Sahabat-sahabat Perjuangan

Friday, March 12, 2010

Itulah Manusia

Assalamualaikum,.....

Kebelakangan ni, Az acapkali ditimpa ujian dan musibah. Namun begitu, kehidupan ni terpaksa diteruskan. Az cuba untuk menjadi yang terbaik untuk semua pihak. Namun apakah daya, ku hanya insan biasa...

hurm... mukadimah yang agak tak bersemangat kali ini.... Baiklah, ape yang Az nak share buat kali ini berkenaan 1 kisah yang diceritakan oleh Dr Anees semasa kelas IEG 102. Ceritanya berkenaan manusia. Banyak benda  yang boleh Az kupas dari cerita yang diberikannya.

Al-kisah

Tuhan menciptakan seekor keldai. Selepas itu, tugas yang diberikan kepada keldai tersebut ialah bekerja bersungguh2. Bekerja untuk manusia. Tuhan memberikannya 30 tahun untuk melaksanakannya. Namun begitu, si Keldai tersebut, cakap 30 tahun itu terlalu lama untuk dia. Jadi, tuhan kurangkan umurnya 20 tahun. Jadi, si keldai hanya hidup selama 10 tahun


Selepas itu, tuhan telah menciptakan anjing. Anjing tersebut juga menerima tugas yang perlu dilaksanakan. Tuhan memberikannya 30 tahun untuk berkawan, bersahabat, menjadi haiwan kesayangan manusia. Senang cakap, bergaul mesra dengan manusia. Seperti si keldai, si anjing merungut. 30 tahun itu terlalu lama untuk dia. Jadi, tuhan telah mengurangkan umurnya sebanyak 20 tahun. Sama seperti keldai. Anjing pon hidup selama 10 tahun.

Selepas itu, tuhan telah menciptakan monyet. Monyet diberikan umur selama 30 tahun. Tugas nya, buat sesuatu tanpa arah. Tanpa tujuan. si monyet mengatakan, 30 tahun itu terlalu lama untuk die. Jadi tuhan telah mengurangkan umurnye sebanyak 15 tahun. Jadi, 15 tahun jela monyet melaksanakan tugasnya.


Akhir sekali, tuhan menciptakan manusia. Tugas manusia ini adalah untuk menjadi khalifah. Mempunyai akal fikiran dan sebagainya. Tuhan telah memberikan Manusia selama 20 tahun untuk melaksanakan tanggungjawabnya di muka bumi ini.

Namun begitu, reaksi manusia berbeza dengan reaksi keldai, anjing, mahupon monyet. Manusia menyatakan bahawa 20 tahun itu masakan cukup untuk manusia tersebut. Manusia meminta umur yang lebih dari keldai, anjing dan monyet. Tuhan telah memperkenankan permintaan manusia tersebut. Jadi, umur manusia menjadi 75 tahun.......................

Cube anda lihat, walaupon manusia hidup 75 tahun ( purata ) namun begitu, tugas mereka seolah2 sama dengan keldai anjing dan monyet. Setelah tamat zaman persekolahan, kita akan menjadi seperti seekor keldai. Dimana kita bekerja bersungguh2 untuk mencari rezeki. Kadang2 walaupon rezeki yang kita perolehi dah mencukupi, manusia masih bekejar2 untuk melakukan pekerjaan.Az x cakap kerja itu salah, tetapi biarlah dunia dan akhirat itu beriringan......

Selepas berkawin, kita akan melaksanakan tugas anjing. Kita akan menyayangi isteri kita, anak2, saudara mara dan sebagainya.....sebenarnya sebelum berkahwin pon kita dah ada tanggungjawab ini. kan? =)

Dan 15 tahun lagi itu. Yang berasal dari monyet, kita melakukan perkara2 yang sia2. Tidak kirala semasa muda, remaja, atau semasa tua..... kan? haiz


Secara mata kasarnya, tamaknya manusia ini kan? namun begitu, mengapa kita asyik mengeluh, masa yang kita ada x cukup? dan sebagainya.......sebenarnya, besar tanggungjawab kita....... tapi kadang kala, kita tidak menyedarinya...........................


P/S.... Az tulis entry ni dalam emosi yang x stabil..... mungkin itu mempengaruhi gaya penceritaan az kali ini....


Az, semoga anda tabah!!!

3 comments:

amirah said...

nice entry.
manusia xpernah cukup dgn apa yg diberi

white rose said...

salam kenal az...

ni bape umo ye chef az nih...

melalui penulisa, jiwa az masih muda...so, isilah dengan sebaiknya...jangan rugikan masa itu...

belajar rajin2 ye az...

Chef Az said...

amirah.... betul tu =) kita ada banyak benda yang dipertanggungjawabkan kepada kita


Kak White rose, yup... muda lagi... bulan 11 ni baru nak masuk 20 tahun....=)
macam mana tau? =,="
Gaya tulisan x matang ke?