Sahabat-sahabat Perjuangan

Tuesday, February 9, 2010

Jangan Pulas telinga moto kome tu kuat sangat....isk3

Assalamualaikum w.b.t.



Tanggal 5 Februari 2010 merupakan hari yang tidak akan dilupai buat Cik Wan Maisarah. Pada hari tersebut beliau telah menerima ujian Allah S.W.T dimana beliau kemalangan akibat merempuh sebuah kereta. Selepas kemalangan tersebut, beliau dimasukkan ke Hospital Besar Pulau Pinang. Beliau koma selama 2 hari.

Alhamdulillah, pada hari ahad, beliau telah sedar dari koma. Oleh itu, Az, Zul (roomate) and Jonathan pergi melawat beliau pada hari ini. Keluarga beliau datang melawat pada hari sabtu. Tetapi mereka semua telah pulang semula ke Kelantan pada hari ahad. Jadi tinggal la si ibu kepada Wan Maisarah. Sebelum dapat peluang masuk kedalam wad wan Maisarah, sempat kami bersembang2 dengan ibu beliau. Menurut ibunya, mereka mahu pindahkan wan ke HUSM kat kelantan. Namun begitu, pihak Hospital Besar Pulau Pinang tidak memberi buat sedemikian kerana saraf wan masih tidak stabil. Selepas stabil, barulah boleh pindahkan wan ke HUSM.

Apa yang Az nak sampaikan adalah, bahayanya jika tidak berhati2 dijalan raya. Memang.....memang jalan raya amat penting bagi kita yang selalu berualang alik dari satu tempat kesatu tempat. Namun begitu, janganla sesekali leka ketika berada dijalan raya. Rasanya, pembaca setia blog AC&C masih ingat dengan Leman. Jadi, suka sekali hamzah memohon kepada semua untuk berhati2 semasa dijalan raya..........

Ingatlah pada orang yang tersayang.... 
Semoga Wan Maisarah dan Sulaiman Ismawi cepat2 sembuh(untuk pengetahuan semua, leman masih dalam keadaan yang sebegitu)

P/S : seperti biasa, penulis akan kaku ketika jumpai orang yang terlantar sakit..... mulutku tidak mampu mengeluarkan kata2........MySpace

Masih segar dalam ingatan ku tika ku accident moto pas habis PLKN........ cuti ku habis begitu sahaja duduk dirumah......MySpace


0 comments: