"Membuat kesilapan itu tidak mengapa, tetapi tidak belajar dari kesilapan itu adalah masalah besar"
Melihat ayat ni membuatkan aku teringat akan penasihat sewaktu aku melakukan Latihan Industri tahun lepas. (Baru je kan cakap pasal dia semalam, hehe). Antara perkara yang tertanam kat aku hingga sekarang adalah jangan takut untuk mencuba. Walaupun perkara yang anda lakukan mungkin akan rosak ataupun salah.
Semasa LI, penasihatku memberikan tugasan untuk membetulkan pam air di kawasan lapangan (bunyi site dalam bahasa omputih). Di sini, air yang digunakan adalah air bawah tanah. Jadi pam automatik perlu dipasang untuk menyedut air bawah tanah. Jika tekanan air di dalam paip rendah, maka pam tersebut akan hidup secara automatik untuk menyedut air dari bawah tanah. Enjin pam lama sudah tidak berfungsi dengan baik kerana sudah berkarat, jadi kami perlu menukarkanya dengan yang baru. Semasa mengendalikan enjin pam air tersebut, tidak semena-mena sistem air tersebut rosak. Ia patah disebabkan semasa kami menyambungkannya di paip yang lain, kami memutarkannya dengan kuat. Bayangkan benda yang baru, kami patahkannya? Sudahlah harganya menghampiri RM 500.
Bentuk pam yang dijahanamkan.
(Bahagian bawah sekali merupakan tempat yang patah )
(Gambar dari En Kaca Mata, [bunyi google] )
Namun penasihatku menyatakan hal ini tidak mengapa. Tak salah jika terbuat kesilapan. Semua ini boleh dipelajari. Seminggu selepas itu, penasihatku membeli pam air yang baru. Walaupun pam air yang sebelum ini sudah di " jahanamkan" oleh kami. Kami berjaya memasangnya malah semakin mahir tentang memasang paip dan sebagainya. Betullah kata beliau, banyak perkara yang boleh dipelajari dari kesilapan. Sejak dari itu, walaupun tak pernah melakukan sesuatu yang baru, pasti akan cuba untuk melakukannya. Memasak resepi baru dan sebagainya.... hehe
Jejak Jari :
- Ku sangka tulisanku boleh diiraskan dengan Kak Zara. Tapi jauh api dari panggang... hehe
- Banyak benda lagi yang perkara baru yang dicuba di lapangan. Berani mencuba!
- kopi yang dicampur susu tepung lagi sedap daripada kopi yang dicampur susu pekat. (tiada kaitan)
7 comments:
Great blog and post, keep it up i will be subscribing to your feed!
experience is da best teacher.. =)
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Is excelent post
betul.. tapi kalo ak nak brubah ke arah kebaikan tp personaliti ak x ubah boley x..bab ak da tebiasa kasar.. btw follow la ak.. assalammualaikum
this blog is nice,
i like its..
judi bola online | agen sbobet indonesia
Kalau kita tak buat salah, kita tak akan tau benda yang kita buat adalah penting, dan kita akan lebih berhati2 dalam melakukan semua perkara untuk tidak lagi melakukan kesalahan...
Saidina Excel Canopy
LIKE my FB page
Post a Comment