Sahabat-sahabat Perjuangan

Sunday, January 24, 2010

Terharu~~

Assalamualaikum

Hari ini, sebelum Az pergi berlatih di taman botani, penulis singgah sebentar di bukit jambul. Di sini, terdapatnya kedai makan milik bekas cikgu MRSM penulis. Tapi, nasib penulis pada hari ini agak malang, kerana cikgu tersebut tiada di kedai kerana beliau sakit. (semoga diri mu cepat sembuh )

Tujuan utama penulis singgah ke kedai tersebut adalah untuk memperlihatkan hasil latihan penulis kepada beliau. Namun begitu, disebabkan Cikgu Salmiah berehat di rumah, cukuplah penulis menghantar 1 mesej pesanan ringkas untuk mendoakan yang terbaik untuk penulis.

Hati penulis agak tersentak ketika Cikgu Salmiah membalas mesej tersebut.

Hamzah boleh berjaya kerana hamzah ada semua ciri anak yang baik. Sebagai guru dan Ibu, cikgu gembira kerana hamzah anak yang berani lakukan dengan yakin. Kalah atau menang, perkara kedua. InsyaAllah hamzah akan berjaya.......

Mata ku hampir mengalirkan air mata yang jernih....... sungguh terharu tika ku membaca mesej cikgu ini.....



Cikgu, hamzah akan lakukan yang terbaik!!  BASHA!!!!

0 comments: