Sahabat-sahabat Perjuangan

Wednesday, January 19, 2011

[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Post Kali ini saya cuma copy dan paste untuk menyebarkan apa yang saya baca. 



1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html


Jejak Jari :
  1. Hurm... rakyat semakin ditindas?
  2. Belajar hanya menguntungkan pihak atasan. Pihak atasan cuma mahukan keuntungan daripada kecemerlangan Pelajar?
  3. Hendak belajar, tetapi perlu berhutang?
  4. Hutang semakin bertambah...?
  5. Yang kaya semakin kaya, yg miskin semakin ditindas.......................................
Fikir-fikirkanlah... anda mampu mengubahnya.......

5 comments:

Hani Nabilia said...

alamak..jd patut ke saya isi borang tu?? confuse nie

Kujie said...

hutang dah bertimbun2 , tapi kerja belum tentu lagi...

sedih, kan

Chef Az said...

nampak gamaknya begitulah... hurm...... nak kahwin pun nanti pon hutang belum tentu habis.....

Itu tak termasuk kadar kos kehidupan yang semakin menaik.....=,="

~@sadi~ said...

yang lawaknya, penurunan dari 3% ke 1% tak pulak untuk semua. ni kena mintak, isi borang. saja ptptn buat taktik kotor, paksa peminjam bayar bunga tak habis2

anaKefli said...

ya rabbi....

ptptn ni mmgla kannnnnnnnnnnnnnn
saya belum pun cukup 6bulan habis blaja dah kene kejat dek ptptn.sedih betul

siap dpt surat mahkamah lagi...padahal keje pun belum,
sedihnyaaaaaaaaaaa

lebih tepat menyebut ptptn sebagai
PTPENIPU atau PTPTIPU!