Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Suasana ketika itu damai. Hati benar-benar disapa Terasa benar diri ini akan kekerdilan seorang hamba. Dia telah menciptakan matahari yang sedang terbit itu. Kemudian Allah juga mewujudkaan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengelus rambutku, membuai jiwaku tenang.
Kadang-kadang jiwa ini rasa kosong. Tertekan, stress dan sebagainya datang secara tiba-tiba. Pada masa kinilah jiwa memerlukan sesuatu untuk menenangkan semula perasaan yang meronta-ronta untuk diluahkan.
Kagum melihat salah seorang Staf USM. Walaupun stress dengan kerjanya beliau masih mampu menanganinya. Hobinya sangat menarik. Mengumpul model-model kapal terbang, model-model ketenteraan dan sebagainya. Beliau juga mempunya beberapa hobi lain yang menarik.
Semasa berbicara dengan Staf USM tersebut, tiba-tiba terpacul satu soalan dari mulut beliau. Apa hobi hamzah?
Tersentak. Terngamam. Itu reaksi pertama ku. Soalannya mudah. Tapi membuatkan ku terfikir sepanjang aku hidup 22 tahun di bumi Allah ni, adakah aku ada membuat sesuatu perkara yang berfaedah sebagai hobi?
Soal selidik mudah telah ku jalan kan pada beberapa sahabat ku. Soalan yang sama ditanya. Apa hobi kamu?. Jawapan yang tidak pelik pada zaman yang berteknologi kini, BerOnline. Jujur ku katakan. Kenapa aku tidak dapat terima beronline sebagai satu hobi?. Andai kata anda beronline 2 jam sehari. dalam setahun anda sudah menggunakan dalam 672 jam bersamaan 28 hari. Boleh dikatakan selama sebulan anda online dalam setahun. Jujur ku katakan, aku rasa takut. Masa yang kita ada semakin suntuk. Adakah terdetik dalam hati kita untuk bertaubat?
Sekarang ku dalam pengembaraan mencari hobi yang berfaedah. Masih ada lagi kawan-kawan ku yang mempunyai hobi yang menarik antaranya mengumpul setem.Antaranya Kak Ayuni yang berjaya memenuhkan 2 album setem. Katanya beliau mempunya setem yang beredisi terhad dan beberapa setem luar negara.
Jejak Jari:
- Semasa di rumah pada minggu lepas, aku menyedari bahawa memasak kek antara hobi ku. Tersenyum =)
- Bola sepak. (Lansung tak minat). Banyak lelaki suka akan bola sepak. =/
- Anda mempunya Hobi yang menarik untuk dikongsikan? boleh lah tulis di bahagian komen untuk dikongsikan bersama. Mana tahu Hobi anda akan menjadi satu budaya yang menarik. =)
Err... Mampu? haha
2 comments:
plez folow my blog and give some advise or idea to improve my blog..^^
http://akuberjiwapink.blogspot.com/
menarik hobi anda..
sy juga suka memasak..
itu hobi baru.. sebelum ni sgt takut utk memasak..hu.hu..
Post a Comment