Sahabat-sahabat Perjuangan

Wednesday, October 5, 2011

Kadang-Kadang rasa sesuatu tak kenala.....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...



Hurm... sekarang ni semakin rancak satu gambar yang menunjukkan gambar yang memburuk-burukkan islam di mukabuku. (saya tidak akan berkongsikan gambar tersebut di muka buku ku ataupun di blog ini).

Sedar atau tidak, semakin ramai yang berkongsikan gambar tersebut. Ada juga sebahagian yang memaki. Cara memaki bergantung kepada diri masing.

Contohnya;
  •  Celakalah agama XXXX
  • hurm...tak sampai hati lah nak tulis2 benda maki ni... Jadi fikirla sendiri ya.

Anda sedar tak bahawa kita ada kawan-kawan non-muslim yang beragama yang seperti yang dicarutkan oleh kita? Jadi, apakah perpepsi mereka kepada kita yang beragama islam ini? Semestinya mereka akan berfikir, inilah Islam. Suka bermaki-makian dan bercakap sesuatu yang buruk terhadap agama lain.

Sedar atau tidak, semua agama yang berada di bumi ini mengajak penganutnya untuk berbuat baik. Namun Islam adalah agama yang dipilih oleh Allah.



إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam." (Ali Imran : 19)



"Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu." (Al Maidah : 3)



Jadi, apa yang saya ingin tekan kan disini, gambar yang ada lihat, monumen yang anda lihat ataupun karikatur yang mempersendakan Islam adalah tindakan manusia yang beragama sekian-sekian. Mereka yang membuatnya semestinya tidak mempunyai fikiran yang waras ataupun tidak mengikuti ajaran agama mereka dengan sebaik-baiknya. Salahkan mereka. jangan memperkatakan sesuatu yang buruk tentang agama mereka

 Sebelum saya tamatkan tulisan pada kali ini, jangan selepas anda baca entry ini anda akan sambil lewa jika ada orang mempersendakan agama kita. Tetapi biarkan kita marah secara berhemah. Akhlak kita itu mencerminkan keperibadian kita. All the best semua =)


Jejak Jari  :
  1. Entah mengapa diri ini rasa semakin lesu. Memerlukan motivasi yang baru
  2. Tunjukkan lah kepada semua keindahan Islam. Musahabah diri =)
  3. Ku hanya insan yang lemah, hanya mampu berserah~~
  4. Rujukan untuk ayat al-quran : SINI

Tuesday, October 4, 2011

Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi

Kali ini tulisan ku berbentuk santai. Sebelum kita teruskan dengan perbincangan kita, boleh la lihat dan dengar video di bawah

(Sebelum mainkan video ini, sila matikan widget lagu di sebelah kanan)
   
 

 Antara lirik permulaan lagu ni berbunyi
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Bila ku dengar lirik ini, ku rasa sebak. Mengapa? Bayangkan tika kita bangun pagi, kita merasakan tidur kita tidak mencukupi. Jika boleh, kita mahu agar kita mempunyai masa yang lebih untuk tidur.

Namun, di masa kelak, pabila kita menghembuskan nafas terakhir di dunia ini mungkin kita akan meminta untuk dihidupkan semula. Sehingga kita merintih. Ingin dihidupkan semula. 

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya.” (Yunus:49)

Kadang-kadang kita terlalu leka dengan nikmat dunia. Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)”
( Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi)
Semoga kita tidak terus leka. 

Jejak Jari :
  1. Kadang-kadang kesibukan dunia pun membuatkan kita leka, lupa di hari kelak
  2. Mempunyai masalah mental disorder agaknya. Cepat terlupa.
  3. Esok merupakan hari tersibuk. Bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam. Perlu mencari ruangan masa kosong.
  4. Ya Allah, berikanlah ku kekuatan kepada hamba mu yang lemah ini.




Saturday, September 24, 2011

Antara Jaminan Manusia dan Jaminan Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kali ini ku ingin anda merenung seketika. Antara jaminan manusia dengan Allah, yang mana satu akan anda pegang? Sila baca ~~INI~~ (Link dari Berita Harian sepertinya sudah dilupuskan)

Surah Al-Maidah ayat yang ke 50

 Terjemahannya : Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki? (hukum) Siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamaNya)?




Jejak Jari :

  1. Ini bukan Blog politik. Tetapi ku ingin mendengar Luahan Pembaca. Berikan pendapat yang bernas agar kita boleh sama-sama menjana pemikiran yang hebat. InsyaAllah.... =)
  2. Selamat Bergraduasi kepada semua senior ku =) Semoga Anda berjaya di Dunia Luar =)
  3. Hati Gembira melihat gambar tunang, berita tentang pertunangan para sahabat. Semoga dipermudahkan Jodoh. Ini doa dari ku =)

    Saturday, September 17, 2011

    Mari kita Ubah fikiran kita

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

    Sudah hampir dua minggu pelajar baru mendaftarkan diri di Universiti Sains Malaysia. Manakala, bagi pelajar tahun ke dua dan tahun-tahun seberikutnya, sudah genap seminggu kita berada di universiti kita.

    Namun begitu, bagaimana dengan niat kita? nawaitu? Masih bersemangat seperti mana pada waktu kita mula menjejakan kaki kita di Universiti?

    Berdasarkan pemerhatian saya, situasi Mahasiswa kini seberti berikut :


    Sebelum 
    Semasa Si A ini mendapat tawaran untuk masuk ke universiti, bukan main seronok beliau rasa. Telefon bimbit digenggaman. Banyak pesanan ringkas yang dihantar kepada kawan-kawan untuk menanyakan apa perkembangan mereka. Contohnya :

    A : Salam. aku dapat tawaran masuk ke Universiti Sekian Sekian. Awak pulak macam mana? Dapat kat mana?
    B : Tahniah. aku plak dapat tawaran ke Universiti Sekian Sekian. Tau tak polan bin polan tu dapat kat mana?

    (mesej ni berlarutan....., gaya tulisan tidak semestinya seperti begini)

    Itu baru sahaja di talifon bimbit. Itu tidak termasuk lagi dengan FB, Tweeter, Blog dan sebagainya



    Semasa

    Usai sahaja masuk ke universiti semestinya banyak tugasan yang diberi. Program yang diikuti dan sebagainya. Ada yang Aktif, ada juga yang pasif. Hal ini terpulang kepada mereka untuk membentuk diri mereka. Jikalau mereka rajin, banyaklah pengetahuan yang diperolehi. Namun begitu, kadang-kadang kita lesu. Mungkin emosi tidak stabil dan sebagainya. Sentiasa menantikan hari cuti. Tujuannya hanya satu. Untuk pulang ke kampung halaman bagi mereka yang berjauhan dengan keluarga.
    (Terdapat juga beberapa golongan yang menghabiskan cutinya di Universiti kerana mengikuti program universiti)


    Selepas

    Konteks selepas ini, saya suka lagi tekan kan kepada mahasiswa yang sudahpun belajar selepas seketika di Universiti. Apabila tamatnya cuti kebanyakkan mereka lebih suka mengeluh.

    Ah...... Cuti dah habis... kena masuk belajar balik......
    (Dialog bebas... Setiap orang ada dialog yang tersendiri)


    Apa yang penting?

    Sikap. berapa lama pun kita cuti, jika mempunya sikap untuk terus belajar, kita tidak akan ketinggalan. Walau diberikan cuti hanya seketika, kita akan merasa puas. Sikap untuk perbaiki diri mampu menambahkan corak dalam diri kita. Mungkin kita boleh set kan semula minda kita seperti mana pada waktu mula-mula menjejakkan kaki ke universiti? Perasaan seronok, teruja , ingin tahu semestinya akan menerjah semula dalam diri kita ini. InsyaAllah.....



    Jejak Jari :
    1. Merasakan Latihan Industri selama 4 bulan masih tidak mencukupi. Masih rasa dahagakan ilmu yang boleh dipelajari
    2. Minggu depan senior-senior akan bergraduasi. Selamat mencurahkan khidmat kepada masyarakat kepada mereka yang sedang bekerja.
    3. Kepada pensyarah ku, semoga ibu kamu cepat sembuh. Banyak-banyak berdoa .
    4. Printer. Mahu  dibeli atau tidak? (masih buntu............)

    Saturday, July 23, 2011

    Biarkanlah apa yang hendak dikatakan orang.

    Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah yang maha mengasihani

    Kadang-kadang diri ini berasa inginkan sesuatu. Lebih-lebih lagi sesuatu yang amat sukar kita hendak perolehi. Tetapi, semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Mungkin sesuatu itu akan kita dapati, tetapi ia akan mengambil masa. Apa yang kita perlukan hanyalah bersabar dan berdoa. InsyAllah, semuanya akan berjalan lancar. Ya Allah, aku mengharapkan yang terbaik dari-Mu............


    Jejak jari
    1. Akan menghadiri satu temu duga isnin ini. Semoga semuanya akan berjalan lancar.
    2. Rasa semakin lemah. Dimanakah hala tuju ku selepas ini?

    Wednesday, June 29, 2011

    Kemalangan situ sana sini

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...............

    Seperti biasa, kebiasaan paginya aku akan bertolak ke Balik Pulau dari USM. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 30 minit. Semalamnya baru sahaja melihat kereta Perodua Kenari kemalangan. Jadi, semasa dalam perjalanan ke Balik Pulau, terdapat lagi satu kemalangan. Kali ini ku ternampak kemalangan Motosikal pula. Seram sejuk aku pada pagi itu. Masakan tidak. Minggu lepas, baru sahaja melihat kemalangan motosikal. Terdapat seorang `Uncle` yang kemalangan teruk, dimana banyak darah yang mengalir-ngalir.


    Gambar Hiasan

    Kadang-kadang, hati ini terdetik juga perasaan, macam manalah jika musibah ini berlaku pada diri aku yang serba serbi kekurangan ini. Banyak lagi yang perlu diubah, disempurnakan.

    Kadang-kadang, terfikir juga, jika berlaku satu kemalangan kepada diri ini, menyebabkan diri ini cacat selama-lamanya. Contohnya, nikmat melihat dengan kedua-dua belah mata, nikmat mempunyai sepasang tangan dan sepasang kaki, dan sebagainya. Mesti perit tika kehilangan nikmat Allah yang tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit.

    Kadang-Kadang terfikir, sungguh kuat orang yang tidak mempunyai kesempurnaan fizikal ini. Walaupun tidak sempurna secara fizikal, tetapi mereka mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang yang sempurna fizikal ini. Bahkan, ada juga yang lebih bagus akhlaknya dari golongan yang sempurna fizikal ini. Bila dibandingkan dengan diri ini, seolah-olah aku merasakan diri ini tidak sesempurna mereka................

    Kadang-Kadang cuba membayangkan diri ini di tempat mereka. Ya Allah, bertapa sukarnya. Contohnya, cuba anda buat kerja hanya menggunakan 1 tangan. Mampukah anda? Macam mana jika Dia menarik nikmat itu?

      
    [2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.


    Jadi..... Bersediakah kita?


    Jejak Jari :
    1. Merasakan diri ini semakin jauh..... Semakin hilang.... Semakin Pudar..... Memerlukan Anjakan Paradigma!!
    2. Merindui Tazkirah Cikgu Zul..... Entah mengapa... mungkin merindukan suntikan semangat dari beliau.
    3. Baru perasan, post kali ini banyak kadang-kadang.... kan?  kan? hurm.....