Assalamualaikum...
Rasanya semua tahu bahawa hari ini ada gerhana matahari separa. 2 minggu lepas, gerhaba bulan... Namun begitu, perlu ke kita hu ha hu ha seronok tengok tengok keajaiban semua ni? Pada gerhana bulan hari tu, semua berpesta, bunga api menghiasi kegelapan malam. Peristiwa itu menjadi semakin meriah kerana sambutan tahun baru masihi turut dirayakan pada masa itu.
Kita sepatutnya takut, kerana Allah telah menunjukkan kekuasaannya. Semua itu terjadi bukan kerana semula jadi. Itu adalah perintah Allah kepada ciptaannya. Walaupun sainstis barat menyatakan bahawa, kejadian gerhana tidak mendatangkan kemudaratan kepada kita, namun begitu, cuba kita fikir, kenapa Allah ingin menunjukkan kekuasaannya?
TIDAK LAIN TIDAK BUKAN, MUNGKIN KITA SEMAKIN MELUPAKAN-NYA....
Mudah sahaja untuk Allah menurunkan Bala kepada kita. Tapi, Allah masih sayangkan kita. Dengan kekuasaanya, Dia cuba memperingati kita. kuatkan iman kita semula, banyakkan zikrullah...
Semoga kita diantara orang dikasihi-Nya
P/s : Hati penulis rasa lapang hari ini......=)
No comments:
Post a Comment