VS
Assalamualaikum w.b.t...
Kali ini, Az nak kongsi sesuatu dengan anda semua. Semenjak dua menjak ini, Az tanya kat kenalan-kenalan terdekat Az. Antara badak air dengan singa, mana satu anda rasa hebat, cool dan anda rasa, wah!! hebatnya?
Kebanyakan jawapan yang Az dapat adalah Singa. Kenapa dengan badak air ni? Nape orang tak nak pilih badak air?
Macam biasa, pilihan saya agak berbeza jika kalau dibandingkan dengan sahabat2 lain. Penulis memilih badak air sebagai haiwan yang lebih hebat dari singa.
Kenapa Az pilih badak air? kebanyakan dari mereka menanyakan perkara ini ketika aku menyatakan bahawa badak air lebih hebat berbanding Singa.
Singa merupakan haiwan Karnivor yang memakan daging. Kebiasaannya, mereka memburu bersendirian. Mereka pantas, cekap dan kuat. Namun begitu, adakah kita sedar bahawa, singa cukup ganas untuk didampingi oleh haiwan yang lain. Kebanyakan haiwan takut untuk mendekatinya.
Berbanding pula dengan badak air. Badak air adalah haiwan herbivor yang hanya memakan tumbuhan. Walaupun rupa badak air agak hodoh jika dibandingkan dengan singa, namun begitu, badak air senang di dampingi oleh haiwan-haiwan yang lain. Mereka mudah untuk kongsikan kediaman mereka (lopak2 air) untuk haiwan2 lain yang bertandang. Apa yang membuatkan hamzah lebih kagum dengan badak air ini adalah, sampaikan, burung pon sanggup masuk ke dalam mulut badak air itu. Bagaimana rupa burung itu masuk, begitulah juga dia keluar. Walaupon pergerakan badak air agak perlahan jika dibandingkan dengan Singa, namun begitu, badak air mempunya kekuatan yang lebih daripada singa. Kekuatan yang ada oleh badak air biasanya digunakan untuk melindungi kawanan mereka. Begitu utuh semangat mereka. Selain itu juga, badak air mampu bergerak di dalam air mahupun di darat. Kedua-dua kawasan ini mampu mereka capai. Tidak seperti singa. Mereka hanya hebat dikawasan darat.
Jadi, diantara dua ini, yang mana satu yang patut kita kagum? Bagi penulis, tiada gunanya kalau kita hebat dimata orang, tetapi, sifar dari kiraan sahabat sejati di sekeliling.
Jadilah seperti badak air. Walaupun hodoh dipandangan kita, namun begitu, mempunyai banyak kelebihan yang kita tak sedar. Banyak juga hidupan-hidupan lain yang dapat bergaul mesra dengan kawanan badak air tersebut........
Yang terbaik datang dari Allah, apa yang kurang datangnya dari kelemahan saya sendiri.
P/S : masih memperbaiki diri untuk menjadi seperti badak air.......
No comments:
Post a Comment