Sahabat-sahabat Perjuangan

Friday, January 1, 2010

Mana 1 keretaku?

Assalamualaikum wbt....

Jangan terkejut dengan post Az buat kali ni. Ini bukan bermaksud Az sudah mempunyai kereta, tetapi berkenaan 1 kejadian yang berlaku yang membuatkan Az mendapat idea untuk menulis Blog kali ini...

Selepas selesai menjamah nasi goreng kampung, Az pon bergegas ke parking untuk mengambil cik Sya2 untuk pergi ke destinasi yang seterusnya. Untuk pengetahuan semua, minggu pertama merupakan minggu yang agak sibuk. Dimana, pada ketika inilah student akan menyelesaikan masalah jadual waktu, pendaftaran & pengguguran subjek.

Ketika itu, ada seorang mak cik bersama anaknya. Nampaknya ingin pulang. Tak kisahlah kat mana destinasi nak pergi. Janji mereka bagi ilham untuk Az taip blog bagi kali ini. Terima Kasih mak cik =). Kebetulan pada ketika itu, ada 2 kereta proton parking bersama.


(macam kete kak Hajjar je? hehe )

Lebih kurang macam tu la kete die. Jadi, mak cik tadi tu tersilap kereta. Mak cik tu ingat kereta tu kereta die. Rupa-rupanya, keretanya bersebelahan kereta unknown itu. Jadi, sianak yg comel (lingkungan umur 5-7 tahun ) tegur ibu dia. Mak, lain kali tengok la kat dalam dulu.

Tertawa kecil ku seketika melihat gelagat anak makcik tu.....

Dari situ terdapat 1 mesej besar yang boleh kita belajar. Dari sudut fizikal, manusia semua sama. Bak kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain. Jadi agak payah kita hendak mengenali seseorang itu.
Actually saya agak sedih pabila banyak wanita tergadai kesucian die disebabkan terlalu mempercayai lelaki. Tak salah untuk percayai. Tapi biarlah ada batasannya. Saya berkata2 sedemikian bukan menyebelahi mana2 pihak. Anggapla saya bercakap secara terbuka.

Semasa Az pergi ke majlis Perkahwinan Teacher Mid, Kak Ti ada ingatkan kat saya, kita x kan tahu perangai sebenar pasangan kita itu sampaila kita kahwin dengannya.




Penulis bersama pengantin.....


Sebab tu kot Az rase, mengapa kita tidak digalakkan berkapel. Semasa berkapel, semua manis2 belaka. Selepas kahwin? madu pon rase pahit. Natijahnya, bergegarla arasy Allah bila berlakunya penceraian. Saya agak pelik, dimana hilangnya janji2 manis semasa berkapel dulu? kononnya nak hidup semati? haiz......

Hurm..... hati manusia amat payah untuk dijangka kan. Sampai disini dulu berkonsian Az buat kali ini. Walaupun banyak lagi perkara yang hendak dikongsikan, tetapi kemalasan diri telah mula menyerang...... =(

wassalam.................................. \(>,<)/


p/s : hurm.... agak2nye pmpn macam mana la bakal isteri penulis nanti ye?  =,="



1 comment:

Jen said...

bukan semua perkahwinan itu pahit..n bukan semua mase kapel itu manis..
it actually depends on the two individuals rite?
it's not wat u give or take, but wat u share =)