DALAM RUANG ILMU
Kita adalah pencari di laut
menyusur sayap angin
menyantun suara ombak
meminjam pada karang
berguru pada gelombang
tinta tumpah tak bersambut
luas makna tak tersebut.
Kita adalah penafsir
merungkai misteri makna
dari tanah dan batu
gerak nuansa bersilang dalam buku
buka dan bacalahl setiap diksi
dari kitab rasa itu
kita tidak sesat di sini
tamsilan bersandar ilmu
ilmu bersandarkan iman
iman yang satu
satu yang jitu.
Dalam ruang ilmu
kita adalah pencari dan penerima
menerima dengan tahu
amanah ilmu yang ditemui dan ditafsir
esok, jawapan dibuka kepada kita
di sana tertempa dari tintamu
kira bicara.
Upsi, Tanjung Malim.
2008 (sumber dari sini)
Kadang-kadang sukar untuk mecari konklusi. Jiwa manusia kadang kala kotor, kadang kala bersih. Kadang-kadang jiwa yang bersih pun boleh menjadi kotor. Kadang-kadang sifat ego yang menebal membantutkan jiwa yang kotor bertukar menjadi bersih. Untuk pengetahuan semua, bulan lepas Ummi ku telah mengalami satu kemalangan jalan raya. Di mana bus yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori. Dalam kemalangan tersebut, pemandu lori beserta isterinya mati.
Untuk pengetahuan semua, Ummiku mengikuti Perhimpunan Agong UMNO 2012 kali ke-66 di Bukit Jalil. Semasa dalam perjalanan pulang tersebutlah berlakunya kemalangan tersebut. Mengikut laporan mulut dari Ummiku, pemandu bus yang membawa mereka demam.
Dipendekkan cerita, dalam bus tersebut ramai orang yang cedera. Lebih-lebih lagi buat pemandu bus tersebut. Badannya tersepit dalam keadaan beliau yang masih sedar. Ummiku duduk di barisan kedua daripada tempat pemandu. Jadi beliau nampak lebih jelas (kalau tak silap, darah pemandu bus tu terpercik sikit kat tudung Ummiku).
Baiklah. Bukan kisah kemalangan yang ingin aku kongsikan. Tetapi apa yang terjadi selepas itu. Kemalangan tersebut berlaku di kawasan kampung. Kampung tersebut mungkin orang hijau. Dalam bus tersebut orang merah ( almaklum baru balik dari perhimpunan, masih dalam pakaian yang bewarna merah).
Menurut Ummiku lagi, pintu depan dan pintu kecemasan bus tersebut tidak boleh dibuka. Mungkun disebabkan impak dari kemalangan tersebut. Penumpang yang tercedera dalam bus sedaya upaya meminta tolong orang kampung disitu dengan menjerit dan mengetuk tingkap. Namun, penduduk yang berada di situ hanya melihat tanpa cuba menyelamatkan orang yang berada dalam bus tersebut. Pada ketika itu juga, bau hangit mula masuk ke rongga hidung. Penduduk kampung tersebut masih melihat tanpa membuat apa-apa.
Selepas seketika, bus yang berada di belakang sampai. Jadi merekalah yang bertungkus lumus untuk membuka bus tersebut. Berhampiran tempat berlakunya kemalangan tersebut ada sebuah rumah. Ada seorang mak cik ni cedera teruk. Jadi mereka membawa makcik tu di hadapan rumah tersebut. Salah seorang daripada mereka mengambil kusyen lama untuk dijadikan bantal kepada makcik yang cedera tersebut. Tindakan tersebut telah menyebabkan tuan rumah tersebut marah. "Kenapa ambil hak orang lain tanpa minta kebenaran dahulu?" (bayangkanlah jika orang yang anda tak suka ambil barang anda padahal barang anda tu dah tidak ada nilai sangat).
Ada lagi kisah rentetan dari kisah ini. Tapi cukuplah sampai disini ku menceritakan kisah tersebut. Jadi, apa ulasan yang anda boleh buat?
Ulasan orang biasa yang fanatik :
Orang Hijau : Argh! padan muka! Pergi lagi perhimpunan merah yang tak berfaedah tu. bla bla bla........ kalau mati pon tak pe. Kurang undi 1 bus....
Orang Merah : Hampeh punya orang hijau. Keji! Orang dalam kesusahan pun tak nak tolong..... bla bla bla
Secara jujur, aku sakit, alergik dengan fikiran-fikiran begini. Masih fanatik walaupun dalam keadaan yang genting. Tetap mencari perbezaan yang membantutkan nilai murni penduduk Malaysia.
Cukuplah berfikiran sempit seperti itu. Kita boleh berfikir dengan luas. Cuba cari persamaan dalam diri dan cuba faham perbezaan antara kita. Politik, perbezaan kaum, perbezaan pendapat menjadi elemen dalam mencipta fikiran tersebut.
Semakin parah jika kita mula berfikir sebegini,
“Mereka tidak layak. Tiada kebaikan yang pernah saya dapat daripada mereka,”
Wahai teman-teman sekalian. Hendak buat kebaikan tidak memerlukan sebab. Saya pasti anda semua setuju. Perbuatan yang baik pasti akan dibalas satu hari nanti. Itu adalah pasti.
Jejak Jari :
- Aku bukanlah seorang penulis blog politik. Tak kisah sekirangnya anda orang merah ke, hijau ke, oren ke atau sebagainya. Jika anda mampu berfikir sebentar, melihat dengan positif, dan berpandukan nilai-nilai murni, anda pasti boleh menjadi seorang insan yang baik. (pesanan untuk diriku jua)
- Nasi yang dimakan bersama-sama lebih sedap berbanding makan sendiri. Hidup bersama-sama dalam keadaan harmoni lebih seronok berbanding hidup berseorangan dalam keadaan yang aman. =)
- Menaip sambil dengar lagu, Nota Cinta- Saujana.
- Aku seorang Student SK Part 1
- Aku seorang Student SK Part 2
9 comments:
ntah la...xtaw nk ckp pew...rietta xmnat poitik...
laa... hg sk ke? igtkn TI... ok2
Memang dari skull ti pon....
sebenarnya kita perlu ada sikap untuk ambil tahu. Melihat, analisis dan sintesiskan semua maklumat kita dapat. Jika tidak kita akan tertipu dan ditipu. Sekian =)
Great Blog!!
Have a look and may be follow me
www.thehousekeeperswaitingroom.blogspot.com
The Housekeeper
pfollow back please http://hanascribble.blogspot.com/ thank you :) Selamat berpuasa!
asyik aku suka puisinya :)
nice blog`
Nice Blog.........good content, picture also
Singgah dari http://syafiqaizatmf.wordpress.com/
entah kenapa. aku rasa cerita kau macam tak logik.
:)
Tak kisah hijau atau merah, tapi Islam mengajar umatnya berbaik sangka!
..tiada cercaan dan tiada kejian, melainkan luahan kata-kata baik dan sopan!
Post a Comment