Sahabat-sahabat Perjuangan

Monday, July 12, 2010

Apa Perasaan Anda Kerja tanpa perolehi gaji.

 Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang


 **baca sampai habis...

Apakah perasaan anda jika anda bekerja selama beberapa bulan di sebuah syarikat tanpa dibayar walau satu sen?

Pekerjaan yang sia-sia?

Hanya membuang masa?

Menyesal tak sudah?

Bagaimana pula jika anda telah rasakan bahawa di dunia ini anda telah ‘menutup aurat’, tetapi kelak di hari pembalasan, semuanya dikira sebagai dosa.

Panas, rimas, out-dated… semuanya anda tempuhi dengan bersusah payah, tetapi hakikatnya kesusahan itu tiada makna di sisi tuhan.
Mengapa?


"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

“tapi aku memakai tudung!”. Anda mula mempersoalkan. Cukupkah sekadar bertudung?

“aku juga ber T-shirt lengan panjang!”. Anda mula menambah alasan.

Lalu kamu fikirkanlah mengapa pakaianmu itu hanya menambah dosa…

“Bagaimana mahu tahu pakaian saya telah menutup aurat dengan sempurna?”

Bagaimana? Anda lihatlah kepada pakaian anda, lalu tanya pada diri sendiri;

Adakah pakaian ini boleh dipakai untuk melakukan solat? (tanpa memakai telekung atau kain pelikat.)

Jika hati kecil anda rasakan jawapannya ‘TIDAK’, nescaya itu salah satu ‘petunjuk’ bahawa anda tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kita wajib menutup aurat ketika bersolat, BENAR???

Allah juga mewajibkan kita menutup aurat di luar solat, BENAR dan BENAR !!!

Jadi apa beza antara keduanya? Sama bukan?

Telekung dan kain pelikat itu bukanlah ‘pakaian rasmi’ ketika solat. Wanita boleh menunaikan solat tanpa telekung, asalkan telah menutup aurat. Syarat bersolat bukanlah bertelekung atau berkain pelikat, tetapi hanya menutup aurat…

Tidakkah anda wahai kaum wanita merasa sia-sia memakai pakaian yang ‘memanaskan’ seumur hidup anda, tetapi di sisi Allah, sebenarnya anda bertelanjang?

Anda bertudung, tetapi T-shirt yang dipakai berlengan pendek. Adakah tanganmu itu bukan aurat?

Anda bertudung, berT-shirt lengan panjang, tetapi pakaian anda terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Bukankah ‘perhiasan’mu itu harus diperlihara?

Bagaimana dengan seluar? Baik, anda telah berseluar panjang, tetapi terlalu sendat. Terlihat segala bentuk yang terpahat. Lebih malang lagi, seluar berkain nipis.
Ternampak di sana corak seluar yang di sebelah dalam itu.

T-shirtnya pula terlalu singkat. Setiap kali tunduk, nampaklah segala-gala yang tidak patut dilihat.

Adakah ini yang anda katakan sebagai ‘menutup aurat’?

Aurat dari sudut bahasa beerti perkara yang aib. Menutup aurat ialah menutup perkara-perkara yang aib. Kita malu jika dada dilihat orang, tetapi masih ‘cuba-cuba’ untuk mendedahkannya.

Maaf bertanya, jika saya (atau mana-mana lelaki) merenung tajam ke arah dada-dada wanita yang sengaja ‘ditayangkan’ dek berpakaian ketat ataupun yang memang sengaja dibuka, adakah anda wanita-wanita yang berpakaian sedemikian akan marah? (memandang itu memanglah satu dosa.)

Dan…pernahkah anda melihat seorang wanita yang memakai skirt yang singkat, ketika hendak duduk terpaksa bersusah payah menyilangkan kaki supaya tidak terlihat dek orang lain perkara yang sepatutnya tidak dilihat?

Kekadang diri sendiri terfkir, buat apa susah payah hendak melenguhkan kaki mengepit. Bukankah lebih baik bukakan saja supaya mana-mana orang yang berkeinginan untuk melihat dapat melihat dengan jelas.

“Eh, mana boleh. Malulah kalau orang lain nampak!”

Bukankah kamu berpakaian sedemikian dengan tujuan supaya orang ramai dapat melihat ‘perkara-perkara’ rahsia tersebut?

“Mana ada… saya pakai sekadar suka-suka. Inikan fesyen semasa.”

Setahu saya, jika barang-barang berharga di kedai ditayangkan untuk khalayak umum, biasanya adalah untuk dijual, atau setidak-tidaknya supaya orang ramai mencuci mana melihatnya. Tetapi ada juga manusia yang menayangkan sesuatu supaya orang ramai tidak melihatnya. Bukankah hal ini suatu yang ganjil?

                                                         
“…eerrrr!!!...”

Jadi, bolehlah kami lelaki ini melihat?

“..tidak!....”

Kalau tak hendak, tolonglah tutup elok-elok. Jangan lupa, kami lelaki ini ada nafsu. Lebih malang lagi, ‘nafsu’ kami ini hanya satu. 100% nafsu tertumpu ke arah itu. Lainlah kamu wanita, ‘nafsu’nya ada sembilan. Setiap satu hanya 1/9 sahaja. Kalau kamu hendak tolong diri sendiri, maka kenalah tolong juga kami ini. Tolong ‘tutupkan’ mata-mata kami si lelaki. Anda dapat pahala, kami juga terhindar daripada dosa.

Jangan lakukan perkara yang sia-sia.

Berpakaian litup, tetapi telanjang….

Si lelaki pula, masih selesa dengan seluar pendek.

Bangga mendedahkan bulu kaki yang berbelit seperti berus besi…

Aurat lelaki sangat mudah, antara lutut dan pusat.

Tetapi mengapa yang mudah itupun masih dianggap payah…

Kekadang di dalam asrama, berasa bangga hanya dengan berseluar pendek keluar ke mana2. Hatta di dalam bilik sekalipun, rakan sebilikmu tetap haram memandang auratmu.
Susah sangat kah?

Panas? Mengapa orang arab di padang pasir tak pernah mengeluh panas walaupun berpakaian litup di tengah terik mentari.

Panas itu bukan kerana cuaca, tetapi kerana panasnya hatimu tidak mahu patuh kepada perintah agama. Semakin hari semakin panas terasa.

Kalau kamu mahu salahkan cuaca, orang lain juga merasai cuaca yang sama. Mengapa mereka boleh menutup aurat dengan sempurna?

Pernah diberitahu, seorang perempuan membawa sepucuk surat daripada doktor, ditunjukkan kepada si ustaz. “surat ini menyatakan bahawa saya tidak boleh memakai tudung. Jika saya pakai tudung, saya akan rasa seperti hendak pitam.”

Si ustaz selamba berkata, “mengapa tunjukkan kepada saya surat ini. Bukan saya yang mewajibkan menutup kepala. Bawalah surat ini nanti berjumpa dengan tuhan ketika di padang mahsyar nanti. Katakan kepada tuhan, doktor tak benarkan saya memakai tudung.”

Nah, jika kita rasa mampu menjawab sedemikian rupa, buka lah.!!!

Soalan-soalan kubur sudahpun bocor. Siap sedialah dengan jawapannya. Dan jangan lupa, sediakan juga skema jawapan untuk soalan ‘mengapa kamu tidak menutup aurat dengan sempurna…’

Itu saja mahu dileterkan kali ini… Banyak-banyak, takut diri sendiri tak terlaksana…

maaf jika ada yang terasa. kalau badan gatal-gatal, mesti garu sampai terasa, barulah lega. kalau setakat gosok perlahan-lahan, bukan saja gatal tak hilang, geli pula yang datang....


Credit.. Abang Hisyam

Memperbaiki diri bukanlah satu perkara yang mudah.....tetapi tidak mustahil jika kita istiqamah dengan perkara yang kita lakukan. Cube menjadi seseorang yang lain.....


Pelajar Universiti Melampau.

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...



Tidak dinafikan bahawa pada masa ini, wanita mampu bersaing dengan lelaki. Masakan tidak, bilangan pelajar wanita yang menyambungkan pelajaran ke universiti melebihi bilangan lelaki. Jika kita lihat, banyak sektor pekerjaan samaada kerajaan mahupun swasta, kebanyakannya dimanopoli oleh kaum hawa.

Namun begitu, perlukah wanita menyaingi lelaki untuk kelakuan BULI?

Aku terkedu dan amat marah pabila mendengar cerita yang diceritakan oleh umi. Umi menceritakan bahawa ada seorang wanita, mungkin sebaya ku. Dapat melanjutkan pelajaran ke universiti di Pahang. Kasihan beliau.

(gambar perhiasan. jangan main-main dengan wanita)

Mungkin beliau dibuli seperti ini. Mungkin tidak. Tetapi, apa yang disampaikan oleh ibuku, menyatakan bahawa senior-senior beliau, menghalang beliau daripada memasuki tandas/bilik air.

Masalah wanita...... biasalah, kadang-kadang datang haid. Putus haid sahaja perlu mandi hadas. Malang untuk jiran ku ini. Beliau dilarang untuk ke bilik air ketika beliau baru sahaja putus haid. Hal ini berterusan selama 2 hari. Aku ulang lagi sekali, 2 hari. Bayangkan.... dengan keadaan tidak selesa. Bukan sahaja tidak dapat mandi hadas, tetapi, tidak dapat membersihkan diri.

 Penyelesaiannya, wanita itu mengambil pendekatan bangun di awal pagi, dan mandi ketika itu, semasa senior beliau nyenyak tidur.

Para pembaca, macam mana perkara ini berlaku kat anda ataupun adik perempuan anda?










p/s;

-badan masih lemah-lemah. Mengumpul kekuatan untuk kelas pada hari esok.

-Pesanan dari saya sebagai environmentalis adalah, hujan yg sekejap, membuatkan udara dibumi bertambah kotor kerana debu-debu diatas dibawa turun oleh air hujan

Sekian.............

Sunday, July 11, 2010

Kita pelajar... tapi sistem pembelajaran menghalang dari kita belajar.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera.


Sebelum aku sambung tidur kerana kurang tidur semalam, aku ingin berkongsikan sesuatu dengan pembaca semua. Untuk pengetahuan semua, minggu ini bermulanya sesi pembelajaran di Universiti. Bagi yang belum mendaftar subjek semestinya sibuk ke pusat pengajian masing-masing untuk mendaftar subjek pada sem tersebut. Bagi pelajar tahun kedua, pada masa inilah anda akan runsing kerana memikirkan samaada anda ingin mengambil minor ataupun elektif.

Bagi yang mengambil minor, minggu ini merupakan minggu yang kritikal untuk anda. Masakan tidak, berlakunya pertembungan kelas dengan subjek teras. Pusat Pengajian aku hanya menyediakan slot untuk minor psikologi dan pengurusan sahaja. (biasanya dua minor ini sahaja yang kurang bertembung)

Jadi, macam mana jika kita meminati minor yang lain? adakah hanya terkubur diminda sahaja? Untuk pengetahun semua, kami masih boleh mengambil minor yang lain. Namun begitu, masalah yang terbesar adalah, jika berlaku pertembungan, kami tidak diberi peluang. Jalan penyelesaian hanya mengambil minor yang lain ATAUPUN, mengambil minor psiko @ pengurusan.

Hendak belajar pun dikawal. Adakah begini sahaja nasib kami? nasib perintis selepas kami?

Bahana dari fenomena ini adalah, kurangnya lepasan mempunyai minor yang berbeza. Kebanyakan hanya psikologi dan pengurusan. Jadi apa bezanya Universiti dan Sekolah? Sekian



P/S;

-dipaksa menyaksikan perlawanan WC....melihat perlawanan tanpa perasaan dan ingin pulang ke bilik

-Baru sahaja selesai mendaftarkan subjek. Namun begitu, subjek Ko-k masih belum digugurkan.

-InsyaAllah esok akan pergi ke Transkrian. Ada projek astronomi disana..... (jemputlah kesana)

Friday, July 9, 2010

Anda adalah ketam bunga.....

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera....

Kini ku semakin hilang keyakinan untuk mempeercayai orang-orang di sekeliling ku. Lebih ramai yang ku kenal, semakin banyak la ragam yang aku lihat. Aku tidak menyalahkan mereka. Mereka juga insan biasa seperti. Senantiasa melakukan kesilapan sama ada sedar mahupun tidak.

Ape yang membuatkan ku lebih kecewa,kerana sikap. Sikap kita. Ada apa dengan sikap kita? Sikap kita yang suka menjatuhkan orang. Hasad, dengki, dendam membuatkan kita tidak mampu berfikiran waras. Sanggup menjatuhkan saudara sendiri. Sikap ini ibarat ketam bunga.


Sedap... Sungguh sedap jika dimasak. Tetapi,seperti yang ku katakan tadi. Sikap, semua kerana sikap. Ketam bunga jika diletakkan didalam baldi yang besar dalam kuantiti yang banyak, maka, semestinya tidak ada seekorpon akan terlepas dan keluar dari besen tersebut. Hal ini kerana mereka akan menarik kawan-kawan mereka semula kedalam baldi jika ada ketam yang mencuba untuk keluar dari baldi tersebut.

Jika ramai kawan-kawan disekeliling anda bersikap sedemikian.... apa yang anda buat?


P/S :

-Baru saja selesai melakukan aktiviti astronomi bersama ahli-ahli
-Menjadi seperti lalang kerana terpaksa berdiri ditengah-tengah antara dua pihak
-Terfikir, mampukan aku bertahan pada hari kelak. Cabaran yang menanti semakin payah. Bermacam-macam lagi ragam yang akan dijumpai...

Thursday, July 8, 2010

Kisah Cinta Bintang pada Sang Bulan.

 Assalamualaikum W.B.T...dan Salam Sejahtera

Kisah Cinta Bintang pada Sang Bulan.

KENAPA bulan dan matahari tak dapat bertemu?
Sedangkan BULAN dan BINTANG adalah sahabat sejati???

Suatu hari pernah Bulan mendengar sebuah bintang berbicara pada bulan “Aku tidak ingin lagi menemanimu mulai malam ini dan seterusnya” katanya.
“Kenapa?” tanya bulan
“Padahal aku menyukaimu, aku menyukai malam-malam dimana kau ada dan menemani ku hingga fajar menjelang”
tetapi bintang itu hanya diam meredup dan bersembunyi di balik mega.
Justeru karena bulan menyukainya maka bintang itu menghilang.
Cinta memang aneh, bukankah ia seharusnya mempersatukan?
Bintang itu mencintai bulan.
Tetapi bulan tidak mencintainya, ia hanya ‘ menyukainya’.
Siapakah yang membeda-beda kan cinta dengan suka?
Kenapa bulan tidak membencinya saja, malah bulan menyukainya sehingga bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemaninya malam nanti.

Bukankah bintang seperti api panas,berkobar dan memberikan sinar?
Namun Bintang yang mencintai sang Bulan ini hanyalah sebuah bintang kecil yang berwarna merah.
Karena itu ia tak pernah dapat mengumpulkan keberanian untuk berkata pada bulan
“ Aku mencintaimu!”.
Bulan sendiri tidak pernah menganggap bintang sebagai lebih dari sahabat yang selalu menemaninya setiap malam, dan sesungguhnya bintang mengetahuinya.

“Aku mencintai matahari” kata bulan
”Ia dapat membuatku bersinar indah diwaktu malam.
Ia membuatku selalu ditunggu oleh para pencinta malam. Ia membuatku selalu dinanti oleh para pujangga yang yang menulis berbait-bait puisi tentang cinta hanya dengan melihat diriku di langit malam.

Bintang tak pernah habis berfikir kenapa bulan mencintai matahari, bulan bahkan hampir tak pernah bertemu dengan matahari dan ketika mereka bertemupun bulan akan kehilangan sinarnya.
Kita menyebutnya gerhana matahari,
Matahari tidak pernah memikirkan bulan, ia hanya bersinar dan memberikan sinarnya tanpa membeda-bedakan.
Ia bahkan tidak mengetahui kalau sinarnya dimanfaatkan oleh bulan untuk bersinar dimalam hari.
Ia hanya menganggap bulan sebagai benda yang kadang-kadang menghalanginya memberi sinar kepada bumi.

Atau Mungkinkah matahari mencintai bumi,??
Misteri

Bintang merasa tidak mendapatkan keadilan.
Kenapa bulan mencintai matahari yang bahkan tidak pernah memikirkan bulan, dan bukan mencintai bintang yang mencintai bulan dengan sepenuh hatinya?
Bintang juga merasa tak berdaya karena walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya kepada bulan agar selalu kilau kemilau, bintang tak dapat melakukannya karena jaraknya yang sangat jauh.

Matahari juga adalah bintang, bintang merah yang sama seperti dirinya, karena letak nyalah matahari dapat terlihat lebih terang daripada bintang.
Tapi bintang adalah bukan matahari, karena itu bulan tidak mencintai bintang.

Cinta memang aneh. Karena itu sekali lagi bintang berkata, kali ini kepada semua teman- temannya
“Aku tidak ingin lagi menemani bulan mulai malam ini”
kemudian ia menghilang (tak hanya meredup danbersembunyi di balik mega) dan tak pernah lagi menemani bulan.

Ku beritahu sebuah rahasia, sekarang Bintang itu turun ke bumi sebagai Bintang jatuh memberi harapan bagi permintaan sepasang kekasih agar mereka berdua dapat hidup berbahagia hingga akhir hayatnya.

Walaupun dia tak mendapatkan cinta sang Bulan,ia dapat menjadi berarti bagi sepasang kekasih menjadikan kisah mereka indah.

Di olah dari: cintadearhaniey.wordpress.com


p/s :
-aku baru sahaja sah sebagai salah seorang student minor astronomi....
-Menjadi MT dalam Kelab Astronomi
-berusaha untuk mengilap bakat berkomunikasi....adoi....