Sahabat-sahabat Perjuangan

Tuesday, February 28, 2012

Betul Ke Liza Surihana tu cantik?

Dengan nama Allah yang maha penyayang dan maha pemurah.

Baru-baru ni kisah perkahwinan Liza Surihana dan Yuzra SKRU hangat diperkatakan. Gambar mereka banyak di siarkan di dada akhbar mahupun di ruangan maya.

Gambar Tsuruhime Kakuranger (Gambar Hiasan)

Beberapa hari yang lepas, semasa menjalankan tugas di Sektor Kesejahteraan Pelajar, salah seorang staf sedang menyelak surat khabar. Suasana yang senyap tiba-tiba dipecahkan oleh suara beliau.

S : Hamzah, Liza Surihana ni cantik kan?
Aku : Err.. Cantik ke? saya rasa biasa-biasa je (nada bersahaja)
S : Kalau dia tak cantik, macam manalah orang yang cantik buat kamu?

Aku tersenyum sambil berkata-kata dengan tenang. Secantik mana pun kecantikan luaran, tanpa kecantikan dalaman menyebabkan kecantikan luaran terhapus. Kecantikan luaran tidak kekal. Akan hilang dimamah masa ataupun nikmat kecantikan itu ditarik semula oleh ilahi.

Kadang-kadang aku terfikir. Wanita yang berwajah cantik ni pun banyak dugaannya kan? Banyak lelaki yang akan cuba dekati? Sama juga untuk lelaki kacak. Nasib baikla ku tak berapa kacak.

Sekian.

 Tersenyum. Dapat satu pesanan ringkas daripada bekas pelajar. =)

Jejak Jari :
  1. Minggu ni adalah minggu yang tidak stabil. Banyak benda perlu difikirkan dan diselesaikan.
  2. Bimbang dengan amalan yang dilakukan. Sepertinya tidak dapat istiqamah. Mencari diri sendiri yang hilang.
  3. Azam 29 Februari 2012 adalah untuk makan cucur udang. (ok mengarut)
  4. Kenapa tak letak gambar Liza Surihana? ( err.... tak ada gambar yang bertudung? dan rasa tak perlu kot? )
  5. Mencari kecantikan~~~

4 comments:

Ckin Kembaq said...

yes...sy pun takkan letak gmbar mereka yang tidk menutup dgn smpurna in my blog......takut saham dosa bertambah.. +_+

p/s : mmg betul..org cntik, kacak banyak ujiannya...sangat banyak.terpulang pada mereka nak elaknya.. ^_^

jen yong said...

Post awk ni mne de mengarut. Sy rse sangat meaningful lah - kecantikan dalaman adalah kecantikan yg kekal. =)

p.s. Dah termakan ke cucur udang tu? Patutlah asyik complain lapar je, rupanye mengidam! Mkn nasi pun tak kenyang ek? :P

WANDAH said...

http://wandah-nurcahaya.blogspot.com/
wah2 cantiknya blog awak ni sempoi sangat tapi menari di mata.
saya suka membabaca disini...

Gabungan Koperasi Universiti Berhad said...

Untuk menjamin sebuah kehidupan yang bermakna dan terjamin..ikuti blog ini untuk memelihara kebajikan , kesihatan , dan keselamatan bersama..
gakubmalaysia.blogspot.com