Sahabat-sahabat Perjuangan

Wednesday, January 13, 2010

Restoran memberi idea

Assalamualaikum......

Alhamdulillah, akhirnya penulis mampu jugak memikirkan sesuatu untuk dicoretkan pada kali ini.....


Semasa penulis sibuk dihadapan laptop kesayangan, penulis menerima 1 msg daripada Cik M kita ni, free x malam ni?.... Biasanya, kalu cik M hantar msg macam ni, confirm die nak ajak makan.....Namun begitu, nasib cik M kita ni tak berapa bagus kerana penulis sudah pon menjamah nasi cahaya gemilang .

Namun begitu, penulis tetap meluangkan masa bersama cik M kita ni. So, penulis pon balas msg Cik M ni. Cukupla sekadar air teh ais menjadi santapan penulis bersama cik M kita ni. Macam biasa, Cik M kita ni banyak cerita yang mampu menarik perhatian penulis. Kali ini Cik M menceritakan pasal pengalamannya ketika beliau bekerja di satu sekolah Khas.

Ceritanya berkaitan.................



Namun Ku Punya Hati 



Senyum mu tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua




Cerita Cik M kali ini pula ialah berkaitan kanak2 OKU ditempat cik M ni mengajar. Untuk pengetahuan semua, Cik M ni selepas menghabis kan Degree cik M kita ni telah menetap di UK lebih kurang 6 bulan. Selepas itu, beliau pulang semula ke tanah air. Untuk melanjutkan pelajaran dia, cik M ni, bekerja selama 6 bulan di sekolah khas tersebut. Sekarang ni Cik M ni merupakan pelajar tahun terakhir Master....

Di sekolah tersebut, Kak M mengajar matapelajaran Sejarah dan SALON...... Penulis pada mulanya terkejut. Tapi, rupa2nya, matapelajaran SALON ini merupakan 1 pelajaran dimana warga OKU ini diajar untuk menguruskan diri mereka. ( kan bagus kalau dalam SPM ada subjek Salon) =). Kebanyakan student kak M berumur dalam lingkungan 14-18 tahun....

Antara cerita yang disampaikan kan Cik M kita ini adalah,..

1. Semasa Cik M berada dikelas, cik M tanya kepada student2 die, " kalau di pintu tersebut ada api, ape yg perlu kamu buat?"
Pelajar 1 : Ala, cikgu ada cikgu padamkan lah api tu
kak M : ala, cikgu mana ada masa tu.
Pelajar 2 : kalau macam 2, kami baling la meja, beg ke....
Kak M : isk3... mana leh macam tu, nanti terbakarla meja tu.
Pelajar 2 : hurm.... meja boleh terbakar ke?
Kak M : Bolehla terbakar..... ( cian Kak M kan? jadi bomba  XD )

2. Yang kali ni pulak, kisah seorang pelajar pmpn kak M. Pantang tengok laki. " Wah!! laki hensem!! " terus pelajar tersebut meluru dengan laju ke arah lelaki tersebut. Kak M cakap kat penulis, pmpn ni kalau suruh berlari, xnak, kalau kejar lelaki, laju je. Penulis dengan nada bergurau, kalau macam tu, kena ada laki kat depan, konfirm la die menang kan? =)

3. Kali ni kisah pelajar lelaki pulak. Walaupon pelajar OKU, mereka tetap ada perasaan untuk mencintai.
Pelajar A : Cikgu, Saya ada rm 2.... boleh la kahwin dengan cikhu...
kak M : Rm 2 mana cukup pelajar A oi....
Pelajar A : tak cukup ke cikgu? banyak ni.....
Kak M : tak cukup... kalau nak kahwin dengan cikgu, RM 2 ni kena ada banyak2 baru boleh kahwin dengan cikgu
Pelajar A : Banyak ni cikgu... cukup. Rm 1 untuk saya, Rm 1 lagi untuk cikgu.
Kak M : .................
(konklusinya, walaupon kurang upaya, mereka tetap mempunyai perasaan, sayangilah mereka)

4. Pelajar yang seterusnya, tentang seorang pelajar ini. Die mempunyai sakit sawan. pelajar tersebut, mudah menerima pelajaran yang diajar. Namun begitu, jika penyakit sawan nya menyerang, pelajar tersebut akan menghadapi sindrom memory lost. Apa yg diajar, seperti di delete dari otak beliau. Kak M ada bersembang dengan dengan Ibu pelajar tersebut, xda ke perubutan yang boleh mengubati penyakit pelajar tersebut?. Kebetulan, ibu kepada pelajar tersebut merupakan seorang doktor. Menurut si Ibu, ada cara untuk mengubat penyakit anaknya itu. Namun begitu, anaknya akan lumpuh seluruh badan. Bagi si Ibu, beliau lebih sanggup anaknya dalam keadaan begitu dari lumpuh. Bertapa kasihnya seorang  Ibu kepada Anak walaupun anaknya dalam keadaan begitu. Sayangilah ibu kita.....

Ada lagi banyak cerita yang disampaikan oleh kak M ni kat Az, tapi cukupla 4 coz penulis xpandai bercerita melalui perkataan. Namun begitu ada mesej penting penulis nak kongsi. Pelajar2 Kak M itu kebiasaannya tidak mempunyai umur yang panjang. Rasanya, kita ada belajar pasal pesakit yang mempunyai penyakit, down sindrom dan segala jenis penyakit yang berkaitan dengan genetik & keturunan. Penyakit yang tidak boleh diubati. Mereka ini manusia biasa seperti kita. Bagi penulis, mereka ini lebih mulia daripada kita. Lihatlah, kita ada badan yang sihat, fikiran yang waras, tapi adakah kita menggunakan nikmat yang Allah bagi ini dengan sebaiknya? Adakah istidraj itu datang kepada kita? MasyaAllah....


Istidraj itu luar biasa. Luar biasa bukan untuk mengangkat penerimanya. Ia adalah suatu keluarbiasaan yang membinasakan golongan yang menjamahnya.

Bukan sahaja mereka lupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah membinasakan mereka. Tiada lagi ragu-ragu atas kejahatan mereka.
Itulah penangan istidraj.
istidraj.JPG
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A'raaf : 182]



hadithistidraj.JPG
Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”.



Semoga kita tidak dikategorikan dengan golongan ini........

p/s :Hurm, kita ini mudah lupa, bangga diri, riak, suka terima pujian. Busuk kan kita ni? Kalau nak compare kita ni dengan warga OKU ni, seperti langit dan bumi.....



 Terima Kasih Kak M ye, sanggup meluangkan masa dengan penulis... =)

No comments: