Sahabat-sahabat Perjuangan

Thursday, March 17, 2011

Maksud nama hamzah adalah suka berjalan?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang......

Gara-gara letupan reaktor nuklear Jepun (my favorite country) sedikit sebanyak memberikan impak kepada negara Asean. Dikatakan radiasi dari letupan tersebut akan (atau telahpon ) sampai ke Malaysia.

Dikatakan radiasinya akan dibawa oleh awan dan akan jatuh ke bumi Malaysia melalui hujan. Jadi, sebagai seorang seorang penunggang yang sentiasa menunggang ke sana dan ke sini merasakan diri ini terancam dengan kesan radiasi jika hujan mulai turun.

Jadi, salah seorang sahabat baik ku dari sekolah yang bernama Jen,

Jen : kalau hujan jangan keluar la hamzah, bahaya
Aku : kalau terkeluar macam mana ya jen?
Jen : Saya tau hamzah tak boleh duduk diam dalam bilik kan? saya tau
Aku : haha, macam mana tau?
Jen : Tau la, nama pon hamzah....haha
Aku : nama hamzah bukan bermaksud suka jalan la jen...
Jen : tapi utk awk maksud die suka jalan.. (sambil letak ikon =p )....

Haip!! amboi jen, suka ya... Saya amat cemburu pada awak. Awak berjalan sampai UK tak bawak saya pun.....Awak balik sini nanti, make sure awak sihat tau... 

Bagiku, dengan berjalan, semakim banyak ragam yang boleh kita lihat. Luas permandangan. Kadang-kadang, ada perkara yang kita boleh jadikan iktibar berdasarkan pemerhatian kita. Disamping itu juga, dapat melihat kebesaran Pencipta kita. Bintang-bintang berkelipan, burung-burung yang berkicauan dan sebagainya. Sedikit sebanyak mampu menenangkan fikiran. Tidakkah begitu?. Abang Hisyam ada berkata, setiap hidupan ada cara masing-masing berselawat kepada penciptanya. Disebabkan itu, jika kita mendengar burung-burung berkicauan, mahupun bunyi air sungai yang mengalir, sebenarnya kita dengar alunan selawat.



Jejak Jari :
  1. Minggu lepas menyaksikan satu kemalangan diantara motosikal dengan kereta produa Myvi. Semoga ku dijauhkan dengan malapetaka seperti itu. (mangsa kelihatan parah). Selepas ini kena bawa kenderaan dengan lebih berhati-hati.
  2. Sekarang ni bermacam-macam isu timbul, lebih-lebih lagi berkenaan Malaysia tidak sensitif dengan Malapetaka yang menimpa Jepun ( kes kartun dengan ucapan Bik Mama). Sampai isu ini masuk dalam CNN
  3. Esok test, Hoyeah~~~ All The Best Hamzah!!!

0 comments: