Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani....
Entry ni khas untuk seorang kenalan ku yang sejak dua menjak ini, emosi beliau tidak menentu.
Manusia acapkali diberikan pelbagai ujian dan dugaan, Setiap cabaran yang datang itu membuatkan manusia ini lebih matang dan mempelajari sesuatu yang baru semasa menempuhi cabaran yang hadir dalam diri mereka. Namun begitu, manusia ini lemah. Kadang-kadang perasaan putus asa itu hadir. Disaat inilah kita memerlukan seseorang teman/sahabat dan seangkatan dengannya untuk memberikan kita semangat, dorongan dan menenangkan hati kita yang lara.
Namun begitu, sahabat/teman ini, hanyalah insan biasa. Kadang-kadang mereka jauh dari kita. Kadang-kadang mereka tidak mampu memahami isi hati kita. Tetapi, ingatlah .... kita umat Islam.. Mempunyai senjata yang ampuh. Iaitu......
DOA......
Allah senantiasa bersama dengan kita. Kadang-kadang, ujian yang diberi adalah untuk mengingatkan kita bahawa kita semakin melupakanNya. Adakah dengan DIA ingin melihat. Adakah dengan ujian yang diberikanNYA, kita semakin dekat kepadaNYA, ataupun, semakin menjauhkan diri daripadaNYA.
Amalan yang mudah, tetapi semakin payah dilakukan kerana anasir-anasir di dunia ini membataskan kita untuk mendekatkan diri denganNya.
Ambillah wudhu', sembahyang sunat, dan duduk berdoa kepadanya agar segala kekusutan dipermudahkan. Sesungguhnya DIA lah tuhan yang berkuasa dan mampu membantu hambanya.
Tepuk dada, tanyalah Iman. Sekian
Jejak jari :
- Emosi ku juga kadang-kadang tidak menentu. Entry ini juga khas untuk diriku.
- Memikirkan tempat Latihan Industri yang patut ku "apply".
- Semenjak dua menjak ini, aku kelihatan lebih hensem? atau serabut?
- Pisang untuk anda.(rasa nak tanam pisang lepas habis belajar nanti)
3 comments:
kdg2, sahabat sendiri pon xley pakai. talam 2 muka~
haha.. jgn tanam pisang.. tanam la anggur ker? jd pnganggur yg berjaye kelak.. :)
huhu~
betultu...setiap dugaan itu hikmah disebaliknya....aku jua pernah melalui dugaan yang besar..apa yang ku pegang adalah " aku makhluknya yang paling bertuah kerna dikurniakan kasih sayang sebegitu dan aku mampu harunginya"
Post a Comment