Sahabat-sahabat Perjuangan

Sunday, March 7, 2010

Musahabah Ekspen

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, program Ekspen 2010 USM (Ekspo Kerjaya dan Pendidikan ) berjalan dengan lancar. Progam ini berlansung selama 3 hari 5-7 March. Az tergerak untuk berkongsikan pengalaman sebagai sekretiat Ekspen pabila dapat 2-3 perkara yang memberikan 1 impact dalam menjalani kehidupan di Kampus ini.








Ekspen pada tahun ini bertemakan ignite your future. tema ini dipilih agar dapat memberi kesedaran kepada penuntut agar lebih bijak merancang dan dan bertindak untuk masa depan sendiri. 
Melalui EKSPEN ini, para pelajar dapat bertemu dan berkomunikasi secara langsung dengan pihak industri, sekaligus mendapatkan informasi yang tepat dan terkini.


Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh terangkan pasal ekspen ni. Senang cakap, Ekspen ni membantu pelajar expecially yang sekarang ni merupakan pelajar tahun terakhir. Dengan adanya program ini diharapkan mereka dapat merancang lebih awal untuk kerjaya mereka selepas keluar daripada Universiti.

So, chef Az? ape yang anda dapat dari Ekspen ni?

1.kawan
2.pengalaman
3.penat
4.seronok

Hurm...apekah itu chef? itu macam biasa je. Lain2 aktiviti yang chef join tetap sama...... yang lain dari yang lain? isk3

Owh, you mean yang nampak lebih specialla ye? huhuhu antaranya dari segi komitmen. Ada juga orang memanggilnya sebagai komit. Ada kisahnya semasa ekspen ini berlansung, ada seorang sekretiat tiada disitu selama 1 hari penuh. Dengar katanya die ada program lain yang mengekang dia untuk hadir melaksanakan tanggungjawab beliau dalam program ekspen ini. Macam biasa, selepas habisnya program pada hari tersebut, mestila meeting akan diadakan untuk memperbaiki sebarang masalah yang timbul sewaktu hari kejadian. Alkisahnya, En Azmi menanyakan samaada ada sekretiat yang tidak hadir. Tidak perlulah Az menyatakan nama beliau.


Selepas mendengar penjelasan salah seorang daripada kami, En Azmi pon, dengan nada yang tegas, nak sertai apa2 aktiviti pon kita kena ada komitmen. Adakah kita mampu memberi komitmen yang 100% pabila terpaksa menyelesaikan 2 komitmen dalam 1 masa? contohnye, Az ada komitmen dalam Program A, namun begitu, Az jugak ada komitmen dalam Program B. Seperti biasa, kita akan mengutamakan salah satu daripada Program tersebut. Jika Az melebihkan komitmen dalam Program A, macam mana dengan Program B? Adakah kawan2 kita dalam Program B dapat menerima kenyataan? dapat menerima kekurangan komitmen kita? ( sedih jugak pasal masalah ini, kerana Az terpaksa melebihkan komitmen dalam Program Ekspen ini berbanding Program BIK )......Mintak Maaf semua~~

Hal yang kedua yang berlaku yang menyedarkan Az ialah, pabila melakukan kerja bersama Abang Anuar( salah seorang orang atasan). Beliau ada menyatakan kepada Az bahawa, semua aktiviti Universiti yang kita join ini hanyalah pengalaman untuk hari esok. Namun begitu, apa yang lebih penting adalah pembelajaran dalam Universiti ini. Berapa PNGK kita. Bagi Az, PNGK tu hanyalah PNGK. Tidak lebih daripada itu. Namun begitu, Az rasa, Az perlu menguatkan pengetahuan mengenai subjek2 yang Az belajar dalam Course Teknologi Persekitaran. Apa gunanya belajar jika tidak dapat mengaplikasikan ape yang kita belajar. Tidak mengapalah, berkenaan belajar ini mungkin Az boleh bincangkan pada masa akan datang MySpace


Hurm....actually Az ada banyak lagi nak cerita.... tapi stop dulula... malas dah nak menaip... huhuhu...
Doa2kanlah semoga insan yang bernama Muhamad Hamzah Bin Abdul Hamid  ni Rajin.... =)


Ni gambar kami semua dengan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor...



Ekspen 2010... Ignite Your Future............

No comments: