Sahabat-sahabat Perjuangan

Friday, January 27, 2012

Sedapnya makanan ini

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sungguh enak makanan ini. Apatah lagi sekiranya perut kita lapar. Namun begitu kadang-kadang kita terlepas pandang sesuatu perkara yang penting. Adakah makanan yang dimakan kita habis atau pun masih terdapat sisa yang boleh dimakan?


Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan daripada kita masih meninggalkan sedikit ataupun banyak sisa makanan selepas menjamah makanan.Kadang-kadang semasa mengambil makanan kita mengikut nafsu. Tidak sedar tentang kapasiti yang mampu ditampung oleh En Perut.



Mungkin kerana kita terlalu senang. Semua makanan yang kita lihat tidak mempunyai harga selepas kita kenyang. Semua lebihan makanan ini akan sampai ke tong sampah. Pada kita makanan itu hanya berharga sewaktu kita lapar.

Sedar atau tidak. Sewaktu kita membuang sisa-sisa makanan itu, berjuta-juta lagi manusia yang dalam kelaparan. Ada yang terpaksa bergelandangan  di kota raya, ada yang terpaksa mengikat perut untuk anak mereka dan sebagainya. Ragam manusia diantara yang senang dan juga yang susah.


Alhamdulillah. Mungkin sudah dididik dari kecil untuk menghabiskan makanan oleh Ummi. Makanan yang diambil atau dihidang akan dipastikan habis. Walaupun sesetengah mengatakan bahawa jika habiskan makanan tanpa meninggalkan makanan sedikit bermakna kita ini adalah seorang yang "KEBULUR". Biarlah apa dikatakan orang. Inilah yang dikatakan budaya yang diterap kepada sesetengah golongan. Apa yang baiknya ku tak tahu. Biarlah apa dikatakan orang. Mungkin saya boleh menerapkan budaya baru untuk anak-anak saya pada masa akan datang seperti mana yang diterapkan oleh Ummi.

Ku tersenyum apabila bersama makan dengan seorang sahabat yang berbangsa cini ini. Beliau juga mempunyai perangai yang sama macam ku. Makanan yang diambil oleh beliau akan dihabiskan oleh beliau. Kata beliau, sebiji nasi yang tertinggal dalam pinggan bermaksud satu jerawat akan timbul pada muka bakal pasangan mereka. Ku tersenyum mendengarnya. Walaupun bunyinya tidak logik, apa salahnya kita mengurangkan sisa makanan yang dihasilkan oleh kita?

Tips yang mudah untuk mengelakkan jangan terlalu tamak dan mengikut nafsu tika mengambil atau memesan makanan. Rasulullah memberikan panduan mengenai cara makan ideal supaya kita lebih mensyukuri nikmat makanan yang dikurniakan dan pada masa yang sama tidak memudaratkan kesihatan.

Makan ketika lapar lebih memberi kita impak rasa bersyukur dengan kurniaan rezekinya dan menginsafi serta mewujudkan rasa ingin membantu kepada mereka yang saban hari berada dalam keadaan lapar.

Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.”
(Hadis Abu Daud)


Dari segi persekitaran pula, seorang yang hidup dalam negara yang membangun menghasilkan lebih kurang 100kilogram sisa makanan dalam setahun. Bayangkan berapa banyak sisa makanan yang dihasilkan oleh berbilion-bilion manusia? Cuba Bandingkan pula dengan berapa banyak kes manusia yang mati disebabkan kurang makanan? Renung-renungkanlah.....




Jejak Jari
  1. Sejak dua menjak ni jika pergi ke kedai buku biasanya akan pergi ke bahagian Masakan, Persekitaran dan juga kesihatan. Jiwa untuk masakan dan juga dietetik kembali. Mungkin master nanti dalam bidang makanan?
  2. Senyumlah. Senyum itu penawar yang hebat!. Senyum tika didatangi musibah menandakan kita seorang yang tabah =)
  3. No 3 tiada untuk kali ni. Jumpa lagi =)

1 comment:

HeNRieTTa JoSe said...

Btl tu....klu time lpar, kdg kdg ambil mkanan terlebih dr yg mmpu kite habiskan....