Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Tak tahu untuk mulakan. Tapi hati ini dan jiwa ini meminta
pertolongan mu ya Allah. Hamba mu ni amat lemah. Ujian yang Engkau berikan
hanya sedikit jikalau nak dibandingkan dengan ujian yang engkau pernah berikan
kepada Umat yang terdahulu.
Entah mengapa, bila meningkat dewasa hati dan jiwa ini
sangat mudah tersentuh. Mudah terpikat. Padahal diriku tidaklah sebegini.
Jika di sana di uji dengan perang, tapi di sini di uji
dengan kesenangan. Kadang-Kadang hati ini rasa bersalah bila rasa diri ini
mencitai orang. Nak luahkan tak mampu. Nak pendam sakit. Lagi sakit jika ianya
terlepas kepada orang lain.
Mungkin ini petanda. Petanda bahawa istilah antara cinta dan
cita ni mengambil alih. Mungkin ini adalah zaman peralihan di mana bahagian cinta ini datang.
P/S : Nama saja blog antara cinta dan cita. Namun masih
terkejar-kejar mencari cinta dan mengejar cita. Hurm…….
No comments:
Post a Comment