Sahabat-sahabat Perjuangan

Tuesday, April 6, 2010

Aku seorang Student SK Part 2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya AGM Pusat Pengajian (PP) penulis berjalan dengan lancar. Tiada Isu yang berkaitan dengan pisau. hehe ( PRK kampus hari tu ada kes pisau ). Semua selamat.

Seperti yang penulis jangkakan, mesti ada diskriminasi kaum yang berlaku pada AGM PP penulis sebentar tadi. Kerusi MT dipegang oleh 3 orang melayu dan seorang cina, manakali kerusi Exco dan Penolong Exco, 4 melayu, 7 cina dan seorang Cinyu ( penulisla... hehe ).

Secara keseluruhannya, kerusi PP penulis dipegang oleh Melayu. Mungkin disebabkan bilangan pengundi Melayu yang melebihi sedikit daripada cina, menyebabkan kerusi MT kebanyakannya dipegang oleh golongan melayu.

Bagi 1 kerusi MT, mungkin penulis boleh katakan disebabkan pecah undi. Undi di pecah oleh golongan cina sendiri. Bukan mencalonkan kerana kredibiliti orang yang dicalon, tetapi lebih terarah kepada kaum masing-masing.

Kefanatikan terhadap kaum masing-masing mungkin akan memundurkan satu organisasi. Masakan tidak, jika kita memilih seseorang itu disebabkan bangsanya bukan disebabkan kebolehannya. Kita akan kehilangan seorang yang berkebolehan jika orang yang sepatutnya menang, tetapi kalah disebabkan perbezaan kaum.

Sebagai seorang yang mampu berfikir, mengapa kita masih perlu bersifat kebudak-budakan? Penulis rasa perkara yang sama akan berlaku kala kita melangkah keluar dari alam pembelajaran.

Mahukah perkara ini terjadi?



P/s : semoga penulis dapat memikul tanggungjawab yang diberi. InsyaAllah.....

No comments: