN AZ SENDIRI........
WASSALAM....
3 comments:
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh .
nak copy boleh tak ?
saye nak copy boleh ek ?
kalau tak boleh tak pe :D
Copy je la... hehe....Tak kisah pon....=)
Post a Comment