Alhamdulillah, selamat juga penulis hiking pada 3 Januari baru-baru ni. Terima kasih kepada En Aziz kerana sudi menjemput penulis menyertai aktiviti pada hari tersebut. Untuk pengetahuan semua, En Aziz merupakan seorang pengusah Pusat Homestay di Teluk Bahang,Pulau Pinang.
Kami memulakan perjalanan pada pukul 9 pagi. Ini merupakan kali kedua penulis mendaki di teluk bahang. Kali ini penulis dapat menyusuri titian kanopi tanpa bayaran buat kali ke-2. Penulis bernasib baik kerana pada hari tersebut YB Adun Teluk Bahang & Adun Balik Pulau ( kalau penulis tak silap), turut serta dalam pendakian kami pada hari tersebut. Jadi, semua pergerakan kami adalah free. Rezeki penulis amat baik pada hari tersebut....
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke pantai keracut. Sungguh indah ciptaan ilahi....Lagu yg paling menenangkan adalah bunyi alam semulajadi. Hal ini kerana semua hidupan di muka bumi ini bertasbih. Bunyi2 unggas, burung2 berkicauan, semua memuji Allah.
Penulis nak menunjukkan sesuatu. Hal ini agak menarik perhatian penulis. Cuba lihat gambar dibawah.
Percaya atau x, dimana penulis berdiri merupakan gunung yang dibelanh menggunakan cangkul. Penduduk tempatan memanggil tempat ini sebagai bukit belah. Menurut cerita tempatan, bukit ini dibelah dalam masa 10 hari dengan tenaga 7 orang sahaja.......motifnya? penulis pon x tau.......
Nampaknya terpaksa penulis sambung cerita penulis di waktu yang lain. Ada Urusan yg perlu di uruskan...
InsyaAllah....
P/s : Kan bagus kalau penulis rajim macam orang yg gali bukit tu. Mesti banyak benda penulis mampu lakukan..........
No comments:
Post a Comment