Sahabat-sahabat Perjuangan

Saturday, December 26, 2009

Mara Bahaya

Assalamualaikum semua.....






Notebook sudah di shut down, barang2 yg diperlukan sudah siap dikemas.Kini Yang tinggal hanyala menunggang Cik Sya2 kesayangan Az ke rumah. Macam biasa, Az akan beri Sya2 kite itu makan makanan favarite die. Tak lain tak bukan mestila minyak petrol PETRONAS. Minyak buatan Malaysia.


Namun begitu, pada pagi tersebut sya2 x dihidangkan dengan makanan die. Az tengok, Sya2 masih kenyang. Selepas Az memastikan Sya2 dalam keadaan yang baik, Az pun mulalah Bertolak.................



Dipertengahan jalan, Az kesian tengok sya2. Ape lagi,Az pon singgah di stesen minyak yg berdekatan.



Bang, isi 3 ringgit bang. sambil ku tersenyum.



Langit x sentiasa cerah, malam x sentiasa gelap, datangla seorang kamen rider ni. Lalu die tanye kat hamzah. Brother, brape kelajuan maximum skuter u?



Isk3... sakit hatiku. Boleh pulak die menanyakan soalan sedemikian kepada cek pemamdu yang Berhemah ni? Setahu hamzah, paling laju pon hamzah bawak adalah 100 km/h. Perkara ini bukan pertama kali berlaku, tetapi agak kerap orang menanyakan top speed sya2.



Hamzah bukan ape, niat dihati Az memakai skuter hanya sekadar satu mediun yg membolehkan hamzah pulang kerumah. Bukan untuk berlumba. Skuter? berlumbe? isk3......buang tabiat agaknye.



KELAJUAN itu membunuh. masih teringat pada bulan march 2008. Dimana 1 kejadian telah mengubah diriku selama-lamanya. Dimana Az telah accident. Parut di mukaku masih jelas jika diperhatikan betul2. pada kemalangan tersebut, kaki kanan ku diberi 4 jahitan yang dasyat & mengerikan. Rasa nak bagi je tendangan terima kasih kepada doktor yg menjahit kaki ku. Mana taknye. Sakit!!.

Alhamdulilah. kejadian ini mengajar diriku untuk lebih berhati2. Perkara yang berlaku pada diri ku masih dikira bernasib baik jika dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada anak bekas majikan ku.



Ayah, leman nak jadi architech(kalu x silapla, tapi masih berkaitan dengan pembinaan rumah). Boleh tolong ayah lepas ni. Kita bolehla buat syarikat pembinaan nanti. Itulah impian anak muda kelahiran Perak ini.( Muda 2 tahun dari Az ).

Seperti yang Az katekan tadi, langit x sentiasa cerah, malam x sentiasa gelap, pada bulan Jun 2009, leman telah dilanggar oleh Mat rempit ketika membawa adiknya pergi ke kedai. Untuk pengetahuan sahabat2, leman telah cedera parah, sedangkan, adiknya cedera ringan.


subhanallah.... adik leman menyatakan bahawa die seperti dipeluk oleh sesuatu pada waktu kejadian. Maha suci Allah.



Kembali kepada cerita leman ini, sampai sekarang, die masih belum sedar sepenuhnya. Badannya semakin kurus, bahagian belakangnya seperti dihakis kerana baring terlampau lama. Beliau juga memerlukan alatan khas untuk memindahkan makanan kedalam badannya.

berbincang kepada keluarganya pula. Sayu hatiku pabila melihat ibubapanya serta kakaknya berulang alik dari gerik ke Ipoh. ipoh ke gerik. Bayangkan bertapa luluh hati seorang ibu & bapa bapila anak yg menjadi harapan mereka menjadi sedemikiaan. untuk pengetahuan semua, Leman merupakan pelajar yg akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut. Namun, apekan daya...... beliau masih dalam keadaan yg sama.

Mungkin ini la takdir kepada family beliau. Az berharap agar mereka tabah.



Same2lah kita berdoa agar leman cepat sembuh..... insyaAllah...




Kembali ketajuk asal, Az berharap, berhati2la sewakti di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.............



KELAJUAN MEMBUNUH!!!!!

0 comments: