Kes wanita dinodai oleh kaum lelaki acapkali dipaparkan dalam dada akhbar. Kes ini tiada penghujungnya kerana runtuhnya akhlak dan moral dikalangan muda mudi pada zaman sekarang. Manakan tidaknya, jika pakaian yang dipakai agak mengghairahkan. Masakan mana ada lelaki yang tidak terliur melihat rupa gadis yang sedemikian. Hanya Iman di dada sahaja mampu menangkisi daripada perkara ini semakin darurat.
Az pun tidak pasti, selama mana iman Az mampu bertahan. Diriku umpama pelita yang dimana minyaknya semakin lama, semakin mengering. Az risau jika api islam yang dinyalakan dalam diri Az tiba-tiba terpadam. Diriku memerlukan bahan api yang merupakan ilmu agama dan memperingati allah untuk mengekalkan Api islam ku ini untuk terus menyala..............
xxx
Cukuplah itu sebagai mukadimah untuk kali ini. Az agak terkejut pabila melihat 1 artikel ini. Rupa-rupanya, bukan wanita sahaja yang dinodai lelaki. Malah, ada juga lelaki yang dinodai oleh lelaki? Masya-Allah....
Nafsu apakah yang ada dalam lelaki tersebut. Mai kita baca artikelnye.........
JAKARTA - Indonesia semalam sekali lagi digemparkan dengan kisah seorang lelaki tempatan yang cuma dikenali sebagai Baekuni setelah dia mengaku meliwat dan membunuh 14 budak lelaki sejak 15 tahun lalu.
Kes tersebut mengulangi kekejaman Robot Gedek yang meliwat dan membunuh 12 budak lelaki di Jakarta pada 1990-an. Robot bagaimanapun meninggal dunia pada 2007 akibat serangan jantung sebelum sempat menjalani hukuman mati.
Baekuni, 49, dilaporkan mesra di kalangan kanak-kanak miskin dengan panggilan Babe yang bererti bapa. Dia dikatakan seorang yang baik hati dan sering membawa mangsa pulang ke rumah sewanya untuk tinggal secara sementara.
Seorang penyiasat polis, Leftenan Kolonel Nico Afinta berkata, suspek ditahan pada Januari lalu ekoran penemuan anggota badan seorang mangsa, Ardiansyah, 9, di dalam beg plastik di tepi sebatang sungai berdekatan kediaman Baekuni.
"Kebanyakan mangsa yang sudah dikenal pasti (oleh pihak berkuasa didapati) berusia antara enam hingga 12 tahun. Mereka dibunuh dengan kejam antara 1995 hingga awal Januari lalu selepas diliwat. Ini menyamai modus operandi kes-kes yang dilakukan Gedek sebelum ini," kata Nico.
Suspek yang menjalankan perniagaan makanan ringan dan rokok dipercayai memujuk mangsa bermalam di rumahnya sebelum meliwat dan membunuh mereka. Selepas itu, mayat mangsa dimasukkan ke dalam beg plastik hitam dan dibuang. - Agensi
woho~~~.... amat kejam dirimu...............why? nape? mengapakah? apekah yang terjadi ni~~~~
P/S : kepada kaum adam, jangan rase diri tu selamat sangat......=)
1 comment:
salam..
inilah jadinya jika nafsu mendahului akal..
takut pulak dengar org2 saiko camnie..
thanks for sharing..
Post a Comment