Sahabat-sahabat Perjuangan

Monday, December 28, 2009

Pakaian anda seksi sangat la.....

Assalamualaikum semua.......


Kali ni, Az nak share sumtin yg pada mulanya agak menggelikan hati Az. Namun begitu, hamzah tabik Spring dengan langkah2 yg dilakukan oleh pihak2 yg berkenaan. Jom baca artikel bawah ni....

__________________________________________________________________________________

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.
"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.
Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.
Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim


Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.
Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.
Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki. - AFP
__________________________________________________________________________________
Wah..... cube kite bayangkan kalu perkala yg sama dibuat di KL.... ape akan terjadi? hurm...... kalau x buat kat KL pon, cukupla kalau aktiviti ini dijalankan di Kampus kita. mesti banyak la yg kena tahan kan?
Ape2 pon, Az nak tekankan disini, sama ada tindakan diatas diambil atau tidak, kita sebagai muslim perlula menutup aurat kita, Jika tidak mendapat balasan di dunia, di hari kelak masih ada hukuman yang menunggu kita. Menutup aurat merupakan satu kewajipan kepada kita.....
InsyaAllah.......

Az = pas ni kalau jadi BOS, nak denda pekerja yg memakai pakaian yg seksa.... hehe \(>,<)/


1 comments:

damia yasmin said...

hrp2 chef az jdikpm m'sia agr benda ni dpt dlksanakn....insyaAllah...