Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dengan Bismillah, enjin skuterku dihidupkan. Hari ni seorang sahabat mengajakku untuk pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang. Ibunya terpaksa ditahan kerana berlakunya pendarahan dikawasan lengan. Disitulah paip dialisis dimasukkan untuk mencuci darah. Perkara ini menjadi kebiasaan buat seseorang yang buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Sindrom bagi penyakit ini kebiasaanya berat badan akan naik secara mendadak. Untuk info berkenaan tanda-tanda penyakit ada boleh rujuk di sini. Alhamdulillah. Keadaan beliau semakin baik. Namun beliau terpaksa menunggu rawatan lanjut dari doktor pakar kena doktor tersebut masih bercuti.
Semasa disana bermacam ragam yang saya lihat. Ada yang parah, ada yang mengalami cedera tidak berat dan sebagainya. Masing-masing mempunyai penyakit yang berbeza. Namun begitu, ada salah satu diantara mereka menarik minat ku. Pesakit ini terpaksa diambil daging dari tangannya untuk digunakan pada kepalanya. Rawatan ini juga dikenali sebagai Stem cell treatment.
Antara bahan bacaan menarik untuk Stem Cell Treatment
Difinisi Wikipedia menyatakan :
Stem cell treatments are a type of intervention strategy that introduces new cells into damaged tissue in order to treat disease or injury.
Antara contoh-contoh proses untuk menggantikan sel-sel lain
Entah mengapa. Sejak zaman Matrikulasi, badan ku mula meremang apabila mengingati atau membayangkan teknik rawatan ini. Bayangkan kulit atau isi anda dipotong dan digunakan untuk menampal bahagian yang rosak, terbakar atau berlubang pada badan anda.
Lebih menarik, teknik rawatan ini juga digunakan untuk menggantikan saluran darah dalam badan, dimana saluran darah dari bahagian lain akan digunakan untuk menggatikan saluran darah yang lain.
Kadang-kadang bila difikirkan, perkara ini sama macam cubit paha kiri, paha kanan terasa. Dalam organisasi kadang-kadang perkara itu juga berlaku. Jika satu department membuat masalah, department lain dalam organisasi tersebut juga akan mengalami masalah. Contohnya, jika department 1 perlu melakukan perkara A dan department 2 perlu melakukakn perkara B. Perkara B tidak dapat dimulakan jika perkara A masih belum diselesaikan. Jadi department 2 tidak dapat memulakan kerja sekiranya department 1 masih tidak menyelesaikan perkara yang ditugaskan.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan. Oleh itu kepada pembaca, jika anda melakukan sesuatu, fikir-fikirkanlah berkenaan kesan yang akan berlaku kepada orang lain atas tindakan anda. Bukan apa, kadang-kadang rasa kasihan kepada pihak lain yang terpaksa bersabar untuk menghadapi dugaan disebabkan tindakan anda. Renung-renungkanlah.....
Jejak Jari :
- Semasa di hospital tadi ada kes tetak menetak menggunakan parang. Ngeri........
- Setiap penyakit itu merupakan kifarah kepada kita. Beringat-ingatlah ketika sakit. Ingatlah kepada-Nya. Selepas sembuh jangan pula cepat lupa kepadaNya...
- Mencari Tanah. Mencari Buluh. Membuat Arang, jadi Berperang (dengan FYP).... oh........
1 comment:
Allah turunkan dugaan itu kepada hambaNya yang dirasakan bersesuaian dan boleh menerima dugaanNya. Semakin besar dugaan Allah, semakin kuatlah seorang hamba itu. Saya tertarik dengan artikel ini. Mengingatkan dan menginsafkan diri sy yg juga pernah berada di bilik dialysis...
Post a Comment