Sahabat-sahabat Perjuangan

Tuesday, February 28, 2012

Betul Ke Liza Surihana tu cantik?

Dengan nama Allah yang maha penyayang dan maha pemurah.

Baru-baru ni kisah perkahwinan Liza Surihana dan Yuzra SKRU hangat diperkatakan. Gambar mereka banyak di siarkan di dada akhbar mahupun di ruangan maya.

Gambar Tsuruhime Kakuranger (Gambar Hiasan)

Beberapa hari yang lepas, semasa menjalankan tugas di Sektor Kesejahteraan Pelajar, salah seorang staf sedang menyelak surat khabar. Suasana yang senyap tiba-tiba dipecahkan oleh suara beliau.

S : Hamzah, Liza Surihana ni cantik kan?
Aku : Err.. Cantik ke? saya rasa biasa-biasa je (nada bersahaja)
S : Kalau dia tak cantik, macam manalah orang yang cantik buat kamu?

Aku tersenyum sambil berkata-kata dengan tenang. Secantik mana pun kecantikan luaran, tanpa kecantikan dalaman menyebabkan kecantikan luaran terhapus. Kecantikan luaran tidak kekal. Akan hilang dimamah masa ataupun nikmat kecantikan itu ditarik semula oleh ilahi.

Kadang-kadang aku terfikir. Wanita yang berwajah cantik ni pun banyak dugaannya kan? Banyak lelaki yang akan cuba dekati? Sama juga untuk lelaki kacak. Nasib baikla ku tak berapa kacak.

Sekian.

 Tersenyum. Dapat satu pesanan ringkas daripada bekas pelajar. =)

Jejak Jari :
  1. Minggu ni adalah minggu yang tidak stabil. Banyak benda perlu difikirkan dan diselesaikan.
  2. Bimbang dengan amalan yang dilakukan. Sepertinya tidak dapat istiqamah. Mencari diri sendiri yang hilang.
  3. Azam 29 Februari 2012 adalah untuk makan cucur udang. (ok mengarut)
  4. Kenapa tak letak gambar Liza Surihana? ( err.... tak ada gambar yang bertudung? dan rasa tak perlu kot? )
  5. Mencari kecantikan~~~

Wednesday, February 8, 2012

Berdampingan bersama Hobi semasa hidup

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Suasana ketika itu damai. Hati benar-benar disapa Terasa benar diri ini akan kekerdilan seorang hamba. Dia telah menciptakan matahari yang sedang terbit itu. Kemudian Allah juga mewujudkaan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengelus rambutku, membuai jiwaku tenang.



Kadang-kadang jiwa ini rasa kosong. Tertekan, stress dan sebagainya datang secara tiba-tiba. Pada masa kinilah jiwa memerlukan sesuatu untuk menenangkan semula perasaan yang meronta-ronta untuk diluahkan.

Kagum melihat salah seorang Staf USM. Walaupun stress dengan kerjanya beliau masih mampu menanganinya. Hobinya sangat menarik. Mengumpul model-model kapal terbang, model-model ketenteraan dan sebagainya. Beliau juga mempunya beberapa hobi lain yang menarik.



Semasa berbicara dengan Staf USM tersebut, tiba-tiba terpacul satu soalan dari mulut beliau. Apa hobi hamzah?

Tersentak. Terngamam. Itu reaksi pertama ku. Soalannya mudah. Tapi membuatkan ku terfikir sepanjang aku hidup 22 tahun di bumi Allah ni, adakah aku ada membuat sesuatu perkara yang berfaedah sebagai hobi?

Soal selidik mudah telah ku jalan kan pada beberapa sahabat ku. Soalan yang sama ditanya. Apa hobi kamu?. Jawapan yang tidak pelik pada zaman yang berteknologi kini, BerOnline. Jujur ku katakan. Kenapa aku tidak dapat terima beronline sebagai satu hobi?. Andai kata anda beronline 2 jam sehari. dalam setahun anda sudah menggunakan dalam  672 jam bersamaan 28 hari. Boleh dikatakan selama sebulan anda online dalam setahun. Jujur ku katakan, aku rasa takut. Masa yang kita ada semakin suntuk. Adakah terdetik dalam hati kita untuk bertaubat?



Sekarang ku dalam pengembaraan mencari hobi yang berfaedah. Masih ada lagi kawan-kawan ku yang mempunyai hobi yang menarik antaranya mengumpul setem.Antaranya Kak Ayuni yang berjaya memenuhkan 2 album setem. Katanya beliau mempunya setem yang beredisi terhad dan beberapa setem luar negara.

Jejak Jari:
  1. Semasa di rumah pada minggu lepas, aku menyedari bahawa memasak kek antara hobi ku. Tersenyum =)
  2. Bola sepak. (Lansung tak minat). Banyak lelaki suka akan bola sepak. =/
  3. Anda mempunya Hobi yang menarik untuk dikongsikan? boleh lah tulis di bahagian komen untuk dikongsikan bersama. Mana tahu Hobi anda akan menjadi satu budaya yang menarik. =)
 Err... Mampu? haha

    Tuesday, February 7, 2012

    Bila sakit baru teringat.

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Dengan Bismillah, enjin skuterku dihidupkan. Hari ni seorang sahabat mengajakku untuk pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang. Ibunya terpaksa ditahan kerana berlakunya pendarahan dikawasan lengan. Disitulah paip dialisis dimasukkan untuk mencuci darah. Perkara ini menjadi kebiasaan buat seseorang yang buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Sindrom bagi penyakit ini kebiasaanya berat badan akan naik secara mendadak. Untuk info berkenaan tanda-tanda penyakit ada boleh rujuk di sini. Alhamdulillah. Keadaan beliau semakin baik. Namun beliau terpaksa menunggu rawatan lanjut dari doktor pakar kena doktor tersebut masih bercuti.

    Semasa disana bermacam ragam yang saya lihat. Ada yang parah, ada yang mengalami cedera tidak berat dan sebagainya. Masing-masing mempunyai penyakit yang berbeza. Namun begitu, ada salah satu diantara mereka menarik minat ku. Pesakit ini terpaksa diambil daging dari tangannya untuk digunakan pada kepalanya. Rawatan ini juga dikenali sebagai Stem cell treatment.

     Antara bahan bacaan menarik untuk Stem Cell Treatment

    Difinisi Wikipedia menyatakan :
    Stem cell treatments are a type of intervention strategy that introduces new cells into damaged tissue in order to treat disease or injury.

     Antara contoh-contoh proses untuk menggantikan sel-sel lain

    Entah mengapa. Sejak zaman Matrikulasi, badan ku mula meremang apabila mengingati atau membayangkan teknik rawatan ini. Bayangkan kulit atau isi anda dipotong dan digunakan untuk menampal bahagian yang rosak, terbakar atau berlubang pada badan anda.


    Lebih menarik, teknik rawatan ini juga digunakan untuk menggantikan saluran darah dalam badan, dimana saluran darah dari bahagian lain akan digunakan untuk menggatikan saluran darah yang lain.

    Kadang-kadang bila difikirkan, perkara ini sama macam cubit paha kiri, paha kanan terasa. Dalam organisasi kadang-kadang perkara itu juga berlaku. Jika satu department membuat masalah, department lain dalam organisasi tersebut juga akan mengalami masalah. Contohnya, jika department 1 perlu melakukan perkara A dan department 2 perlu melakukakn perkara B. Perkara B tidak dapat dimulakan jika perkara A masih belum diselesaikan. Jadi department 2 tidak dapat memulakan kerja sekiranya department 1 masih tidak menyelesaikan perkara yang ditugaskan.

    Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan. Oleh itu kepada pembaca, jika anda melakukan sesuatu, fikir-fikirkanlah berkenaan kesan yang akan berlaku kepada orang lain atas tindakan anda. Bukan apa, kadang-kadang rasa kasihan kepada pihak lain yang terpaksa bersabar untuk menghadapi dugaan disebabkan tindakan anda. Renung-renungkanlah.....


    Jejak Jari :
    1. Semasa di hospital tadi ada kes tetak menetak menggunakan parang. Ngeri........
    2. Setiap penyakit itu merupakan kifarah kepada kita. Beringat-ingatlah ketika sakit. Ingatlah kepada-Nya. Selepas sembuh jangan pula cepat lupa kepadaNya...
    3. Mencari Tanah. Mencari Buluh. Membuat Arang, jadi Berperang (dengan FYP).... oh........