Sahabat-sahabat Perjuangan

Saturday, January 16, 2010

Cintakan Duit ?

Assalamualaikum.....



Pada hari tersebut, penulis belajar pasal atmosphere.... Kelas ini dikendalikan oleh Dr Anees. Seorang pensyarah dari India. Walaupon kelasnya agak memboringkan, tapi Az menanti-nanti kelasnya. Bukan ape, stail Dr Anees berlainan dengan pensyarah yang lain.


Ni lah dr Anees
Dr Anees suka gerak2 tangan dia masa beri penerangan.







Semasa Dr mengajar, die ada masukkan 1 selingan. Dr menceritakan tentang kisah kawan dia yang berada di India. Kita Anggapla kawan dr nama die Syawal. Syawal merupakan seorang doktor. Seperti  mana yang kita tahu, kebanyakan penduduk di India merupakan golongan miskin. Walaupun ada doktor disana, tidak semua penduduk di India mampu membayar kos perubatan

Si Syawal ini, merawat pesakit hanya sekadar 600rs ( rupee). Padahal, kalau Doktor yang lain, secara kasarnya, kos perubatan pesakit tersebut mencecah 10 000rs. Bayangkan la......

Converter
RM 1 = 13.66 Rupee

So, Dr Anees ada bertanya kat si Syawal ni, kenapa terima bayaran yang rendah? So, ape yang dijawab oleh Syawal ialah :

Human need bread to eat, not the money....

Apa yang Az boleh konklusikan di sini, semakin ramai golongan islam yang ada di bumi ini yang berjaya, namun begitu, tak begitu ramai yang membantu golongan yang berada dalam kesusahan. Duit mengaburi segala2nya. Hanya kerana Duit, manusia sanggup berbunuh-bunuhan. Sampai hilang sifat sebagai manusia. Atau, kita boleh katakan, mereka ini,


BERTUHANKAN DUIT

Keadaan ini juga, kita boleh anggap sebagai virus wahnu. Apakah itu wahnu?


Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
"Hampir terjadi keadaan yang mana ummat-ummat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya. "Salah seorang sahabat berkata; "Apakah karena sedikitnya kami ketika itu?" Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa' (buih kotor yang dihanyutkan air ketika banjir). Pasti Allah akan cabut rasa segan yang ada di dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn. " Kata para sahabat: "Wahai Rasulullah, apa Wahn itu? Beliau bersabda: "Cinta dunia dan takut mati. "
 (HR Abu Daud no. 4297, Ahmad 5/278, Abu Nu'aim dalam At Hilyah m.s. 182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadis ini menjadi shohih)



MasyaAllah...... penangan duit amat menakutkan...........Bersyukurla apa yang kita ada......

P/S : Tengah memikirkan untuk tukar HP baru, tapi........perlu ke?

No comments: