Assalamualaikum....
Az kurang paham manusia ini.... Ada cara yang halal tetap inginkan melakukan perkara yang haram.....
Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....
Apa salah anak ini? siapa yang mahukan ibubapa yang tidak bertanggungjawab seperti ini? Cuba bayangkan... apa tanggapan masyarakat kepada anak2 ini? Tersiksa jiwa dan batin mereka....
Kepada kaum hawa, janganla sesekali terlalu mempercayai lelaki.Tak semua lelaki baik...... Jika sudah terlanjur, tiada jalan untuk berpatah balik.....( lelaki boleh memberi beribu2 alasan. cthnye: ni bukan anak aku....dengan jantan mana entah kau dapat anak ini.... aku jugak kau nak persalahkan.... berpuluh2 lelaki lain yang meniduri kau, kau tak salahkan mereka pulak )
Kepada kaum adam, janganla sesekali menganianya kaum hawa. Jika benih kita disemai dalam badan wanita tersebut, sanggupkah anda bertanggungjawab?
P/S : Az amat sedih dan marah berkenaan kes pembuangan bayi.......takda hati perut betul...
3 comments:
seram sejuk baca entry nih..
semoga Allah bukakkan hati pemuda pemudi zaman sekarang nih
lumrah manusia... tapi lagi terok kalo yg buang2 baby tuh.... :((
Ok...dah update blog...=))
Post a Comment