Sahabat-sahabat Perjuangan

Wednesday, March 31, 2010

Anda Terkena April Fool... Yeah

Assalamualaikum........


Riuh rendah kedengaran pabila roomate penulis di April fool kan oleh rakan-rakannya. Masakan mereka tidak tahu natijah daripada perbuatan mereka itu? Adakah golongan muslim pada masa kini terikut-ikut dengan perkara yang TIDAK sepatutnya kita lakukan?

Sebelum penulis meneruskan bicara, penulis nak kongsi satu cerita. Dimana kisah antara suami dan isteri.

Alkisah, terdapat satu keluarga yang hidup aman harmoni. Semua keperluan, mereka perolehinya. Antaranya, rumah yang besar, kereta mewah dan sebagainya. Namun begitu, 1 April 2xxx, menjadi titik hitam buat keluarga tersebut. Dimana, Si suami, entah bagaimana, ingin membuat april fool kepada isterinya. Ketika si isteri menjamukan makanan kepada si suami, si suami dengan nada yang marah, menyatakan masakan itu tidak sedap!!! " Aku CERAI kan kau dengan Talak 1". Isteri itu menangis teresak-esak, lalu masuk kedalam bilik mengunci pintu. Gumbiralah hati si suami pabila melihat si isteri berkelakuan sedemikian. Selepas 10 minit, jeng3........ Isterinya keluar  sambil mengangkat beg baju.Terkejut suaminya. Isterinya melambaikan tangan dan membawa diri ke rumah mak kerana talak tadi sudah jatuh walaupun ia adalah gurauan.Suami yang sengal tadi melihat pemergian isterinya dengan mata yang terkebil2…Sape yang fool sekarang?

Itu natijahnya apabila bergurau melampaui batasan.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
.....rawahuttirmizi Illal Liqaq .



P/s : cube bayangkan jika, budaya april fool ini berleluasa. Mungkin kah akan menjadi seperti ini? 

(hilangnya kepercayaan kita dengan saudara kita)

Renung-renungkanlah....

Saturday, March 27, 2010

EARTH HOUR CAMPAIGN

Assalamualaikum

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan baca bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan. supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". [ar-rum:41]

Renung2kanlah....

Tuesday, March 23, 2010

Fresh Baked Bread, Anyone? Gruesome Body Bakery

Assalamualaikum..... =)

 
Today Chef Az proudly brought to you all about my lovely bread. Hehe. I think you all also like this kind of bread. How about, you all eat tre bread that have the appearance like this……




Imagine running up to the bakery around the corner and coming across bread shaped like body parts. Sound yummy? Artist Kittiwat Unarrom creates just that; gruesome works of art out of bread.
Kittiwat Unarrom has a master's degree in fine arts and creates bruised and battered heads, feet and other internal organs at a bread shop in Thailand.


He started using his skills and made sculptures out of bread. This came naturally to him because his family runs a bakery. The bread is made out of dough, raisins, cashews and chocolate. He just adds his own touch to the finished product.

This makes me wonder how long the line wraps around the bakery in order to purchase this finely crafted delicious bread.
I would love to go over to my parent's house with one of these. Carefully setting the concealed bread on the table, I would wait until all of the food was served and innocently ask my mom if she could pass me the bread. Imagine her surprise when she lifts open the cover and comes face to face with one of these gory delights. Okay, so I'd never be invited over to dinner again, but I think the look on her face would be so worth it.
I think this could be an excellent idea for restaurants. They could use one of these heads as a bread bowl and serve spaghetti in it. It would kind of be like eating brains, don't you think?


If this is not strange enough for you, perhaps you can Feast Like A Cannibal at the Human Buffet instead.


hahahha

 
Delicious right? Hahaa………….. I hope you all enjoy it. Instead become cannibal, how about eat this bread… huhu…. Do you know, the human meat, is very delicious. It is more delicious compare to chicken, mutton or other…… so, if  you want to know more about the cannibals, just click at link that I give before..

Actually Chef Az want share that thing also in this blog. But, that thing to much cruel compare to this..

Maybe after this, someone will complain, why Antara Cita & Cinta?

Chef Az : hahaha….Speechless


P/S : actually we all are cannibals… why not? That is because we want somebody around us going down… ( dalam bahasa melayunye, x suke tengok orang senang… nak je orang yang senang jatuh…. Macam-macam la kita buat nak menjatuhkan orang… kan? Biasalah.. manusia…. )












Sunday, March 21, 2010

Apabila lelaki tertarik dengan lelaki yang lain.....

Assalamualaikum...

Kes wanita dinodai oleh kaum lelaki acapkali dipaparkan dalam dada akhbar. Kes ini tiada penghujungnya kerana runtuhnya akhlak dan moral dikalangan muda mudi pada zaman sekarang. Manakan tidaknya, jika pakaian yang dipakai agak mengghairahkan. Masakan mana ada lelaki yang tidak terliur melihat rupa gadis yang sedemikian. Hanya Iman di dada sahaja mampu menangkisi daripada perkara ini semakin darurat.
Az pun tidak pasti, selama mana iman Az mampu bertahan. Diriku umpama pelita yang dimana minyaknya semakin lama, semakin mengering. Az risau jika api islam yang dinyalakan dalam diri Az tiba-tiba terpadam. Diriku memerlukan bahan api yang merupakan ilmu agama dan memperingati allah untuk mengekalkan Api islam ku ini untuk terus menyala..............

xxx

Cukuplah itu sebagai mukadimah untuk kali ini. Az agak terkejut pabila melihat 1 artikel ini. Rupa-rupanya, bukan wanita sahaja yang dinodai lelaki. Malah, ada juga lelaki yang dinodai oleh lelaki? Masya-Allah....
Nafsu apakah yang ada dalam lelaki tersebut. Mai kita baca artikelnye.........




JAKARTA - Indonesia semalam sekali lagi digemparkan dengan kisah seorang lelaki tempatan yang cuma dikenali sebagai Baekuni setelah dia mengaku meliwat dan membunuh 14 budak lelaki sejak 15 tahun lalu.
Kes tersebut mengulangi kekejaman Robot Gedek yang meliwat dan membunuh 12 budak lelaki di Jakarta pada 1990-an. Robot bagaimanapun meninggal dunia pada 2007 akibat serangan jantung sebelum sempat menjalani hukuman mati.
Baekuni, 49, dilaporkan mesra di kalangan kanak-kanak miskin dengan panggilan Babe yang bererti bapa. Dia dikatakan seorang yang baik hati dan sering membawa mangsa pulang ke rumah sewanya untuk tinggal secara sementara.
Seorang penyiasat polis, Leftenan Kolonel Nico Afinta berkata, suspek ditahan pada Januari lalu ekoran penemuan anggota badan seorang mangsa, Ardiansyah, 9, di dalam beg plastik di tepi sebatang sungai berdekatan kediaman Baekuni.
"Kebanyakan mangsa yang sudah dikenal pasti (oleh pihak berkuasa didapati) berusia antara enam hingga 12 tahun. Mereka dibunuh dengan kejam antara 1995 hingga awal Januari lalu selepas diliwat. Ini menyamai modus operandi kes-kes yang dilakukan Gedek sebelum ini," kata Nico.
Suspek yang menjalankan perniagaan makanan ringan dan rokok dipercayai memujuk mangsa bermalam di rumahnya sebelum meliwat dan membunuh mereka. Selepas itu, mayat mangsa dimasukkan ke dalam beg plastik hitam dan dibuang. - Agensi



woho~~~.... amat kejam dirimu...............why? nape? mengapakah? apekah yang terjadi ni~~~~

P/S : kepada kaum adam, jangan rase diri tu selamat sangat......=)

Thursday, March 18, 2010

Secara tidak sedar, kita menzalimi ibu kita

Assalamualaikum...

semakin jauh kaki ini melangkah, semakin luas permandangan yang kita lihat. Namun begitu, pengembaraan kita menyebabkan kita terpaksa meninggalkan orang-orang yang kita sayang. Namun begitu, sedar atau tidak, kadang2 kita tidak sedar bahawa, kita mungkin melukakan hati Ibu kita.....



Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup.......
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA SIAPALAH KITA,..............

mungkin satu hari nanti kita juga akan mempunyai anak-anak. Tika kita dimamah usia, sanggupkah kita diperlakukan sebegini? sepertimana yang dilakukan kita kepada PAMA kita ketika mereka uzur?

Perbuatan yang baik akan mendapat, pembalasan yang baik.... InsyaAllah....

Luahan si Anak Luar Nikah......

Assalamualaikum....

Az kurang paham manusia ini.... Ada cara yang halal tetap inginkan melakukan perkara yang haram.....



Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb


Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?



Kenapa dia tidak sama menyambut kami?Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?




adik cuma nak tanya je bu.....

Apa salah anak ini? siapa yang mahukan ibubapa yang tidak bertanggungjawab seperti ini? Cuba bayangkan... apa tanggapan masyarakat kepada anak2 ini? Tersiksa jiwa dan batin mereka....

Kepada kaum hawa, janganla sesekali terlalu mempercayai lelaki.Tak semua lelaki baik...... Jika sudah terlanjur, tiada jalan untuk berpatah balik.....( lelaki boleh memberi beribu2 alasan. cthnye: ni bukan anak aku....dengan jantan mana entah kau dapat anak ini.... aku jugak kau nak persalahkan.... berpuluh2 lelaki lain yang meniduri kau, kau tak salahkan mereka pulak )


Kepada kaum adam, janganla sesekali menganianya kaum hawa. Jika benih kita disemai dalam badan wanita tersebut, sanggupkah anda bertanggungjawab?

P/S : Az amat sedih dan marah berkenaan kes pembuangan bayi.......takda hati perut betul...

Wednesday, March 17, 2010

Musuhku..... Musuh mu jua?

Assalamualaikum....

Mengapa? mengapa? mengapakah? seperti sesuatu terjadi kepada ku? Serangan demi serangan menyerang diriku............ Ingin ku melawan, namun diri ini tidak segagah yang disangka. Semakin ku melangkah, semakin mantap serangan yang dilakukannya.........Adakah akan ku tewas?

Tidak sama sekali..... diri ini memerlukan semangat yang kental untuk melawan musuh yang menyerang ini. Acapkali musuhku ini membuatkan diriku semakin lama semakin susah untuk mentelaah buku. Musuhku ini tidak mengenal erti belas kasihan.

Musuh ku ini terlampau banyak kroninya. Mungkin dia pun sudah menyerang diri anda. Masakan tidak, tiap kali kita ingin memulakan sesuatu, mula lah die menyuntik jarum-jarum yang membuatkan kita lari daripada tujuan asal.....



Eh? Az, sape musuh yang ang merepek ni? aiyo.. jangan serabotkan kepala kami

Malas.... malas Az nak cerita.................




P/s : Bahayanye bila gejala malas ini menyerang....Jawapan die malas.....



Pembaca >> MySpace


Az >> MySpace

Kena pukul dengan pengunjung coz post benda yang mengarut ni...hahaha gomenasai.....

Friday, March 12, 2010

Itulah Manusia

Assalamualaikum,.....

Kebelakangan ni, Az acapkali ditimpa ujian dan musibah. Namun begitu, kehidupan ni terpaksa diteruskan. Az cuba untuk menjadi yang terbaik untuk semua pihak. Namun apakah daya, ku hanya insan biasa...

hurm... mukadimah yang agak tak bersemangat kali ini.... Baiklah, ape yang Az nak share buat kali ini berkenaan 1 kisah yang diceritakan oleh Dr Anees semasa kelas IEG 102. Ceritanya berkenaan manusia. Banyak benda  yang boleh Az kupas dari cerita yang diberikannya.

Al-kisah

Tuhan menciptakan seekor keldai. Selepas itu, tugas yang diberikan kepada keldai tersebut ialah bekerja bersungguh2. Bekerja untuk manusia. Tuhan memberikannya 30 tahun untuk melaksanakannya. Namun begitu, si Keldai tersebut, cakap 30 tahun itu terlalu lama untuk dia. Jadi, tuhan kurangkan umurnya 20 tahun. Jadi, si keldai hanya hidup selama 10 tahun


Selepas itu, tuhan telah menciptakan anjing. Anjing tersebut juga menerima tugas yang perlu dilaksanakan. Tuhan memberikannya 30 tahun untuk berkawan, bersahabat, menjadi haiwan kesayangan manusia. Senang cakap, bergaul mesra dengan manusia. Seperti si keldai, si anjing merungut. 30 tahun itu terlalu lama untuk dia. Jadi, tuhan telah mengurangkan umurnya sebanyak 20 tahun. Sama seperti keldai. Anjing pon hidup selama 10 tahun.

Selepas itu, tuhan telah menciptakan monyet. Monyet diberikan umur selama 30 tahun. Tugas nya, buat sesuatu tanpa arah. Tanpa tujuan. si monyet mengatakan, 30 tahun itu terlalu lama untuk die. Jadi tuhan telah mengurangkan umurnye sebanyak 15 tahun. Jadi, 15 tahun jela monyet melaksanakan tugasnya.


Akhir sekali, tuhan menciptakan manusia. Tugas manusia ini adalah untuk menjadi khalifah. Mempunyai akal fikiran dan sebagainya. Tuhan telah memberikan Manusia selama 20 tahun untuk melaksanakan tanggungjawabnya di muka bumi ini.

Namun begitu, reaksi manusia berbeza dengan reaksi keldai, anjing, mahupon monyet. Manusia menyatakan bahawa 20 tahun itu masakan cukup untuk manusia tersebut. Manusia meminta umur yang lebih dari keldai, anjing dan monyet. Tuhan telah memperkenankan permintaan manusia tersebut. Jadi, umur manusia menjadi 75 tahun.......................

Cube anda lihat, walaupon manusia hidup 75 tahun ( purata ) namun begitu, tugas mereka seolah2 sama dengan keldai anjing dan monyet. Setelah tamat zaman persekolahan, kita akan menjadi seperti seekor keldai. Dimana kita bekerja bersungguh2 untuk mencari rezeki. Kadang2 walaupon rezeki yang kita perolehi dah mencukupi, manusia masih bekejar2 untuk melakukan pekerjaan.Az x cakap kerja itu salah, tetapi biarlah dunia dan akhirat itu beriringan......

Selepas berkawin, kita akan melaksanakan tugas anjing. Kita akan menyayangi isteri kita, anak2, saudara mara dan sebagainya.....sebenarnya sebelum berkahwin pon kita dah ada tanggungjawab ini. kan? =)

Dan 15 tahun lagi itu. Yang berasal dari monyet, kita melakukan perkara2 yang sia2. Tidak kirala semasa muda, remaja, atau semasa tua..... kan? haiz


Secara mata kasarnya, tamaknya manusia ini kan? namun begitu, mengapa kita asyik mengeluh, masa yang kita ada x cukup? dan sebagainya.......sebenarnya, besar tanggungjawab kita....... tapi kadang kala, kita tidak menyedarinya...........................


P/S.... Az tulis entry ni dalam emosi yang x stabil..... mungkin itu mempengaruhi gaya penceritaan az kali ini....


Az, semoga anda tabah!!!

Wednesday, March 10, 2010

Bahayanya Dunia Maya

Assalamualaikum...

Pada kali ini, Az ingin berkonsikan sesuatu perkara yang kalau boleh, kita elakkan...

Sila Baca...................................................

Pembunuh perdaya 6,000 wanita


LONDON - Dengan menggunakan pelbagai laman perkongsian sosial di Internet, seorang perogol bersiri, Peter Chapman telah memperdayakan lebih 6,000 wanita termasuk gadis dengan menyamar sebagai seorang lelaki kacak yang tidak memakai baju, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Chapman yang berusia 33 tahun dan berkepala botak itu mempunyai lebih 6,000 rakan wanita dalam 10 laman rangkaian sosial di Internet seperti Facebook dan Bebo.
Menamakan dirinya sebagai Peter Cartwright, dia memberitahu umurnya 17 tahun, bujang, seorang pembuat tingkap dan DJ sambilan dari Liverpool.
Dia berjaya menipu seorang remaja berusia 17 tahun, Ashleigh Hall untuk berjumpa dengannya di Sedgefield pada Oktober tahun lalu.
Lelaki itu yang wajah asalnya memakai cermin mata itu kemudiannya menculik, merogol dan membunuh jururawat pelatih tersebut.
Chapman kemudian mengaku melakukan perbuatan itu ketika dibawa ke balai polis Middlesbrough sehari selepas kejadian.
Dia mula menjalani hukuman 35 tahun penjara kelmarin kerana kesalahan tersebut.
Ashleigh ada memberitahu ibunya bahawa dia mahu tidur di rumah rakannya sedangkan dia pergi berjumpa Chapman. Beberapa jam kemudian, mayatnya ditemui di sebuah jalan ladang. Jurucakap Facebook dalam satu kenyataan memberitahu: "Kami sangat sedih di atas kematian tragik Ashleigh Hall."
Chapman mempunyai personaliti yang mesra semasa berhubung dalam rangkaian sosial untuk meyakinkan mangsanya.
Dia sebelum ini pernah dipenjara selama tujuh tahun kerana merogol dan merompak dua pelacur.
Bagi membuatkan gadis-gadis membalas mesejnya, Chapman menghantar mesej rakan-rakannya yang meletakkan rating pada dirinya sebagai '10 daripada 10'.
Seorang gadis yang melihat gambar tersebut menghantar mesej: "Wwoooooowwwwww awak sangat seksi dan hampir membuatkan saya memberikan markah 10."
Malah, ada beberapa orang gadis yang ditanya dengan soalan-soalan berani seperti: "Adakah awak akan mengadakan hubungan seks dengan saya pada malam pertama berjumpa dengan saya?
"Adakah awak kisah jika kita melakukannya seperti seorang bintang porno?"
Seorang ibu beranak tiga berusia 39 tahun memberitahu Chapman seorang yang boleh berubah menjadi ganas jika permintaannya ditolak.
"Jika tidak membatalkan perjumpaan dengannya pada saat-saat akhir, dia mungkin telah merogol dan membunuh saya," katanya.
Seorang lagi wanita mengakui dia ada melakukan hubungan seks dengan Chapman hanya selepas beberapa jam berjumpa dengannya.
"Dia (Chapman) memberitahu ada berhubung dengan ramai wanita di Internet, tetapi tidak pernah bertemu dengan sesiapa pun."
Seorang lagi wanita berusia 46 tahun dari Chippenham juga mendedahkan bahawa Chapman meminta dia mengajak kawannya untuk melakukan hubungan seks bersama.
"Saya memberitahu kepadanya, saya tidak suka. Saya tidak percaya pernah tidur dengannya. Ia membuatkan saya berasa kotor," katanya yang tidak lagi berjumpa dengan Chapman dan terkejut dengan berita penangkapannya.
Semalam, Facebook mengeluarkan amaran dengan menggesa penggunanya supaya tidak berjumpa mereka yang tidak dikenali dan hanya diketahui menerusi Internet, selain menjadi lebih berhati-hati.
Ibu Ashleigh, Andrea meminta ibu bapa untuk bertanya anak-anak dengan siapa mereka berbual dalam talian. Andrea juga menyatakan adalah terlalu mudah untuk laman sosial itu disalah gunakan oleh golongan gila seks.
Ibu kepada orang lagi anak perempuan berumur antara satu hingga enam juga menegaskan tidak akan membenarkan mereka menggunakan Internet untuk berbual dengan rakan-rakan kerana risikonya amat tinggi.
Beliau mengkritik pihak polis kerana gagal memberi amaran mengenai Chapman selepas penjenayah itu hilang daripada 'radar' mereka selama lebih setahun.
"Saya sangat kecewa dengan sistem sedia ada. Sepatutnya ada cara yang lebih baik untuk memantau para pesalah seks," kata Andrea. - Agensi



GAMBAR menunjukkan antara gadis yang menjadi rakan Chapman di sebuah laman web perkongsian sosial.

Bayangkan...... Renungkan........Jangan sesekali terlampau percaya seseorang daripada alam maya...........
Sebagai renungan bersama....

MySpace

Tuesday, March 9, 2010

AdakaH Anda Suka Pabila Kelas Cancel?

Assalamualaikum............

Alhamdulillah Az masih hidup pada hari ini. Macam biasa, bangun2 tido, mandi solat pi kelas semua tu. Hari ni kelas dimulakan dengan Kelas TITAS. Belajar pasal Tamadun Cina. Best!!

Selepas itu, ada kelas IEK 105 ( Solid Waste Management ). Kelas ni berkisarkan bagaimana Proses solid waste itu di selenggarakan. Mungkin lain kali Az boleh terangkan. Namun begitu, apekan daya, Dr Norli tiada. Kemanakah beliau pergi, Az pon tak tau. Cuma, gelagat kawan2 membuat kan Az mahu

HENSHIN!!!!!

KAMEN RIDER DECADE.....



Lepas tu.... Hiyark~~ MySpaceMySpace

hurm... En Kamen Rider, mengapakah anda ingin melanggar Mereka seperti kamen rider melawan musuh?

Hurm.... macam ni sahabat2 ku. Az ada terfikir, mengapakah mentaliti kita ini amat suka pabila lecturer @ cikgu tidak dapat menghadiri kelas untuk mengajar. Jujur Az rasa, kita tidak patut bersikap sedemikian...


Kenapa En Kamen Rider?

Salah satunye, Ilmu lecturer @ cikgu tersebut... bukan mudah untuk kita dapat Ilmu yang diturunkan kepada kita. Mungkin apa yang diajarkan pada hari ini berbeza jika beliau mengajarkannya pada hari esok. Logik kan ape yang diperkatakan oleh Az?

Perkara ke-2 ialah, setiap jam lecturer @ cikgu Hadir dalam kuliah adalah duit kita. Sepatutnye kita perlu "CLAIM" kita punya hak...... tapi, agak mustahil bagi seseorang yang bermentali seperti pelajar "zaman sekarang"......... Az amat Hormat 2-3 orang lecturer Az yang amat menekan kan perkara ini. Sedangkan, jika beliau masuk lewat kedalam Kuliah, beliau akan meminta maaf kepada kami dan mintak Halal atas kelambatan beliau. Antaranya, My Mentor masa Matrix, En Ednel Ashraf B. Misran


Jadi, apa yang anda boleh dikelaskan sebagai pelajar yang macam mana? masih ada masa untuk berubah........ hehehe....


P/S.. Maaf atas ketidak matangan ku... hehee...saja nak bagi nampak menarik....

Bagilah komen anda ye =) untuk menaik taraf tulisan ku ini =)

Sunday, March 7, 2010

Musahabah Ekspen

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, program Ekspen 2010 USM (Ekspo Kerjaya dan Pendidikan ) berjalan dengan lancar. Progam ini berlansung selama 3 hari 5-7 March. Az tergerak untuk berkongsikan pengalaman sebagai sekretiat Ekspen pabila dapat 2-3 perkara yang memberikan 1 impact dalam menjalani kehidupan di Kampus ini.








Ekspen pada tahun ini bertemakan ignite your future. tema ini dipilih agar dapat memberi kesedaran kepada penuntut agar lebih bijak merancang dan dan bertindak untuk masa depan sendiri. 
Melalui EKSPEN ini, para pelajar dapat bertemu dan berkomunikasi secara langsung dengan pihak industri, sekaligus mendapatkan informasi yang tepat dan terkini.


Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh terangkan pasal ekspen ni. Senang cakap, Ekspen ni membantu pelajar expecially yang sekarang ni merupakan pelajar tahun terakhir. Dengan adanya program ini diharapkan mereka dapat merancang lebih awal untuk kerjaya mereka selepas keluar daripada Universiti.

So, chef Az? ape yang anda dapat dari Ekspen ni?

1.kawan
2.pengalaman
3.penat
4.seronok

Hurm...apekah itu chef? itu macam biasa je. Lain2 aktiviti yang chef join tetap sama...... yang lain dari yang lain? isk3

Owh, you mean yang nampak lebih specialla ye? huhuhu antaranya dari segi komitmen. Ada juga orang memanggilnya sebagai komit. Ada kisahnya semasa ekspen ini berlansung, ada seorang sekretiat tiada disitu selama 1 hari penuh. Dengar katanya die ada program lain yang mengekang dia untuk hadir melaksanakan tanggungjawab beliau dalam program ekspen ini. Macam biasa, selepas habisnya program pada hari tersebut, mestila meeting akan diadakan untuk memperbaiki sebarang masalah yang timbul sewaktu hari kejadian. Alkisahnya, En Azmi menanyakan samaada ada sekretiat yang tidak hadir. Tidak perlulah Az menyatakan nama beliau.


Selepas mendengar penjelasan salah seorang daripada kami, En Azmi pon, dengan nada yang tegas, nak sertai apa2 aktiviti pon kita kena ada komitmen. Adakah kita mampu memberi komitmen yang 100% pabila terpaksa menyelesaikan 2 komitmen dalam 1 masa? contohnye, Az ada komitmen dalam Program A, namun begitu, Az jugak ada komitmen dalam Program B. Seperti biasa, kita akan mengutamakan salah satu daripada Program tersebut. Jika Az melebihkan komitmen dalam Program A, macam mana dengan Program B? Adakah kawan2 kita dalam Program B dapat menerima kenyataan? dapat menerima kekurangan komitmen kita? ( sedih jugak pasal masalah ini, kerana Az terpaksa melebihkan komitmen dalam Program Ekspen ini berbanding Program BIK )......Mintak Maaf semua~~

Hal yang kedua yang berlaku yang menyedarkan Az ialah, pabila melakukan kerja bersama Abang Anuar( salah seorang orang atasan). Beliau ada menyatakan kepada Az bahawa, semua aktiviti Universiti yang kita join ini hanyalah pengalaman untuk hari esok. Namun begitu, apa yang lebih penting adalah pembelajaran dalam Universiti ini. Berapa PNGK kita. Bagi Az, PNGK tu hanyalah PNGK. Tidak lebih daripada itu. Namun begitu, Az rasa, Az perlu menguatkan pengetahuan mengenai subjek2 yang Az belajar dalam Course Teknologi Persekitaran. Apa gunanya belajar jika tidak dapat mengaplikasikan ape yang kita belajar. Tidak mengapalah, berkenaan belajar ini mungkin Az boleh bincangkan pada masa akan datang MySpace


Hurm....actually Az ada banyak lagi nak cerita.... tapi stop dulula... malas dah nak menaip... huhuhu...
Doa2kanlah semoga insan yang bernama Muhamad Hamzah Bin Abdul Hamid  ni Rajin.... =)


Ni gambar kami semua dengan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor...



Ekspen 2010... Ignite Your Future............

Tuesday, March 2, 2010

Ikan Jatuh dari langit.

Assalamualaikum.....

Untuk hilangkan mengantuk dan bosan tika menulis lab report, macam biasa, az explore yang boleh dibaca dan memberi manfaat kepada Az. Terngamam ku seketika tika terbaca 1 artikel ini. Ikan jatuh dari langit Australia...

Jom Baca.....


GAMBAR yang dirakamkan oleh Christine Balmer dan disiarkan oleh sebuah akhbar menunjukkan sejumlah ikan yang gugur dari langit di Lajamanu, Australia.

LAJAMANU, Australia - Seramai 650 penduduk di sebuah kawasan pedalaman Australia, Lajamanu seolah-olah tidak dapat berkata-kata apabila beratus-ratus ekor ikan jenis spangled perch gugur dari langit, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu mengejutkan salah seorang penduduk tempatan, Christine Balmer yang sedang berjalan pulang ke rumahnya apabila hujan ikan itu berlaku baru-baru ini.
"Beratus-ratus ekor ikan jatuh di merata-rata tempat. Penduduk berlari ke sana sini untuk mengutipnya. Semua ikan masih hidup semasa jatuh ke tanah.
"Justeru, ia semestinya masih hidup sewaktu 'terbang' di udara. Apabila saya memberitahu keluarga yang tinggal di tempat lain di Australia, mereka kata saya merepek.
"Sedangkan saya tidak. Apa yang boleh saya perkatakan ialah saya bersyukur tidak dihujani dengan buaya!," kata Balmer.
Seorang ahli meteorologi menyatakan insiden itu mungkin disebabkan oleh puting beliung.
Bukan sesuatu yang aneh bagi puting beliung untuk menyedut air dan ikan dari sungai sebelum menjatuhkannya pada jarak ratusan kilometer jauhnya.
"Sebaik sahaja ikan-ikan itu masuk ke dalam sistem cuaca, ia mungkin beku. Selepas beberapa tempoh, ikan-ikan tersebut 'dilepaskan'," kata Mark Kersemakers dari Biro Meteorologi Australia.
Lajamanu terletak di antara Darwin dan Alice Springs di hujung Gurun Tanami.
Ini bukanlah kali pertama bandar kecil itu mengalami kejadian ikan gugur dari langit.
Menurut seorang penduduk, Les Dillon yang berusia 48 tahun, pada awal tahun 1980-an dia berada di Hotel Alice Springs Tavern.
Apabila keluar dari biliknya, dia melihat ikan-ikan kecil jatuh dari langit.
"Ya, memang saya ada minum beberapa gelas bir. Jadi tiada seorang pun rakan yang mempercayai saya.
"Saya terpaksa menelefon ramai orang untuk memberitahu bahawa saya tidak mabuk. Ia (ikan gugur dari langit) benar-benar berlaku," kata Dillon. - Agensi


Hahaha.... cube bayangkan kalau buaya jatuh dari langit? rasanya lagi bagus kot..... leh buat beg kulit, dompet tali pinggang dan sebagainya..... MySpace

Kalau ikan jatuh dari langit kat Malaysia ni, konpem masalah ikan dapat diatasi... hehe




Sebenarnye, penduduk di Australia patut bersyukur... kerana tidak dijatuhkan dengan batu2 api dari neraka yang dibawa oleh burung ababil...... Sesungguhnye jika Allah mahu menurunkan bala, maka terjadila ia... kun fayakun.......Bayangkan tentera Abrahah yang ramai2 itu ( atau boleh dikatakan sebagai tentera bergajah, kalau zaman kita boleh anggap berkereta kebal la ) hancur dengan bala tentera burung yang diutuskan Oleh Allah S.W.T....MySpace


Renung2kanlah............