Tajuk post diatas bukan bermaksud penulis akan menukarkan menukarkan course yang sedang penulis fahami dan mengerti sekarang. Tetapi lebih kepada perkongsian penulis.
Bagi Penulis yang dahulunye merupakan pelajar Sains Hayat akan merungkai semua pemerhatian penulis dari segi Sains kemanusiaan. Sains Hayat kita belajar pasal struktur badan manusia, mechanisms manusia dan bagaimana sistem dalam badan manusia dan persekitaran berfungsi. Namun begitu, dalam Sains kemanusiaan kita belajar mengenai, kehidupan manusia, kelakuan manusia dan sebagainya. Sungguh indah ilmu ini.
Pada bulan februari yang lepas, penulis berkesempatan bertanding dalam PRK dibawah konstituensi Pusat Pengajian. Nasib penulis agak baik kerana kalah 6 undi. Alhamdulillah. ( Senior ku berbangsa Cina memenangi kerusi Pusat pengajian Penulis )
Dua bulan selepas itu, diadakan pulak AGM untuk pusat pengajian penulis. AGM itu akan berlansung pada malam ini. Jadi, macam biasa berlakunya sekali lagi pertembungan antara dua kuasa besar dalam pusat pengajian penulis. Dimana, melayu dengan pendiriannya, dan cina dengan pendiriannya.
Pandangan penulis? penulis agak terkilan bagi ke dua-dua pihak ini. Masing-masing mahu memanopoli untuk kerusi dibawah pusat pengajian penulis. Penulis dapat mesej daripada kedua-dua pihak untuk mengundi siapa yang sepatutnya untuk diangkat sebagai Majlis Tertinggi ( YDP, NYDP, S/U, Bendahari ).
Jika mesej itu dihantar dari golongan cina, semua nama MT, terdiri daripada orang cina. Begitu juga jika mesej itu dihantar dari golongan melayu, maka, semua nama MT merupakan orang melayu. Dimanakah konsep bekerjasama antara kaun ini diterapkan kedalam sistem pentadbiran pusat pengajian Penulis?
Adakah, konsep asimilasi akan terjadi di pusat pengajian penulis? Apekah itu konsep Asimilasi?. Konsep Asimilasi merupakan satu proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
Formula untuk konsep Asimilasi A+B+C =A
A merupakan golongan dominan, manakala B & C merupakan golongan Minoriti. Tiadanya aspek persefahaman antara kaum berlaku. Sepatutnya biarla MT dan exco dalam Pusat Pengajian Penulis setara. Tidanya isu kaum yang timbul. Pengtingnya kesefahaman untuk menjayakan Ummah yang mantap.
Penulis amat berminat dengan konsep Akomodasi. Akomodosi merupakan proses dimana setiap kumpulan etnik menyedari dan menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Formula untuk konsep Akomodasi ialah A+B+C = A+B+C.
Pelbagai etnik ini hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulanm etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Amat sukar untuk melaksanakan konsep ini jika konsep berpuak-puak masih menebal dikalangan pelajar pusat pengajian penulis.
Penulis mengharapkan yang terbaik untuk AGM Pusat Pengajian penulis malam ini. InsyaAllah.... Semoga Allah mempermudahkan.......
P/S : Penulis rasa muak dengan politik-politik ini. Namun begitu, kita perlu mempelajari dan menghayatinya kerana Islam itu SYUMUL. Sistem kapitalis tidak sesuai untuk jiwa manusia..........
1 comment:
saya berpendapat bhw usaha kearah perpaduan telah bermula zaman datuk n nenek moyang kita..tetpi sayangnya hingga ke hari ini perpaduan masih tidak dikecapi,walaupun diperkenalkan konsep satu malaysia,tp bg saya ia hny ungkapan dibibir dan hanya retorik semta2..
Post a Comment