Sahabat-sahabat Perjuangan

Tuesday, January 26, 2010

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU???





AKHLAK CERMINAN DIRI SEORANG PEMIMPIN…


Pemimpin mencetus inpirasi bukan memaksa orang lain mengikut,
Pemimpin memancarkan kasih sayang, bukan menakutkan orang lain,
Pemimpin selalu berkata “kita” bukan hanya “saya”,
Pemimpin bergantung kepada kebijaksanaan bukan kekuasaan,
Pemimpin melihat “bagaimana” sesuatu perkara terjadi, bukan “apa” yang terjadi,
Pemimpin menimbulkan rasa hormat bukan mengharapkan pujian,
Pemimpin melihat apa yang salah, bukan siapa yang bersalah.

1) Pemimpin yang berpegang teguh kepada Islam yang di turunkan oleh Allah swt.

Rasulullah s.a.w bersabda `Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi`.
Sebagai Muslim apatah lagi bergelar diri sebagai seorang pemimpin, kita haruslah sentiasa membaca Al-Quran dan Hadis Nabi agar kita tahu apa yang diperintahkan Allah SWT dan berusaha untuk melaksanakannya. Bergelar sebagai pemimpin melaksanakan kewajipan agama (religious responsibilities) dan mengingati Pencipta mereka iaitu Allah SWT dalam hidup mereka setiap hari mereka akan sedia upaya mentaati apa yang di suruh dan menjauhi apa yang di larang oleh agama. Pemimpin hendaklah meninggalkan bad habitnya .Hari ini kita lihat bagaimana kebiasaan yang buruk atau bad habits ini merosakkan masyarakat dan organisasi dan ramai manusia menghadapi kesengsaraan dan kerugian. Oleh itu pemimpin haruslah mulai daripada sekarang membiasakan diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan menjauhkan diri daripada kebiasaan dan perkara yang terlarang agar mereka mampu memberi sumbangan yang positif dan konstruktif dalam masyarakat dan organisasi di mana mereka berada.

2)Pemimpin mampu mengawal nafsu. 

Nafsu sentiasa mendorong kita kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tidak di kawal. Kaedah yang betul untuk mengawalnya ialah melalui penghayatan ajaran agama Islam, mendekatkan hubungan kita dengan Maha Pencipta kita dan menanam perasaan malu dalam diri kita, malu kepada Maha Pencipta, ibu bapa, serta rakan-rakan kita. Manusia terdiri daripada jasad dan ruh. Untuk mampu mengawal nafsu, ruh manusia haruslah diberikan pengisian yang sewajarnya agar sikap, percakapan dan perbuatannya tidak bercanggah dengan norma-norma dan prinsip-prinsip yang ditentukan oleh agama dan masyarakat. Untuk menguatkan ruh ini, manusia haruslah sentiasa mengingati Penciptanya, membaca dan memahami Al-Quran (bagi orang Islam), melakukan perkara-perkara yang baik dan menjauhi segala yang dilarang. Mementingkan dunia semata-mata dan melupakan hari akhirat boleh merosakkan ruh kita. Allah berfirman `Tidakkah kamu perhatikan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka?`. Kita haruslah sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT setiap masa dan merasa takut akan siksaan Allah SWT di hari akhirat nanti.

3)Pemimpin yang sentiasa menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik

Pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik sama ada dalam hubunganya dengan Penciptanya, dengan ibu bapanya, dengan rakannya atau dengan orang lain yang diperkenalkan kepadanya. Kita dapati orang yang mempunyai sikap, percakapan dan perbuatan yang baik akan dihormati dan disayangi oleh orang lain. Dia menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain dalam menjalani kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri sehingga dia mampu secara tidak langsung menjadi kaunselor kepada rakan-rakannya yang bertemu dengannya dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Mereka berkewajipan menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan dalam hidup mereka sebagaimana yang di sebut dalam Al-Quran.

`Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik baginya iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah.`
(Surah Al-Ahzab, 21)

4)Pemimpin yang tegas dengan prinsipnya

Pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsunya. Kejayaannya adalah hasil usahanya dan bukan daripada titik peluh orang lain kerana dia adalah manusia yang berprinsip. Dia mahu orang menghormatinya bukan kerana kejayaan yang diperolehi melalui kaedah yang tidak bermoral tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama Islam yang telah dihayatinya sekian lama. Mungkin manusia sekelilingnya akan menolaknya kerana sikap tegasnya tetapi lama kelamaan melalui perjalanan masa dan pengalaman, sikapnya akan diterima oleh masyarakat dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang bermoral. Hanya dengan cara ini, masyarakat dan organisasi yang berada di bawahnya akan mencapai matlamat unggul yang digariskan oleh pimpinannya.

5)Pemimpin yang tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam

Pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam . Mereka haruslah memikirkan serta melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan empat perkara iaitu minda, spiritual, fizikal dan emosi mereka agar mereka menjadi insan yang seimbang. Aktiviti yang boleh memudaratkan empat perkara ini haruslah dijauhi kerana ia dianggap merosakkan seseorang insan itu dan juga orang lain serta tergolong dalam perkara-perkara yang tidak bermoral. Kita juga tidak harus bersubahat dalam aktiviti-aktiviti ini. Apa yang kita harus lakukan ialah memastikan wujudnya suasana yang kondusif untuk membentuk pemimpin yang hebat melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan bermoral. Aktiviti yang tidak bermoral sudah tentu mempengaruhi kita kepada sikap, perbuatan dan percakapan yang tidak bermoral juga. Pemimpin boleh memikirkan, merancang dan melaksanakan pelbagai aktviti seperti menganjurkan seminar, forum, bengkel, diskusi untuk mencetus idea-idea membentuk dan meningkatkan tahap pemikiran dan minda. Begitu juga menganjurkan kem kepimpinan, aktiviti kerohanian, jungle trekking, kaunseling, lawatan-lawatan, riadah asalkan ia tidak di campuri dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama bagi memastikan matlamat setiap program ini tercapai. Apa yang perlu bagi seseorang pemimpin yang mahu menjadi pemimpin yang hebat ialah dengan memulakan perubahan daripada dalam dirinya.

Di harap sedikit-sebanyak perkongsian di atas membuka minda kita sebagai mahasiswa dalam memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada sesi 2009/2010. Hebatnya seorang pemimpin itu bukanlah terletak pada kepetahannya berhujah di pentas pidato, kehebatannya menabur kemewahan kepada rakyat tetapi pemimpin yang hebat itu lahir dari cerminan akhlak yang menjadi ikon kepada golongan yang dipimpinnya.

~ Bersama Mahasiswa Memimpin Negara, Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa, Bersama Memimpin Perubahan~

dipetik dari blog kak syazana....

1 comments: