Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang
Alhamdulillah.Itu perkataan yang mampu ku ucapkan sekarang. Banyak perkara yang dilihat. Banyak juga yang di pelajari. Untuk pengetahuan semua, pada tahun lepas, bulan November aku diberi peluang untuk menaburkan bakti di negara Kemboja. Banyak benda yang boleh dikongsi. (kemungkinan besar akan dikongsikan pada masa akan datang ).
Usai tamat aktiviti di Kemboja, sahabat-sahabat yang turut menyertai aktiviti ke Kemboja mengaturkan aktiviti ke Hatyai, Thailand. Ku baru sahaja sampai ke tanah air 2 hari yang lepas. Banyak perkara dan tanggungjawab yang perlu digalas sejak dua tiga menjak ini.
Kali ini, aku ingin berkongsikan pengalaman ku ketika di Taman Bunga, Penang pada hari ini. Permandangan di kawasan Taman bunga atau juga dikenali sebagai taman botani itu amat indah. Kebiasaannya terdapat banyak keluarga yang datang bersiar-siar di sana. Ada yang muda, remaja mahupun yang tua. Ku tertarik dengan perbualan seorang cucu bersama atuknya.
Lokasi : Berhampiran sebuah rumah/pejabat di Taman Botani Penang
Cucu : Tempat apa ni tuk?
Atuk : Ni Tempat Bom mengebom.
Aku : (Tersentak, sambil berfikir).......
Apa pandangan anda? perlukah jawapan yang sedemikian?
Kanak-kanak yang kecil mudah terpengaruh. Jika mereka tidak sedar akan kebenaran tentang perkara ini, mungkin sampai bila-bila kanak-kanak tersebut terus tertipu. Mereka akan terbawa-bawa perkara ini sehingga dewasa. Perlukah menjawab jika tidak tahu tentang jawapannya? Bukankan mudah jika menjawab
Atuk : Atuk tak pastilah Cu. Nanti atuk tanya kat kawan atuk.
-----------------------xxxXXXxxx-----------------------
Realiti pada masa kini. Cerita tahyul mahupun hantu sering kali menjadi santapan harian di muka televisyen. Kebiasaannya kanak-kanak tidak di kawal mahupun dibimbing semasa di kaca televisyen. Terbayang-bayang........ Hantu........ Takut......... Semuanya menjadi perkara biasa kepada mereka. Sedar atau tidak, natijah daripada perkara ini mampu menyebabkan mereka lebih takut kepada benda-benda tahyul berbanding Tuhan Yang Esa.
Apabila meningkat remaja mahupun dewasa, mereka di acuankan dengan politik-politik.
Mereka salah, kami betul!
Mereka Jahat, kami baik!
Berbagai-bagai perkara lain yang acapkali diperkatakan kepada mereka. Perpecahan berlaku diantara mereka. Sehingga perkara yang benar di tutupi oleh kefanatikan mereka kepada 1-1 kepercayaan mereka.
Kadang-kadang aku merasa letih. Seperti perkara ini tiada penghujungnya. Perkara ini akan terus berputar dan terus berulang jika kita tidak cuba untuk tanganinya. Yang muda akan menjadi remaja, yang remaja akan menjadi tua, dan yang tua akan kembali kepada yang maha Esa. Bangkitlah wahai pembaca. Celikkan matamu. Mungkin ada penyelesaiannya.
Jejak Jari :
- Maaflah jika tulisan kali ini seperti kurang kualitinya. Mungkin disebabkan sudah lama bercuti daripada menulis
- Mungkin selepas ini akan menulis entri berkenaan dengan cinta. Sudah lama tidak membincangkan tentang isu ini. =)
- FYP dan EKSPEN 2012. Tugas berat yang perlu diselesaikan pada tahun ini. Harap agar semuanya berjalan lancar.
- Ada juga terasa ingin cuba untuk berkecimpung dalam Vlog. Tapi......................... (mungkin jauh lagi untuk capai hasrat tu ) =/
No comments:
Post a Comment