Jangan dengan tajuk post penulis ni. Sebenarnya saja nak buka mata pembaca yang sedang menjalani peperiksaan akhir semester. Agak berderau juga darah penulis pabila bakal menghadapi paper killer ni. Jadi, apa yang penulis mampu hanyalah, mendoakan yang terbaik.
Jadi, tajuk entry ini bukan sekadar suka-suka. Sebenarnya penulis ada sesuatu yang berbeza yang ingin penulis kongsikan disini. Iaitu,
Guna meriam tembak pewangi atasi bau busuk
BEIJING - Sebuah pusat pelupusan sampah di sini akan memasang lebih 100 laras meriam untuk menembak pewangi bagi menangani bau busuk sampah yang menyelubungi ibu kota China itu ekoran cuaca panas.
Ketua seksyen daerah, Zhang Quanhong berkata, meriam dicipta sendiri petugas pusat itu susulan pihak berkuasa Beijing memohon maaf kepada jutaan penduduk yang terpaksa menghidu bau tengik sampah dari situ.
Meriam tersebut berfungsi seumpama penyembur pewangi jarak jauh dengan melepaskan cecair yang diperbuat daripada ekstrak tumbuhan serta akan menutup bau busuk di 13 buah pusat pelupusan di sekitar Beijing, kata agensi berita rasmi Xinhua.
Dianggarkan 17.5 juta warga Beijing menghasilkan 18,400 tan sampah sehari, menyebabkan bau busuk dan ramai mengadu tidak dapat tidur waktu malam. - Agensi
Sebagai seorang pelajar Environmetal Teknologi, tidak mustahil Malaysia juga akan mengalami masalah yang sama. Untuk mengurangkan impak pembuangan sampah yang berlebihan, diharap pembaca dapat mengamalkan konsep 4R.... Reuse, Recycle, Reduce dan Rethink........ nak info lebih lanjut pasal 4R click sini
Sedikit sebanyak dari saya, Muhammad Hamzah b. Abdul Hamid, melaporkan untuk Tv 11.... Kembali ke Pentas.....
No comments:
Post a Comment