Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Sebelum saya mulakan penulisan saya, baik saya mulakan dengan mukadimah. Apa yang anda tahu menegenai ikan keli ini?
Ikan keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, Ikan Semilang hanya hidup dilaut.
Menarik tentang ikan keli ini ialah
- Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan kuno ikan keli berasal dariapada berudu, iaitu anak katak.
- Jika orang matilemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin cerita-cerita sebegini, ikan keli "kurang digemari" di Hilir Perak dan Kampung Gajah Perak
- Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga
Untuk pengetahuan semua, penulis menggemari menjamu ikan ini. Namun begitu, penulis agak kecewa kerana ada pihak penternak yang tidak bertanggungjawab hanya ingin mengaut keuntungan.Penulis ada dua artikel untuk dikongsikan bersama-sama pembaca.
Artikel Pertama
KERATAN Kosmo! 19 april 2010
KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan BABI adalah haram dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.
Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam.
"Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak, maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.
Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.
"Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut," tegas beliau.

Artikel ke Dua
PUTRAJAYA: Memakan haiwan ternakan, termasuk ikan keli yang diberi makanan sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai pengharaman itu sudah diwartakan.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Amri Abdullah, berkata fatwa pengharaman itu wajar menjadi panduan kepada umat Islam bagi mengelak membeli hasil ternakan haram dimakan. “Umat Islam perlu berhati-hati dan mengelakkan memakan ternakan seumpama kerana fatwa mengenai kesahihan haram atau halal sudah dikeluarkan,” katanya kepada Berita Harian, ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai seorang penternak ikan keli di Taman Agro Teknologi Pertanian Bestari Jaya di Kuala Selangor, Mohd Fadzil Ibrahim, mendakwa ada ikan keli yang diternak bukan Melayu diberi makan seperti perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi.
Namun, Mohd Amri berkata walaupun Jakim bertanggungjawab terhadap persijilan halal seperti ditetapkan oleh standard ISO MS150 2009, pihaknya tidak berhak memeriksa produk yang tidak mempunyai persijilan halal atau tanpa logo halal.
“Jakim hanya boleh memeriksa pengeluaran, penyediaan, pemberian makanan, penyembelihan, pengendalian, penyimpanan dan pembungkusan bagi produk yang ada sijil halal, Pendek kata, semua proses dari ladang hingga sampai kepada konsumer di meja makan adalah dalam bidang kuasa Jakim.
“Bagaimanapun, bagi produk yang tiada persijilan halal atau menggunakan logo halal, ia tidak bermakna bahan terbabit haram dimakan tetapi pengguna harus menggunakan budi bicara dan jangan beli sekiranya was-was,” katanya.
Beliau berpendapat adalah berbaloi bagi pengusaha hasil ternakan seperti ikan keli, yang sebahagian besar pelanggannya adalah orang Melayu atau umat Islam, memohon persijilan halal bagi menghapuskan syak wasangka terhadap kesahihan status halal produk yang dipasarkan.

Hurm... tepuk dada, tanyalah iman. Kita sebagai pengguna, ape tindakan kita? Mahu ke makan Ikan "lele" (bahasa jawa) yang haram ni?
Chef Az, nak tanye, ada cara ke nak membezakan antara keli yang Haram dan yang Halal?
Yosh... dah lame anda tak tanye soalan. ada caranya... cara-caranya ialah...........
IKAN KELI YANG MAKAN BAHAN HARAM (kumbahan ladang babi / usus babi)
1. Kepala berbentuk "V"
2. Bentuk badan mirip topedo
3. Badan berwarna hitam berkilat.
4. Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5. Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6. Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
IKAN KELI YANG MAKAN MAKANAN ALAMI
1. Kepala berbentuk ‘U’
2. Bentuk badan tirus
3. Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4. Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
5. Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
6. Digoreng tidak meletup
(diambil dari sini)
Sungguh kuciwa... mungkin 1 hari nanti penulis perlu buka kolam penternakan ikan keli.....ada sape-sape nak tempah? =)
P/S : sebenarnya, banyak benda yang boleh penulis tulis pasal ikan keli ni...... rasanya, teman-teman yang lain sudah banyak menulis pasal masalah ini. Cuba anda berGoogle..
1 comment:
jom tgk blog khas ikan keli kawan...
Post a Comment