- Lagu: Ayam - Jalil Hamid
- Ayam. Bermacam ayam. Ada ayam kampung, ayam hutan, Ayam siam, ayam turki, ayam belanda. Ayam Hutan, boleh terbang. Ayam kampung dalamlah reban. Ayam bandar di dalam pasar.... Ibu. Si ibu ayam. Telor sebijik. Riuh sekampung.... Kata bidalan, berkaki ayam. kalau makan, ajak-ajak ayam. Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam. Kalau tak nampak itu rabun ayam..... Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng. Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam...
Mesti sahabat2 tertanya2 napa Az letakkan lagu ayam kali ni? Kali ini penulis nak kongsi sesuatu pasal makhluk yang dalam penderitaan. Iaitu...... A.Y.A.M
Ayam ni ibarat line telefon....ala... macam digi... bersamamu....
x kira di kafe, dibandar, mahupon di kawasan pedalaman. Secara generalnya, semua suka ayam kerana dagingnya yang enak. Walaupun begitu bagaimana dengan nasib cik aya ( ayam ) ni?
Pengorbanannya tidak dilayan dengan baik..... Manusia sungguh kejam.
Untuk pengetahuan semua, cik aya ditangkap dengan cara yang kasar dari tempat ternakan..... riuh rendah cik aya ketika ditangkap. Selepas ditangkap, cik aya akan dicampakkan ke dalam bekas yang tersedia di dalam lori.. Sama ada ayam-ayam itu tersepit, patah sayapnya atau tergolek itu tidak menjadi hal, asalkan matlamat memenuhkan bekas yang disediakan tercapai. Kesian cik Aya.... terkiok2 kesakitan.....
Bekas2 tersebut kemudiannya disusun bertingkat2 sebelum ayam itu dibawa ke lokasi tertentu. Kebiasaannya Cik Aya akan dibawa berjam2 untuk ke sampai ke destinasi. Bagi kawan cik aya yang kedudukan bekasnya di bahagian tepi, ia mungkin mendapat udara yang selesa tetapi bagaimana pula dengan kawan cik aya yang berada di tengah-tengah? Sudahlah tersepit, perjalanan yang panjang dalam keadaan yang tidak selesa, sangat-sangat menyeksakan. Cube bayangkan, kalau kita panas sedikit je kita sudah bising & mengeluh. Ada kalanya jika ibu menyuruh kita membeli barang dikedai, bermacam2 alasan kita. Panas la, penatla.... macam2.....
Tgk cik aya dan kawan2nya. Walaupon dalam keadaan begitu, masih berbakti kepada semua umat manusia......
Baiklah.. penulis akan sambung cerita cik aya kita ni. Persepsi bahawa cik aya & kawan2nya itu akhirnya akan disembelih menyebabkan kebajikannya tidak dipeduli.
“Kenapa perlu jaga? Siapa peduli?
Hurm.... kejam sungguh Manusia ini kan? Berlainan pulak dengan cik Miaw & cik anjing.Kebajikan mereka terjaga. Hal ini kerana mereka dianggap sebahagian dari keluarga.
Pengakhiran Cik Aya & the geng adalah di mata pisau yg berkilau......... Sebelum upacara membunuh Cik Aya & the geng, mereka itu dibiarkan menunggu dalam tempoh yang lama dalam keadaan tanpa makanan dan air. Haiwan itudibiarkan berhimpit-himpit di dalam bekas yang sempit sehingga tidak boleh bergerak. Malah ada yang mati sebelum disembelih.
Itulah manusia....... x pandai bersyukur..... Kita sebagai khalifah di dunia ini, sepatutnya menjaga kebajikan semua hidupan di sekeliling kita.
Selain itu, jadilah seperti ayam ni. Memberi jasa walaupon diperlakukan sedemikian. Tidak mengeluh & tidak meminta sebarang ganjaran....
InsyaAllah...... masih ada masa untuk berubah......
P/s : aduhai..... kebajikan penulis dilupakan....PTPTN masih x dapat sejak sem 1.........harap2 semua dapat berdoa agar masalah penulis ini dapat diselesaikan segera..... InsyaAllah
1 comment:
betol3...
kadang2, kita sbg manusia selalu terlupa yg sebenarnye kita ni saling memerlukan atra satu sama len.. cthnye...cam aym tula.. kalo xda ayam, KFC ke McD ke RFC ker xleh nak buat bisnes.. jd...jgn lupe utk mensyukuri nikmat yg Allah telah berikan.. :)
p/s: pasal ptptpu...anggap ia sbg satu ujian utk penulis lebih tabah dlm mengharungi badai n ujian yg melanda.. dont giv up! :)
Post a Comment