Saban hari semakin nampak kesungguhan anak buah EKSPEN 2012. Tersenyum. Harap semuanya semakin rancak dan lancar. Keadaan di Unit Kaunseling semakin meriah dengan kehadiran Kak Ogy yang sudah lama bercuti, walaupun baru-baru ini UK dikejutkan dengan kes berat yang berlaku di USM. Saya rasa semua tahu tentang akan kes tu. [bukan kes itu yang henda dibincangkan]
Semalam ada banyak program yang berlansung di USM. Banyak gerai makanan, minuman, aksesori, pameran dan sebagainya. Walaupun tidak membeli apa-apa, suasana disekitar sangat menarik. Pelbagai ragam yang boleh dilihat.
Terdapat satu sudut untuk menderma darah. Rasa teruja kerana sudah lama tidak menderma. Untuk pengetahuan semua, selepas kali pertama menderma, ku semakin rajin untuk menderma darah. Jujur menderma buat kali pertama agak menakutkan kerana jarum untuk sedut darah terlalu besar. Tersenyum pabila mengenangkan menderma darah buat kali pertama di Kolej Matrikulasi Johor dulu.
Selepas mengisi borang untuk menderma, berat ku ditimbang. Ada sedikit peningkatan untuk berat. Ini memberikan sinar yang baik bahawa aku boleh menderma seperti biasa. Namun selepas kepekatan darah ku di ambil, berita yang tidak gembira terkeluar dari mulut jururawat yang bertugas.
Adik kepekatan darah adik tidak mencukupi untuk menderma.
Terngamam buat seketika. Selama ini, tidak ada sebarang masalah tika ku menderma darah. Jadi jururawat tersebut telah menasihati aku supaya makan hati bayam dan sebagainya. Haruslah ku tak menggemari itu semua. Kepekatan darah aku pada ketika itu adalah 12.9. Seorang lelaki yang mahu menderma darah seharusnya mempunyai kepekatan darah sebanyak 13.5 manakala untuk wanita 12.5. [menurut jururawat tersebut ].
Begitulah juga kehidupan. Tidak semua perkara yang kita jangkakan akan berlaku walaupun perkara tersebut sudah pun berlaku banyak kali. Contoh terdekat, Dato Lii Cung Weh merupakan pemain tenis yang hebat. Beliau merupakan pemain tenis no 1 didunia. Dalam 1 perlawanan beliau dijangka mendapat tempat pertama. Namun secara tiba-tiba bahunya tercedera dan terpaksa tarik diri semasa perlawanan akhir.
Pernah terjadi pada diri anda? macam mana anda mengatasi dan menghadapinya? Bagi saya apa yang penting adalah menerima apa yang berlaku seadanya. Semua yang terjadi akan membawa diri ke jalan atau simpang yang baru. Bersangka baik dengan apa yang berlaku akan menyebabkan diri ini tidak terlalu pantas untuk merasa kecewa.
Jejak Jari :
- Esok akan pergi ke majlis perkahwinan Pengarah Ekspen 2010. Harap semuanya berjalan lancar =)
- Banyak dugaan untuk menulis blog ni. Walaupun ada idea, tetapi idea tersebut susah untuk keluar sebagai satu tulisan yang berkualit. Akhirnya idea tersebut terkubur.
- Esok juga ada satu ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid Negeri Pulau Penang. Marilah sama-sama kita memeriahkan majlis agama tersebut =)
No comments:
Post a Comment