Aku suka quote ni, Obachan ga iteita "There is nothing wrong with imitating a person... as long as it's to find who you really are."
Kadang-kadang kita kagum tentang seseorang itu, perwatakan dia, kecantikan/kehenseman dia, ke`popularan` dia, dan sebagainya. Sehinggakan kita terikut-ikut nak jadi seperti dia. Artis, Sahabat baik, idola dan sebagainya.
Tetapi sampai satu masa itu, kita sedar bahawa kita tidak mampu jadi seperti mereka. Ingatlah satu perkara wahai sahabatku, bahawa kita adalah kita. Tidak perlu menjadi orang lain. Setiap orang mempunyai perwatakan dan penampilan yang berbeza. Dunia ini bervariasi. Kalau dalam bahasa kampung saya, Colourfull.... lip lap lip lap......
Kita tak sedar yang kita mempunyai kelebihan yang orang lain tiada. Tetapi, kadang-kadang kita tidak menyedarinya. Kita juga, tidak sedar, bahawa banyak lagi insan yang didunia ini yang nak jadi seperti diri kita pada masa sekarang ni. Jadi, berbanggalah wahai sahabat ku.......... Nikmat yang diberikan olehNya kepada kita amat indah......
Allah Itu tidak melihat pada harta mahupun wajah, tetapi Allah melihat pada Hati......
(Klik kalau nak besarkan) (Gambar ambil dari Facebook Kak Wani, My best senior)
Hah!! lagi 1, statement tu jangan salah gunakan pulak.... Ada gak sesetengah golongan gunakan statement ini sebagai alasan dari memperbaiki diri mereka. Contohnya, kawan ni tak suka mandi, kita tegur suruh dia mandi. Last-last dia cakap, ini adalah diriku.... Diriku memang tak suka mandi.......
Pulak dah.... Tolong!!!! Tolong!!! Air Pollution.... (Pesanan Dari Student Environment)
Jejak Jari :
- Hari ni melawat ke hospital. 2 orang ahli kelab astronomi eksiden moto semalam. (Kes eksiden moto kian menjadi-jadi)
- Hari ini tak makan nasi. Dah jadi perut western ke hamzah?
- Buntu berkenaan penginapan Lawatan Industri bulan depan, Basha!!! hamzah!!!!
- Jamuan Kesyukuran EKSPEN minggu depan..... harap semua berjalan lancar..... =)
3 comments:
betul ape yang kau cakap tu..manusia ni kadang2 terlalu terikut ikut dan kenape die tak ikut cara nabi..??
lagu kat blog ni sangat aku suke^_^
teringat kat kawan2 sekolah arab dulu..
sgt suka lagu nie jgk..huhuhuhu
jom join contest simple..=)
http://misssandwich1001.blogspot.com/2011/04/1st-contest-anispic-percutian.html
Post a Comment