Sahabat-sahabat Perjuangan

Thursday, December 16, 2010

Hidup dalam angan-angan.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah.

Alhamdulillah, ku masih hidup, masih mampu bernafas, masih mampu ketawa dan sebagainya. Anda pula bagaimana? Adakah masih membuat perkara rutin yang sama sepanjang masa?

Rutin biasa bagi kita, bangun, mandi, makan, tidur dan aktiviti-aktiviti harian. Sedar atau tak, kita akan leka. Kadang-kadang lupa bahawa usia kian meningkat. Entah bila sampainya ajal.

Disebabkan terlalu sibuk dengan dunia, kita acapkali akan menangguh niat murni kita untuk beribadat.


"ah!! ada masa lagi, esok-esok aku buatlah"

"ala, tahun depan la aku buat, sekarang ni aku bussy la"

"jangan risaulah, nanti dah tua aku buatlah"

Jika ditangguh, ditangguh lagi, dan ditangguh-tangguh..........

"rilek la.... baru umur 40 tahun, 50 tahun nanti aku buatlah...."

dan hal ini akan berterusan, 60 tahun 70 tahun @ 80tahun? masakan kita mampu hidup lama dengan keadaan persekitaran sekarang? Inilah dikatakan angan-angan yang kita tidak perasan akan kewujudannya tatkala leka dengan dunia.

Yang lebih menakutkan, ada yang mengendahkan mati. Bagi mereka, mati itu hanyalah pengakhiran kepada kehidupan. Mereka tidak sedar, kehidupan selepas ini adalah kekal abadi. Sama ada mereka hidup dengan baik disana ataupun sebaliknya terpulang kepada amalan mereka kat dunia ni.


Bagi mereka yang menganggapkan bahawa mati itu hanyalah satu pengakhiran akan mengambil jalan mudah, iaitu, Bunuh diri. Mahu buktinya? boleh la lihat di sini (kes bunuh diri di jambatan). Tidak tahu lah statistik ini diambil bila. Sekarang mungkin lebih banyak daripada itu. Ini baru sekadar di jambatan, tak kira lagi yang terjun bangunan, minum racun dan sebagainya.


Cukuplah dulu coretan ku untuk kali ini. Mungkin ada part 2. Harap-harap ku mempunyai kekuatan untuk menyediakan coretan yang seterusnya.

***********

 Jejak Jari :
  • cuti sem ni terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti sehingga tak pulang ke rumah lagi. Baki cuti seminggu ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya.
  • Berkaitan kes bunuh diri di jambatan, harap-harap pada masa akan datang, Jambatan Penang tidak berlaku kes sebegini.
  • Banyak idea untuk menulis blog hilang kerana tidak mencatitkan semua ilham yang hadir tatkala melihat gelagat orang..........
  • Tertarik dengan 1 tautan yang menunjukkan 1 kubur ini  yang menunjukkan kubur askar muslim yang dikuburkan bersama-sama dengan askar kristian semasa perang dunia ke-2

Monday, October 25, 2010

Erti Kehilangan

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

Di pagi yang hening, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ditakdirkan pada hari tersebut ku tidak membawa Syasya bersama. Sampai sahaja dirumah, ku digemparkan dengan Syasya sudah hilang. Dengan kata lain, Syasya telah diculik (dicuri). Luluh jantungku. Dunia ini kelihatan gelap. Cahaya matahari pun tidak bisa menerangkan kegelapan ini.

 (Inilah syasya, Skuter ku)

Ku bertanya kepada ayahanda dan bonda, bagaimana Sya2 boleh diculik, sedangkan Sya2 berada dirumah. Masakan boleh dicuri pada waktu siang hari?

Bonda menjawab, jiran kita, A telah meminjam Sya2 kerana ada urusan. Entah bagaimana selepas selesai urusan beliau, A mendapati Sya2 sudah diculik.

Selepas mendengar penjelasan bonda, peluh jantan ku menitik. Tangan ku menggigil tahan kemarahan. Harta yang kita sayang hilang sekelip mata. Ikutkan hati mahu saja ku pergi kerumah A. Ingin saja ku membelasahnya. Namun ditenangkan oleh bonda.

Semasa ditenangkan, bermacam-macam perkara yang bermain dalam mindaku. Antaranya :
  1. Kenderaan yang biasa ku guna dikampus sudah tiada
  2. Sukar bagi ku untuk berulang-alik dari kampus ke rumah ku. Ku belajar di Penang, rumah ku pula di Perak. (Untuk pengetahuan tiada perkhidmatan bus ekspres dari Penang ke Kampung halamanku). Tempoh perjalanan bagi bus loncat/tintong adalah 8jam, tetapi dengan Sya2 jimat masa perjalanan. 2 jam sahaja boleh sampai ke rumah)
  3. Dsb

Dipendekkan cerita, tidak mungkin dalam masa terdekat ini (setahun hingga dua tahun akan datang), ku akan dapat peganti Sya2. Bayangkan lah jika ini terjadi kepada anda?

Kring~~~~ Alarm Clock Henset ku berbunyi. Segala kejadian tu mimpi rupanya. Namun perasaan kehilangan Sya2 masih kuat dalam ingatan.


Perkara Penting!! :
  1.  Jika anda meminjam sesuatu, jagalah amanah. Jaga seperti nyawa sendiri.
  2. Bersabarlah. Setiap kejadian mesti ada hikmahnya. Ujian itu dari Allah. Hadapinya dengan tabah
  3. Bertenang. Perasaan amarah tidak mampu menyelesaikan masalah jika kita tidak mampu mengawalnya
  4. Set jam anda! hu3. Deringanya mampu menghilangkan mimpi ngeri.

Tengah hari tadi, ku dapat berita. Sahabat ku kehilangan dompet. Sistem dunia sekarang ini, banyak kad-kad yang perlu digunakan untuk bergerak. Antaranya, kad pengenalan, lesen, kad matrix, dan kad-kad lain. Banyak prosedur perlu dilakukan untuk mendapatkan semula kad-kad ini. Antaranya kena deactivate kad bank, kad kredit, kena buat report polis Dsb. Sudahlah duit hilang, perlu pula membayar caj atau denda akibat menghilangkan kad (pengenalan dan matrix). Entalah........ sistem kad ini membuatkan kita susah pabila berlakunya kejadian sebegini. Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga.

Bagi para pemikir sekalian, cuba kita bersama-sama memikirkan cara lain yang mampu menggantikan sistem kad ini. Kalau bernasib baik, nama anda mungkin akan diingati disebabkan idea dan sumbangan anda ini. =)

*selesai sahaja menulis entry ini, baru ku sedar kelemahan jika dunia ini dipecah-pecahkan. (contoh : kita ada negara Jepun, Korea, Malaysia, Indonesia). Hal ini kerana tiap-tiap negara perlukan pengesahan identiti masing-masing. Sedangkan, kita sama-sama manusia, sama-sama hidup kat bumi. 

SEKADAR PADANGAN

Jejak jari :
  • Esok ada career talk pukul 9pagi. Harap ku terjaga dan rajin untuk pergi. Semoga ku dapat sesuatu yang bermanfaat dari ceramah itu.
  • Harapan agar ku rajin untuk pergi makan.

Sunday, October 10, 2010

PERKOSAAN VISUAL

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang


Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
 
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. 
 
Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing : LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! 
 
Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL
 
Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman wanita anda 
 


Jejak Jari:
  1. Badan ku seksi. Ada ke orang nak tengok? hehe
  2. Memang tidak bermoral memasang cermin dua arah ni kat tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
  3. Harap info ini boleh dikongsikan bersama
  4. Sekarang ni semua tidak selamat. Walaupun dalam bilik pun, orang boleh letak CCTV. kan?

Wednesday, October 6, 2010

Kadang-kadang, bila kita bermasalah kita lupa.....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani....

Entry ni khas untuk seorang kenalan ku yang sejak dua menjak ini, emosi beliau tidak menentu.

Manusia acapkali diberikan pelbagai ujian dan dugaan, Setiap cabaran yang datang itu membuatkan manusia ini lebih matang dan mempelajari sesuatu yang baru semasa menempuhi cabaran yang hadir dalam diri mereka. Namun begitu, manusia ini lemah. Kadang-kadang perasaan putus asa itu hadir. Disaat inilah kita memerlukan seseorang teman/sahabat dan seangkatan dengannya untuk memberikan kita semangat, dorongan dan menenangkan hati kita yang lara.

Namun begitu, sahabat/teman ini, hanyalah insan biasa. Kadang-kadang mereka jauh dari kita. Kadang-kadang mereka tidak mampu memahami isi hati kita. Tetapi, ingatlah .... kita umat Islam.. Mempunyai senjata yang ampuh. Iaitu......

DOA......

Allah senantiasa bersama dengan kita. Kadang-kadang, ujian yang diberi adalah untuk mengingatkan kita bahawa kita semakin melupakanNya. Adakah dengan DIA ingin melihat. Adakah dengan ujian yang diberikanNYA, kita semakin dekat kepadaNYA, ataupun, semakin menjauhkan diri daripadaNYA.

MySpace

Amalan yang mudah, tetapi semakin payah dilakukan kerana anasir-anasir di dunia ini membataskan kita untuk mendekatkan diri denganNya.

Ambillah wudhu', sembahyang sunat, dan duduk berdoa kepadanya agar segala kekusutan dipermudahkan. Sesungguhnya DIA lah tuhan yang berkuasa dan mampu membantu hambanya.

Tepuk dada, tanyalah Iman. Sekian


Jejak jari :

  1. Emosi ku juga kadang-kadang tidak menentu. Entry ini juga khas untuk diriku.
  2. Memikirkan tempat Latihan Industri yang patut ku "apply".
  3. Semenjak dua menjak ini, aku kelihatan lebih hensem? atau serabut?
  4. Pisang untuk anda.(rasa nak tanam pisang lepas habis belajar nanti)

Tuesday, October 5, 2010

Aku sudah tiada?

Dengan nama Allahh yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

MySpace

 Tajuk kali ini bukan bermaksud Az sudah pergi ke rahmatullah. Tetapi atas apa yang berlaku pada malam tadi. Ditakdirkan, Desa ku melakukan latihan kecemasan (kebakaran). Jadi semestinya loceng akan dibunyikan. Kalau anda sudah melupai bunyi loceng, sila ingat kembali ketika waktu sekolah,


Kringgggggggg..... yeah!! balik!!!!
MySpace
Ataupun...

Kringggggggg....... Yeah!! Rehat!! makan time....
MySpace

Jadi, jika loceng amaran kebakaran ini dibunyikan, pastikan anda jangan sesekali menggunakan perkataan ini. Sila guna...

Kringgggggg.... Api!!!! Api!!!! [ bukan API, Angkatan Pemuda Islam, tetapi Api, fire, 火(japanese),       النار (arabic),  ]
MySpace

Tapi, disebabkan saya sudah tidur awal, saya tidak terjaga semasa dibunyikan loceng amaran kebakaran ini. Bayangkan jika betul-betul berlakunya kebakaran? Sudah rentung En Az dalam bilik kan? haiz.....


Jejak Jari :

  1. Semakin malas untuk mengupdate blog. Walaupun mempunyai banyak idea yang hebat, tetapi masih malas. Berusaha keluar dari kepompong kemalasan.
  2. Akan diberikan taklimat LI (Latihan Industri pada pukul 11 pagi ini). Mungkin akan mintak kerja kat Indah Water.
  3. Kalau aku dah lama tak mengupdate, sila remind! hehe...... Blog ku, blog mu jua... XD

Saturday, August 14, 2010

Jangan Bilang Tidak.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani.

Sedikit peringatan yang boleh dikongsikan bersama.....

Jangan Bermain Api
Nanti Terbakar Diri,

Jangan Suka Mencaci
Akan Termakan Diri Sendiri,

Jangan Berbangga Diri
Nanti Kau Akan Dibenci,

Jangan Berlidah Lantang
Akhirnye Kau Akan Ditentang,

Jangan Hanya Pandai Buat Bising
Kalau Kau Hanya Menyorokkan Taring,

Jangan Cuba Memberontak
Kalau cara Kau Tak Menggunakan Otak,

Jangan Bertutupkan Songkok
Kalau Tiang kau Bengkang bengkok,

Jangan Berselitkan Keris
Kalau Semangat Asal Usul kau Habis Terhakis,

Jangan Terjerit2
Kalau tidak Mahu Tekak kau Perit,

Jangan Mengimpikan Masa Depan
Kalau kau Asyik Berdisko, Berpelesit,

Jangan Impikan Keadilan
Kalau kau masih Lagi Melenjan Merempit,

Jangan Salah kan Yang Dahulu
Kalau Sekarang Kau Tersepit,

Jangan Salah kan Yang Sekarang
Kalau Nanti Kau masih lagi Tersepit,

Jangan Impikan Keindahan
Kalau Kau masih Di Takuk Kehanyutan,

Jangan Mimpikan Kedudukan Yang Tinggi,
Membela Nasib Bangsa Sendiri

KALAU MASIH LAGI BEGINI..... Kau takkan kemana.....
Obachan Ga iteita..... "Chase two birds, and you catch two birds." (maksud dia.... Kalau anda berusaha dan setkan target dan objektif... anda mampu mengecapinya....



Jejak Jari

-Mencari songkok baru, namun begitu harganya agak mahal. Terbayang-bayang nanti tatkala dah tua. Kalau anak ramai mampu kah ku sara seperti mana ayahku menyara ku? (adik beradik 7 orang)

-Memikirkan cara menguatkan badan ku yang lesu... hurm....

Wednesday, August 11, 2010

Al-Kisah Kuman yang Hebat!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi.

Pada masa kini, bermacam-macam perkara pelik yang berlaku. Paling drastik merupakan cuaca di kawasan kita. Boleh dikatakan cuacanya kadang-kadang panas, kadang-kadang sejuk. Dijangka, pada tahun 2011 berlakunya kemuncak kepanasan bumi kerana pada masa itu, matahari akan mula aktif. Kitaran ini berlaku setiap 11tahun. Mulai sekarang kita boleh lihat perubahannya.

                                            ***************************


Sekarang pula, saintis menjumpai sejenis kuman yang hebat. Kenapa kuman tersebut dikatakan hebat? hal ini disebabkan kuman ini kebal terhadap apa jua antibiotik dan dikatakan mempunyai potensi besar untuk merebak kini ditemui di kalangan pesakit di beberapa hospital di Britain




Sehingga kini, sebanyak 37 kes sudah dilaporkan dengan kebanyakan pesakitnya didapati pernah mendapatkan rawatan atau menjalani pembedahan di luar Britain sebelum dijangkiti kuman berkenaan.
Di dalam jurnal Lancet Infectious Diseases, para saintis memberi amaran bahawa kuman super tersebut yang merupakan enzim dipanggil New Delhi-Metallo-1 boleh merebak ke seluruh dunia kerana masih belum ada penawar dicipta untuk menanganinya.
Pesakit muda dan tua terdedah kepada kuman super itu.

a ditemui baru-baru ini di kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan seperti pembedahan plastik, kanser dan pemindahan organ di Asia.
Kuman yang terdiri daripada keluarga Enterobacteriaceae itu bercantum dengan bakteria E.coli, C.diff dan salmonella dan ia boleh menyerang saluran pernafasan.
Enzim terbabit dikatakan boleh berpindah dengan mudah di antara bakteria.
Para pakar bimbang ia akan mula bergabung dengan penyakit-penyakit berbahaya dan membuatkannya kebal terhadap antibiotik.
Seorang pakar, Profesor David Livermore dari Agensi Perlindungan Kesihatan yang merupakan penulis bersama satu penyelidikan dengan Profesor Timothy Walsh dari Universiti Cardiff memberitahu, masalah NDM-1 dijangka menjadi lebih buruk.
"Potensi ia merebak serta menjadi penyakit di seluruh dunia adalah jelas dan menakutkan," katanya lagi. Sepasukan pakar berjaya menemui enzim tersebut di Britain, India, Pakistan dan Bangladesh.
Lebih membimbangkan kini hanya ada dua jenis antibiotik yang boleh menentang NDM-1 tetapi ia juga mungkin tidak mampu bertahan lama.



Dunia memang dah nak kiamat. Sekian


Jejak Jari :

1. Malam ni merempit ke Pusat Falak Syeikh Tahir. Dijangka berlaku perseid meteor shower. Sila click sini untuk info yang lebih lanjut.

2. Belajar....Belajar...belajar...............     (Gila mode)

Penangan Senior ku. Deep Impact.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ada satu ketika, ku di ajukan dengan soalan yang berkaitan dengan isu-isu semasa oleh seorang seniorku. Namun, jawapan ku agak hambar. Jawapan yang ku berikan tidak seperti mana diharapkan oleh senior ku ini.

Disebabkan itu, terkeluarlah dari mulut beliau, "Hamzah guna internet untuk apa je erk?"

Tersentak, Terngamam..... Dan sebagainya menyelubungi jiwa. Adakah ku menggunakan internet dengan sebaik-baiknya? membuat sesuatu yang bermanfaat? Jauh dibenak fikiranku. Tidak!. Jika dihitungkan, banyak perkara lagha yang telah ku lakukan.

Namun begitu, impak disebabkan persoalan itu, tidak bertahan lama. Mungkin kurangnya majlis-majlis ilmu yang aku hadir. Mungkin juga, gaya hidup ku ini semakin lama, semakin jauh daripadanya. Mungkin juga, aku semakin lama, semakin menghindarkan diri daripadanya.

Sejak dua menjak ini, soalan yang pernah dilontarkan oleh senior ku ini, terngiang-ngiang di benak fikiranku.


Internet itu virus mahupun penawar?



Jejak jari :

1. Nama ku tidak tersenarai dalam minor management.
2. Mungkin nama ku masih tersenarai dalam minor astronomi.
3. Mungkin sem ini aku ambil tidak cukup unit.

*Mengharapkan yang terbaik daripadamu Ya Allah...

Sunday, August 1, 2010

Jika Aku Jadi Datuk Bandar....

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan pemurah.....

  Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memahami rakyat-rakyatnya. Dalam dunia ini, kita boleh melihat pelbagai jenis pemimpin. Ku tersenyum seketika pabila terbaca artikel ini.


Datuk bandar London seru berpuasa




JOHNSON




LONDON - Seorang pemimpin politik dari parti Konservatif, Boris Johnson menyeru penduduk London berpuasa selama sehari pada bulan Ramadan bagi memahami ajaran Islam dan menghapuskan persepsi negatif mengenai masyarakat Islam.
Bekas wartawan The Timesdan The Daily Telegraphberasal dari New York, Amerika Syarikat itu berkata demikian ketika melawat Masjid East London selepas dilantik menjadi Datuk Bandar London menggantikan Ken Livingstone kelmarin.
"Cuba berpuasa walaupun sehari dan berbuka di masjid, anda pasti lebih memahami ajaran Islam," kata Johnson, 46, dan kemudian turut memuji lebih 600,000 penduduk Islam di London dalam membangunkan ibu negara Britain itu sejak sekian lama. - Agensi



Hebat......Cukup hebat untuk seorang pemimpin yang tidak bersikap pilih kasih.


Politik Malaysia? entah....tiada penghujung.... Walaupun satu bangsa, mereka tetap berbalah. Walaupun agama yang mereka anuti adalah sama. Masing-masing memburukkan lawan mereka.

Komenku? Muak. Muak tatkala membaca akhbar, berita dan mana-mana media massa. Masalah rakyat masih tidak selesai. Semakin lama semakin bertambah. Sekian.

Monday, July 12, 2010

Apa Perasaan Anda Kerja tanpa perolehi gaji.

 Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang


 **baca sampai habis...

Apakah perasaan anda jika anda bekerja selama beberapa bulan di sebuah syarikat tanpa dibayar walau satu sen?

Pekerjaan yang sia-sia?

Hanya membuang masa?

Menyesal tak sudah?

Bagaimana pula jika anda telah rasakan bahawa di dunia ini anda telah ‘menutup aurat’, tetapi kelak di hari pembalasan, semuanya dikira sebagai dosa.

Panas, rimas, out-dated… semuanya anda tempuhi dengan bersusah payah, tetapi hakikatnya kesusahan itu tiada makna di sisi tuhan.
Mengapa?


"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

“tapi aku memakai tudung!”. Anda mula mempersoalkan. Cukupkah sekadar bertudung?

“aku juga ber T-shirt lengan panjang!”. Anda mula menambah alasan.

Lalu kamu fikirkanlah mengapa pakaianmu itu hanya menambah dosa…

“Bagaimana mahu tahu pakaian saya telah menutup aurat dengan sempurna?”

Bagaimana? Anda lihatlah kepada pakaian anda, lalu tanya pada diri sendiri;

Adakah pakaian ini boleh dipakai untuk melakukan solat? (tanpa memakai telekung atau kain pelikat.)

Jika hati kecil anda rasakan jawapannya ‘TIDAK’, nescaya itu salah satu ‘petunjuk’ bahawa anda tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kita wajib menutup aurat ketika bersolat, BENAR???

Allah juga mewajibkan kita menutup aurat di luar solat, BENAR dan BENAR !!!

Jadi apa beza antara keduanya? Sama bukan?

Telekung dan kain pelikat itu bukanlah ‘pakaian rasmi’ ketika solat. Wanita boleh menunaikan solat tanpa telekung, asalkan telah menutup aurat. Syarat bersolat bukanlah bertelekung atau berkain pelikat, tetapi hanya menutup aurat…

Tidakkah anda wahai kaum wanita merasa sia-sia memakai pakaian yang ‘memanaskan’ seumur hidup anda, tetapi di sisi Allah, sebenarnya anda bertelanjang?

Anda bertudung, tetapi T-shirt yang dipakai berlengan pendek. Adakah tanganmu itu bukan aurat?

Anda bertudung, berT-shirt lengan panjang, tetapi pakaian anda terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Bukankah ‘perhiasan’mu itu harus diperlihara?

Bagaimana dengan seluar? Baik, anda telah berseluar panjang, tetapi terlalu sendat. Terlihat segala bentuk yang terpahat. Lebih malang lagi, seluar berkain nipis.
Ternampak di sana corak seluar yang di sebelah dalam itu.

T-shirtnya pula terlalu singkat. Setiap kali tunduk, nampaklah segala-gala yang tidak patut dilihat.

Adakah ini yang anda katakan sebagai ‘menutup aurat’?

Aurat dari sudut bahasa beerti perkara yang aib. Menutup aurat ialah menutup perkara-perkara yang aib. Kita malu jika dada dilihat orang, tetapi masih ‘cuba-cuba’ untuk mendedahkannya.

Maaf bertanya, jika saya (atau mana-mana lelaki) merenung tajam ke arah dada-dada wanita yang sengaja ‘ditayangkan’ dek berpakaian ketat ataupun yang memang sengaja dibuka, adakah anda wanita-wanita yang berpakaian sedemikian akan marah? (memandang itu memanglah satu dosa.)

Dan…pernahkah anda melihat seorang wanita yang memakai skirt yang singkat, ketika hendak duduk terpaksa bersusah payah menyilangkan kaki supaya tidak terlihat dek orang lain perkara yang sepatutnya tidak dilihat?

Kekadang diri sendiri terfkir, buat apa susah payah hendak melenguhkan kaki mengepit. Bukankah lebih baik bukakan saja supaya mana-mana orang yang berkeinginan untuk melihat dapat melihat dengan jelas.

“Eh, mana boleh. Malulah kalau orang lain nampak!”

Bukankah kamu berpakaian sedemikian dengan tujuan supaya orang ramai dapat melihat ‘perkara-perkara’ rahsia tersebut?

“Mana ada… saya pakai sekadar suka-suka. Inikan fesyen semasa.”

Setahu saya, jika barang-barang berharga di kedai ditayangkan untuk khalayak umum, biasanya adalah untuk dijual, atau setidak-tidaknya supaya orang ramai mencuci mana melihatnya. Tetapi ada juga manusia yang menayangkan sesuatu supaya orang ramai tidak melihatnya. Bukankah hal ini suatu yang ganjil?

                                                         
“…eerrrr!!!...”

Jadi, bolehlah kami lelaki ini melihat?

“..tidak!....”

Kalau tak hendak, tolonglah tutup elok-elok. Jangan lupa, kami lelaki ini ada nafsu. Lebih malang lagi, ‘nafsu’ kami ini hanya satu. 100% nafsu tertumpu ke arah itu. Lainlah kamu wanita, ‘nafsu’nya ada sembilan. Setiap satu hanya 1/9 sahaja. Kalau kamu hendak tolong diri sendiri, maka kenalah tolong juga kami ini. Tolong ‘tutupkan’ mata-mata kami si lelaki. Anda dapat pahala, kami juga terhindar daripada dosa.

Jangan lakukan perkara yang sia-sia.

Berpakaian litup, tetapi telanjang….

Si lelaki pula, masih selesa dengan seluar pendek.

Bangga mendedahkan bulu kaki yang berbelit seperti berus besi…

Aurat lelaki sangat mudah, antara lutut dan pusat.

Tetapi mengapa yang mudah itupun masih dianggap payah…

Kekadang di dalam asrama, berasa bangga hanya dengan berseluar pendek keluar ke mana2. Hatta di dalam bilik sekalipun, rakan sebilikmu tetap haram memandang auratmu.
Susah sangat kah?

Panas? Mengapa orang arab di padang pasir tak pernah mengeluh panas walaupun berpakaian litup di tengah terik mentari.

Panas itu bukan kerana cuaca, tetapi kerana panasnya hatimu tidak mahu patuh kepada perintah agama. Semakin hari semakin panas terasa.

Kalau kamu mahu salahkan cuaca, orang lain juga merasai cuaca yang sama. Mengapa mereka boleh menutup aurat dengan sempurna?

Pernah diberitahu, seorang perempuan membawa sepucuk surat daripada doktor, ditunjukkan kepada si ustaz. “surat ini menyatakan bahawa saya tidak boleh memakai tudung. Jika saya pakai tudung, saya akan rasa seperti hendak pitam.”

Si ustaz selamba berkata, “mengapa tunjukkan kepada saya surat ini. Bukan saya yang mewajibkan menutup kepala. Bawalah surat ini nanti berjumpa dengan tuhan ketika di padang mahsyar nanti. Katakan kepada tuhan, doktor tak benarkan saya memakai tudung.”

Nah, jika kita rasa mampu menjawab sedemikian rupa, buka lah.!!!

Soalan-soalan kubur sudahpun bocor. Siap sedialah dengan jawapannya. Dan jangan lupa, sediakan juga skema jawapan untuk soalan ‘mengapa kamu tidak menutup aurat dengan sempurna…’

Itu saja mahu dileterkan kali ini… Banyak-banyak, takut diri sendiri tak terlaksana…

maaf jika ada yang terasa. kalau badan gatal-gatal, mesti garu sampai terasa, barulah lega. kalau setakat gosok perlahan-lahan, bukan saja gatal tak hilang, geli pula yang datang....


Credit.. Abang Hisyam

Memperbaiki diri bukanlah satu perkara yang mudah.....tetapi tidak mustahil jika kita istiqamah dengan perkara yang kita lakukan. Cube menjadi seseorang yang lain.....


Pelajar Universiti Melampau.

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...



Tidak dinafikan bahawa pada masa ini, wanita mampu bersaing dengan lelaki. Masakan tidak, bilangan pelajar wanita yang menyambungkan pelajaran ke universiti melebihi bilangan lelaki. Jika kita lihat, banyak sektor pekerjaan samaada kerajaan mahupun swasta, kebanyakannya dimanopoli oleh kaum hawa.

Namun begitu, perlukah wanita menyaingi lelaki untuk kelakuan BULI?

Aku terkedu dan amat marah pabila mendengar cerita yang diceritakan oleh umi. Umi menceritakan bahawa ada seorang wanita, mungkin sebaya ku. Dapat melanjutkan pelajaran ke universiti di Pahang. Kasihan beliau.

(gambar perhiasan. jangan main-main dengan wanita)

Mungkin beliau dibuli seperti ini. Mungkin tidak. Tetapi, apa yang disampaikan oleh ibuku, menyatakan bahawa senior-senior beliau, menghalang beliau daripada memasuki tandas/bilik air.

Masalah wanita...... biasalah, kadang-kadang datang haid. Putus haid sahaja perlu mandi hadas. Malang untuk jiran ku ini. Beliau dilarang untuk ke bilik air ketika beliau baru sahaja putus haid. Hal ini berterusan selama 2 hari. Aku ulang lagi sekali, 2 hari. Bayangkan.... dengan keadaan tidak selesa. Bukan sahaja tidak dapat mandi hadas, tetapi, tidak dapat membersihkan diri.

 Penyelesaiannya, wanita itu mengambil pendekatan bangun di awal pagi, dan mandi ketika itu, semasa senior beliau nyenyak tidur.

Para pembaca, macam mana perkara ini berlaku kat anda ataupun adik perempuan anda?










p/s;

-badan masih lemah-lemah. Mengumpul kekuatan untuk kelas pada hari esok.

-Pesanan dari saya sebagai environmentalis adalah, hujan yg sekejap, membuatkan udara dibumi bertambah kotor kerana debu-debu diatas dibawa turun oleh air hujan

Sekian.............

Sunday, July 11, 2010

Kita pelajar... tapi sistem pembelajaran menghalang dari kita belajar.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera.


Sebelum aku sambung tidur kerana kurang tidur semalam, aku ingin berkongsikan sesuatu dengan pembaca semua. Untuk pengetahuan semua, minggu ini bermulanya sesi pembelajaran di Universiti. Bagi yang belum mendaftar subjek semestinya sibuk ke pusat pengajian masing-masing untuk mendaftar subjek pada sem tersebut. Bagi pelajar tahun kedua, pada masa inilah anda akan runsing kerana memikirkan samaada anda ingin mengambil minor ataupun elektif.

Bagi yang mengambil minor, minggu ini merupakan minggu yang kritikal untuk anda. Masakan tidak, berlakunya pertembungan kelas dengan subjek teras. Pusat Pengajian aku hanya menyediakan slot untuk minor psikologi dan pengurusan sahaja. (biasanya dua minor ini sahaja yang kurang bertembung)

Jadi, macam mana jika kita meminati minor yang lain? adakah hanya terkubur diminda sahaja? Untuk pengetahun semua, kami masih boleh mengambil minor yang lain. Namun begitu, masalah yang terbesar adalah, jika berlaku pertembungan, kami tidak diberi peluang. Jalan penyelesaian hanya mengambil minor yang lain ATAUPUN, mengambil minor psiko @ pengurusan.

Hendak belajar pun dikawal. Adakah begini sahaja nasib kami? nasib perintis selepas kami?

Bahana dari fenomena ini adalah, kurangnya lepasan mempunyai minor yang berbeza. Kebanyakan hanya psikologi dan pengurusan. Jadi apa bezanya Universiti dan Sekolah? Sekian



P/S;

-dipaksa menyaksikan perlawanan WC....melihat perlawanan tanpa perasaan dan ingin pulang ke bilik

-Baru sahaja selesai mendaftarkan subjek. Namun begitu, subjek Ko-k masih belum digugurkan.

-InsyaAllah esok akan pergi ke Transkrian. Ada projek astronomi disana..... (jemputlah kesana)

Friday, July 9, 2010

Anda adalah ketam bunga.....

Assalamualaikum.... dan salam sejahtera....

Kini ku semakin hilang keyakinan untuk mempeercayai orang-orang di sekeliling ku. Lebih ramai yang ku kenal, semakin banyak la ragam yang aku lihat. Aku tidak menyalahkan mereka. Mereka juga insan biasa seperti. Senantiasa melakukan kesilapan sama ada sedar mahupun tidak.

Ape yang membuatkan ku lebih kecewa,kerana sikap. Sikap kita. Ada apa dengan sikap kita? Sikap kita yang suka menjatuhkan orang. Hasad, dengki, dendam membuatkan kita tidak mampu berfikiran waras. Sanggup menjatuhkan saudara sendiri. Sikap ini ibarat ketam bunga.


Sedap... Sungguh sedap jika dimasak. Tetapi,seperti yang ku katakan tadi. Sikap, semua kerana sikap. Ketam bunga jika diletakkan didalam baldi yang besar dalam kuantiti yang banyak, maka, semestinya tidak ada seekorpon akan terlepas dan keluar dari besen tersebut. Hal ini kerana mereka akan menarik kawan-kawan mereka semula kedalam baldi jika ada ketam yang mencuba untuk keluar dari baldi tersebut.

Jika ramai kawan-kawan disekeliling anda bersikap sedemikian.... apa yang anda buat?


P/S :

-Baru saja selesai melakukan aktiviti astronomi bersama ahli-ahli
-Menjadi seperti lalang kerana terpaksa berdiri ditengah-tengah antara dua pihak
-Terfikir, mampukan aku bertahan pada hari kelak. Cabaran yang menanti semakin payah. Bermacam-macam lagi ragam yang akan dijumpai...

Thursday, July 8, 2010

Kisah Cinta Bintang pada Sang Bulan.

 Assalamualaikum W.B.T...dan Salam Sejahtera

Kisah Cinta Bintang pada Sang Bulan.

KENAPA bulan dan matahari tak dapat bertemu?
Sedangkan BULAN dan BINTANG adalah sahabat sejati???

Suatu hari pernah Bulan mendengar sebuah bintang berbicara pada bulan “Aku tidak ingin lagi menemanimu mulai malam ini dan seterusnya” katanya.
“Kenapa?” tanya bulan
“Padahal aku menyukaimu, aku menyukai malam-malam dimana kau ada dan menemani ku hingga fajar menjelang”
tetapi bintang itu hanya diam meredup dan bersembunyi di balik mega.
Justeru karena bulan menyukainya maka bintang itu menghilang.
Cinta memang aneh, bukankah ia seharusnya mempersatukan?
Bintang itu mencintai bulan.
Tetapi bulan tidak mencintainya, ia hanya ‘ menyukainya’.
Siapakah yang membeda-beda kan cinta dengan suka?
Kenapa bulan tidak membencinya saja, malah bulan menyukainya sehingga bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemaninya malam nanti.

Bukankah bintang seperti api panas,berkobar dan memberikan sinar?
Namun Bintang yang mencintai sang Bulan ini hanyalah sebuah bintang kecil yang berwarna merah.
Karena itu ia tak pernah dapat mengumpulkan keberanian untuk berkata pada bulan
“ Aku mencintaimu!”.
Bulan sendiri tidak pernah menganggap bintang sebagai lebih dari sahabat yang selalu menemaninya setiap malam, dan sesungguhnya bintang mengetahuinya.

“Aku mencintai matahari” kata bulan
”Ia dapat membuatku bersinar indah diwaktu malam.
Ia membuatku selalu ditunggu oleh para pencinta malam. Ia membuatku selalu dinanti oleh para pujangga yang yang menulis berbait-bait puisi tentang cinta hanya dengan melihat diriku di langit malam.

Bintang tak pernah habis berfikir kenapa bulan mencintai matahari, bulan bahkan hampir tak pernah bertemu dengan matahari dan ketika mereka bertemupun bulan akan kehilangan sinarnya.
Kita menyebutnya gerhana matahari,
Matahari tidak pernah memikirkan bulan, ia hanya bersinar dan memberikan sinarnya tanpa membeda-bedakan.
Ia bahkan tidak mengetahui kalau sinarnya dimanfaatkan oleh bulan untuk bersinar dimalam hari.
Ia hanya menganggap bulan sebagai benda yang kadang-kadang menghalanginya memberi sinar kepada bumi.

Atau Mungkinkah matahari mencintai bumi,??
Misteri

Bintang merasa tidak mendapatkan keadilan.
Kenapa bulan mencintai matahari yang bahkan tidak pernah memikirkan bulan, dan bukan mencintai bintang yang mencintai bulan dengan sepenuh hatinya?
Bintang juga merasa tak berdaya karena walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya kepada bulan agar selalu kilau kemilau, bintang tak dapat melakukannya karena jaraknya yang sangat jauh.

Matahari juga adalah bintang, bintang merah yang sama seperti dirinya, karena letak nyalah matahari dapat terlihat lebih terang daripada bintang.
Tapi bintang adalah bukan matahari, karena itu bulan tidak mencintai bintang.

Cinta memang aneh. Karena itu sekali lagi bintang berkata, kali ini kepada semua teman- temannya
“Aku tidak ingin lagi menemani bulan mulai malam ini”
kemudian ia menghilang (tak hanya meredup danbersembunyi di balik mega) dan tak pernah lagi menemani bulan.

Ku beritahu sebuah rahasia, sekarang Bintang itu turun ke bumi sebagai Bintang jatuh memberi harapan bagi permintaan sepasang kekasih agar mereka berdua dapat hidup berbahagia hingga akhir hayatnya.

Walaupun dia tak mendapatkan cinta sang Bulan,ia dapat menjadi berarti bagi sepasang kekasih menjadikan kisah mereka indah.

Di olah dari: cintadearhaniey.wordpress.com


p/s :
-aku baru sahaja sah sebagai salah seorang student minor astronomi....
-Menjadi MT dalam Kelab Astronomi
-berusaha untuk mengilap bakat berkomunikasi....adoi....

Thursday, June 24, 2010

Universiti Ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bangun!! Selamat Pagi cikgu... baiklah murid-murid, hari ini kita akan membuat satu karangan yang bertajuk Universiti ku...

Aku tertanya-tanya adakah terdapatnya pensyarah ataupun cikgu memberikan tugasan macam ini pada kita. Tetapi tidak mengapalah, letak ditepi sahaja persoalan ini. Ada perkara yang penting yang ingin ku sampaikan.

ya....mulai awal bulan julai ini, kebanykan pelajar... bukan.... mahasiswa baru akan menjejakkan kaki ke Universiti masing-masing. Ada yang terletak di utara, selatan, di Sabah mahupun Sarawak.

Namun begitu, sedarkah kita, terdapatnya golongan yang tidak mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka kerana tidak ditawarkan untuk memasuki mana-mana universiti.

Kita sebagai golongan yang bertuah ini, sebolehnya kita bersyukur. Apa kata kita mengambil semangat dan perjuangan sahabat-sahabat kita yang lain, yang tidak dapat meneruskan pengajian mereka di Universiti.

Dalam satu siri Kamen Rider, watak utamanya ada menyatakan “for all the people that cannot fight, i will fight. Apa yang nak saya tekan kan di sini adalah, kita sebagai golongan yang terpilih, seharusnya dan sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh.Jangan lari dari niat asal kita, sebab ape kita masuk Universiti.
(sebenarnya, macam-macam pengajaran yang kita boleh sedut dari pelbagai program. Jangan pandang sebagai hiburan semata-mata, tetapi ada mesej yang disampaikan)

Baiklah, kepada sesiapa yang berjaya memasuki Universiti, saya ucapkan, tahniah dan perjuangan baru bermula. Bagi yang berada di Universiti, perjuangan anda masih belum tamat. Walhal, bagi yang tidak berjaya, saya mengharapkan yang terbaik untuk anda. Rezeki Allah ini luas. Tidak mustahil, anda akan berjaya dan mengalahkan golongan yang berjaya ke Universiti. Masing-masing ada potensi untuk berjaya dimuka bumi Allah yang luas ini.

Entry ini khas untuk saya sendiri dan kepada semua pembaca...

P/S : Entry berkenaan boiling frog akan diusahakan..... harap-harap saya rajin....

Sedarkah kita?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Kali ini saya nak persoalkan gaya pemikiran kita. Kita ini terlalu selesa ( terutamanya golongan macam SAYA).

Sedarkah kita, kita akan semangat belajar pabila masa terdesak. Terutamanya pabila tarikh ujian atau peperiksaan semakin hampir. Namun begitu, selepas tamatnya ujian atau peperiksaan, NAK PEGANG BUKU PON AMAT PAYAH.


Oi! Oi! kenapa capslock ni? nak kena Rider kick ka?

Sabar-sabar sahabat ku... kita ini dilandasan yang sama. Ayuh berubah. =)


Ada juga, saya bertanyakan kepada sahabat lama. Beliau baru sahaja habis menduduki STPM. Sewaktu berborak, sahabat ini menyatakan bahawa dia amat bosan. Biasalah, peperiksaan sudah tamat, itu tandanya cuti panjang. Cuti panjang bermaksud, cuti tanpa meluaskan pemikiran. Cadanganku kepada beliau, apa kata anda belajar.

Respon beliau, Alah...... Peperiksaan sudah tamat... buat ape belajar?

Jawapanku berbunyi begini... ...........................................(isi tempat kosong)



Itulah kita. Macam Boiling Frog Experiment...... (akan bersambung......)

OKB In The House

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Wah.... Cuti sekolah ni bermacam-macam rancangan televisyen yang ditayangkan kepada penonton. Apatah lagi yang berkenaan dengan OKB (Orang Kaya Baru). Mudah ke nak jadi kaya ni kawan?
Untuk pengetahuan semua, kita pon boleh menjadi OKB. Mudah sahaja untuk menjadi OKB cara saya ni.

Kelebihan program OKB cara Az :

      1.Tidak memerlukan sebarang modal

      2.Mudah dan praktikal

      3.Tidak perlu takut sebarang risiko

      4.Hati tenang.

      5.Keuntungan berlipat ganda dihari kelak


Wow!! berminat? bolehlah hubungi ( 017-******* )...... =p


Sebenarnya, OKB yang saya maksudkan adalah, Orang Kuat Berselawat/bertasbih/beristifar.... mudah sahaja. Tetapi kita ini manusia sahaja, perkara yang mudahpun, kadang-kadang liat untuk melaksanakannya. ( “entry selepas ini akan membincangkan berkenaan ini ).

Jadi, terpulang kepada semua. NAK atau TIDAK.... Soalan mudah je kan?



P/s : peringatan untuk diri sendiri juga

Wednesday, June 9, 2010

Pabila kandungan Glukosa menurun

Assalamualaikum W.B.T

Terngamam dan tersentak pabila melihat result...... Janjiku kepada Ustazah Waheeda tidak dapat ditunaikan. Bagiku, keputusan ini mungkin adalah terbaik dengan diriku. Hal ini kerana kelekaan ku, kelakuan ku, dan banyak kelemahan-kelemahan lain yang perlu diambil kira...

Oh tuhan..... semoga hambamu ini kuat untuk memperbaiki diri ini......Mengharapkan terbaik daripada MU...

Wednesday, May 19, 2010

Kisah JuHa dengan Si Penipu.

Assalamualaikun dan salam sejahtera..

Pada suatu hari Juha sedang duduk termenung di depan pintu rumahnya..dia merenung kepada seutas rantai emas di tangannya. Rantai emas tersebut adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Kerana yang selainnya sudah habis di jual untuk membayar segala hutang-hutangnya. Sebab sebelum ini dia banyak berhutang setelahmana dia menanggung kerugian dalam berniaga.

Oleh kerana dia sekarang ini terlalu kesempitan harta, maka dia tidak bercadang untuk menjual rantai emas tersebut. Biarlah rantai tersebut di simpan buat selama-lamanya kerana ianya adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Akhirnya dalam masa yang sama dia mengambil keputusan untuk bermusafir iaitu untuk membina hidup baru dengan azam baru. Tanpa berlengah terus dia bersiap sedia untuk memulakan permusafirannya kerana kebetulan dalam masa yang sama ada satu kabilah yang di pimpin oleh seorang saudagar yang terkenal akan berangkat pulang ke negaranya dengan barang dagangan serta hasil keuntungan yang banyak. Kabilah tersebut adalah dari negara jiran. Dia pergi berjumpa saudagar tersebut...lalu meminta untuk bekerja dengannya. Tanpa banyak bicara saudagar tersebut terus menerimanya menjadi salah seorang pekerjanya.

Pergilah dia bersama-sama dengan kabilah tersebut....sampai di negara tersebut dia pun terus bekerja dengan saudagar tersebut dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh sekali. Setelah agak lama dia bekerja si saudagar tadi melihat bahawa Juha adalah seorang pekerja yang baik...bagus...rajin lagi tekun. Maka tanpa banyak fikir dia memilih Juha untuk turut serta dengan kabilah yang bakal di hantarnya besok hari untuk pergi berniaga ke negara jiran.

Setelahmana Juha mendapat tahu bahawa dia terpilih untuk turut serta dengan kabilah tersebut....maka mulalah dia terfikir bahawa sudah pasti berbulan-bulan lamanya dia akan pergi....perjalanan pula memakan masa agak lama....jadi rantai emas satu-satunya peninggalan orang tuanya mesti di simpam baik-baik....dia tidak boleh untuk membawanya. Kerana mana tahu dalam perjalanan nanti kabilahnya akan di rompak.

Puas dia berfikir pada siapa hendak dia amanahkan rantai emas tersebut untuk di simpan. Sebab apa ! sebab dia orang baru di situ....dia baru tinggal di situ buat beberapa bulan saja...jadi dia belum kenal banyak orang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kepada jiran sebelahnya....kerana dia melihat bahawa jiran sebelahnya boleh di percayai. Orangnya agak berumur, pemurah, baik hati, juga seorang peniaga yang terkenal di bandar tersebut.

Pada keesokan harinya sebelum bertolak....pagi-pagi lagi Juha telah pergi kerumah orang tua tersebut. Dia mengetuk pintu rumah...tidak lama kemudian pintu pun di buka dan keluarlah orang tua tadi dengan senyuman lebar. Tanpa banyak bicara Juha pun berkata :

"Wahai Tuan ! aku adalah jiran kamu dan aku adalah orang asing di sini. Baru beberapa bulan saja aku tinggal di sini. Jadi aku mahu bermusafir dengan kabilah saudagar si polan untuk berniaga ke negara jiran. Oleh kerana merasa bimbang jadi aku minta agar kamu sudi untuk menerima suatu amanah untuk kamu simpankan buat seketika. Bila pulang nanti aku akan ambil semula...barang tersebut ialah rantai emas ini !".

Juha pun mengeluarkan rantai tersebut dari poket jubahnya. Bila orang tua tadi terlihat rantai emas tersebut....matanya tidak berkelip-kelip.....tetapi untuk menyembunyikan perasaan tamaknya dia pun berkata demi menenangkan hati Juha :
"Wahai saudaraku ! sesungguh amanah adalah suatu yang besar lagi berat. Aku boleh menerimanya tetapi dengan syarat kalaulah berlaku apa-apa janganlah kamu menyalahkan aku. Sebab apa ! aku ni pun dah berumur dan uzur pulak tu....katalah di takdirkan Allah aku mati sedangkan kamu belum pulang-pulang lagi lebih-lebih pulak aku tidak ada waris untuk aku amanahkan rantai ini !".

Berkata Juha : "Wahai Tuan ! tidak mengapalah aku yakin bahawa kamu adalah seorang yang amanah. Seandainya berlaku yang sedemikian aku memaafkannya terlebih awal....walau bagaimanapun kamu cubalah cari sesiapa yang boleh menyimpan amanah ini sementara aku pulang semula nanti. Dan seandainya aku yang mati dulu sebelum kamu, maka aku berharap kamu dapat jualkan rantai emas ini dan duitnya kamu sedekahkah kepada fakir miskin juga sesiapa yang memerlukannya !. Rasanya kita tidak memerlukan sesiapa pun untuk menjadi saksi kerana Allah swt sudah cukup untuk menjadi saksi !".

Orang tua tadi pun setuju dengan apa yang di perkatakan oleh Juha.....di terimanya amanah tersebut. Lalu tanpa berlengah Juha pun terus meminta izin untuk pergi kerana kabilahnya sudah hampir mahu berangkat. Tidak lama kemudian berangkatlah Juha bersama-sama kabilah tersebut dengan hati penuh tenang....dengan penuh keyakinan terhadap orang tua tadi.

Permusafirannya memakan masa agak lama... berbulan-bulan lamanya. Selang beberapa bulan barulah Juha pulang berserta kabilah perniagaannya dengan membawa hasil keuntungan yang banyak. Sebelum pulang Juha sempat membeli satu hadiah untuk dia hadiahkan kepada orang tua yang menyimpan amanahnya tanda terima kasihnya. Sudah pastilah ianya juga adalah suatu hadiah yang juga berharga.

Bila sampai saja...tanpa berlengah terus Juha meminta izin untuk pergi kerumah orang tua tersebut. Oleh kerana terlalu gembira saudagar yang punya kabilah pun terus mengizinkannya. Juha terus berlari kerumah orang tua tersebut dengan hati penuh gembira...tidak sabar untuk melihat semula rantai emas peninggalan orang tuanya.

Sampai saja kerumah orang tua tersebut terus dia mengetuk pintu sambil memberi salam : "Assalamualaikum!" kemudian kedengaran suara menjawab dari dalam sambil lewa sahaja....mahu tak mahu seakan-akan tidak menghiraukan siapa yang memberi salam : "Waalaikumussalam !!".

Setelah agak lama menunggu barulah pintu di buka....tuan rumah membuka pintu untuk melihat siapa yang memberi salam tadi. Juha terus melemparkan senyuman manis kepada orang tua tersebut. Akan tetapi orang tua tersebut sama sekali tidak membalas senyuman Juha...seakan-akan dia tidak pernah mengenali Juha.

Walau bagaimana pun Juha terus menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya kepada orang tua tersebut seraya berkata : "Aku harap kamu sudi menerima hadiahku ini sebagai tanda terima kasihku terhadap kamu. Kerana kamu sudi menerima amanahku...terima kasihlah kerana kamu sungguh baik hati !".

Akan tetapi orang tua tadi memberi isyarat seakan-akan dia tidak faham apa maksud kata-kata Juha....dia memberi isyarat seakan-akan dia sama sekali tidak mengenali Juha....lantas dia berkata : "Eh ! apa yang kamu katakan ini ! apa dia amanah yang kamu katakan itu ! dan aku tak pernah pun mengenali kamu !". Dengan serba salah Juha pun berkata : "Eh ! bukankah aku ada meminta kamu menyimpan rantai emas sebagai satu amanah pada kamu dulu !".

Dengan suara yang tinggi tiba-tiba orang tua tadi berkata sambil menudingkan jari kepada Juha : "Pergilah kamu dari sini ! aku rasa kamu ni gila ! aku tak pernah berkenalan dengan kamu langsung dan aku tidak ada menerima apa-apa amanah dari kamu !. Aku harap kamu boleh pergi segera sebelum aku memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Seakan-akan mahu tercabut kepala Juha dari badan bila mendengar kata-kata si orang tua tadi. Dia cuba menenangkan orang tua tersebut....dia cuba menceritakan cerita sebenar, tetapi orang tua tadi menolak mentah-mentah....semuanya di nafikan dengan memaki serta menjerit-jerit ke muka Juha : "Pergi kamu dari sini ! aku tidak mahu tengok muka kamu!".

Tanpa banyak bicara terus Juha meninggalkan rumah orang tua tersebut dengan hati penuh tanda tanya... penuh kecewa...tidak tahu apa yang hendak di lakukan lagi. Lama dia duduk termenung di depan pintu rumahnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tuan Hakim lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.....di ceritakan tentang orang tua yang telah mengkhianatinya. Tetapi sebelum pergi kerumah Tuan Hakim hati kecilnya berkata :
"Apa pula yang akan dapat di lakukan oleh Tuan Hakim selagimana si orang tua itu tetap juga menafikan bahawa dia tidak ada menerimana apa-apa amanah dariku...lebih-lebih lagi aku tidak mempunyai bukti mahupun saksi !....mana mesti aku dapatkan bukti dan saksi sebab aku tidak ada menulis apa-apa tentang amanah tersebut !?".

Akan tetapi Juha sama sekali tidak berputus asa dan yang penting dia tidak mahu kehilangan satu-satunya harta peninggalan orang tuanya. Terus dia berfikir dan berfikir bagaimana untuk mendapatkan semula hartanya itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi bertemu terus dengan Tuan Gabenor bandar tersebut untuk mengadu hal. Tanpa berlengah terus dia pergi kerumah Tuan Gabenor. Sampai di depan pintu istana dia meminta izin untuk masuk...tetapi pengawal pintu tidak mengizinkannya selagimana dia tidak menceritakan apa sebab dia mahu bertemu Tuan Gabenor.

Juha pun menceritakan tujuannya dengan nada penuh sedih. Lalu pengawal pun berkata : "Baiklah ! kamu tunggu di sini sebentar...aku akan berjumpa Tuan Gabenor untuk meminta izin buat kamu masuk menemuinya !". Juha pun menunggu di pintu istana dengan penuh pengharapan. Tidak lama kemudian pengawal pun datang seraya berkata : "Ha ! masuklah Juha ! Tuan Gabenor telah mengizinkan kamu masuk !".

Dengan penuh gembira...tanpa berlengah terus Juha masuk ke dalam istana untuk bertemu Tuan Gabenor. Sampai di depan Tuan Gabenor terus Juha ceritakan apa yang sebenarnya berlaku...oleh kerana tidak tertahan kesedihannya Juha pun menangis semahu-mahunya. Simpati Tuan Gabenor di buatnya lantas beliau berkata : "Kenapa kamu tidak pergi terlebih dahulu kepada Tuan Hakim !?".

Jawab Juha : "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa bukti ataupun saksi. Dan kerana aku katakan padanya bahawa saksi kita ialah Allah swt !". Mendengar yang demikian beliau pun berkata : "Kalau begitu ! aku pun tidak boleh untuk berbuat apa-apa....kamu tidak mempunyai apa-apa bukti. Kalaulah di bawa orang tua itu kesini sudah pasti dia akan menafikannya wahai Juha !".

Mereka semua menjadi buntu, suasana senyap seketika. Tiba-tiba Juha berkata : "Wahai Tuan Gabenor ! aku ada satu jalan...kalau berjaya jalan ini, maka akan jelaslah bahawa orang tua tersebut adalah seorang penipu dan suka mengkhianati amanah orang. Akan tetapi sekiranya perancangan aku ini tidak berjaya, maka janganlah kamu lakukan apa-apa kekerasan terhadap orang tua tersebut !".

Tuan Gabenor pun bersetuju untuk mendengarnya....Juha pun mulalah memberitahu tentang perancangannya satu persatu. Tuan Gabenor mendengarnya dengan teliti sekali. Beliau mendengarnya dengan begitu minat sekali sambil terdetik di dalam kepalanya : "Bahawa Juha ini seorang yang cerdik juga !". Akhirnya beliau pun bersetuju untuk melakukan seperti apa yang telah di sarankan oleh Juha demi memberi pengajaran kepada orang tua yang suka menipu tadi.

Pada keesokan paginya Juha terus membawa sebuah kerusi lalu di letakkan betul-betul di depan kedai kepunyaan orang tua tersebut....lalu dia pun duduk di atas kerusi tersebut...dia duduk dengan penuh ego dan sombong sekali. Lantas dia melemparkan pandangannya ke arah orang tua yang sedang duduk di dalam kedainya dengan pandangan sinis dan tajam seolah-olah sedang bermusuhan. Melihatkan yang demikian orang tua tadi pun merasa pelik...lama kelamaan dia mula naik marah. Oleh kerana tidak sabar dia terus bangun menuju ke arah Juha yang sedang duduk di depan kedainya. Juha tetap tenang dan tidak bergerak sama sekali, seakan-akan tidak memperdulikannya.

Bertambah marahlah si orang tua tadi....dengan kemarahan yang membuak dia terus menyentap leher baju Juha seraya berkata : "Eh ! kenapa kamu duduk di sini tanpa keizinan dariku....ini adalah kawasan kedaiku. Aku beri amaran sekiranya kamu tidak mahu pergi aku akan memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Rupa-rupanya secara sepontan beberapa orang pengawal istana pun datang....mereka terus meleraikan pergaduhan tersebut. Orang tua tadi tidak berpuashati seraya berkata : "Orang ini duduk di depan kedaiku tanpa keizinanku, sudah begitu dia melihat ke arahku dengan penuh ego dan sombong sekali sedangkan aku tidak pernah mengenalinya !".

Serta-merta pengawal tersebut berkata dengan suara penuh lembut : "Tuan ! kawasan ini adalah jalan umum. Orang ramai berhak untuk berbuat apa saja...samaada mahu duduk...berdiri. Jadi Tuan yang mulia ini tak salah. Dia berhak duduk di sini walaupun kamu kata kawasan ini berada dalam hak kamu. Dia berhak walaupun kalau dia mahu duduk di atas kepala kamu sekalipun. Jadi adakah kamu faham wahai orang tua yang tak sedar diri !?".

Bentak si pengawal sambil mempersilakan Juha duduk semula ke atas kerusinya : "Silakan duduk Tuan! silakan!" lantas si pengawal tadi pun mengambil segelas air lalu di berikan kepada Juha sambil berkata : "Sila minum Tuan! Tuan kalau ada apa-apa kami semua sedia berkhidmat untuk Tuan!".

Semua itu terus di saksikan oleh orang tua tadi dengan penuh kehairanan...tetapi kemarahannya terus membuak. Dalam hatinya berkata : "Eh ! siapakah sebenarnya lelaki ini ! hinggakan pengawal istana pun begitu hormat sekali terhadapnya !?"..seakan-akan ada sesuatu yang dia tidak mengetahuinya.

Tidak lama kemudian kedengaran suara melaung : "Orang ramai ! beri laluan kerana kenderaan Tuan Gabenor mahu lalu !"....tahulah orang ramai bahawa Tuan Gabenor telah berbesar hati untuk meninjau keadaan di pasar....semua yang hadir berdiri memberi penghormatan. Kebetulan tempat Juha duduk itu adalah kawasan jalan umum yang bakal di lalui oleh kenderaan Tuan Gabenor. Orang tua tadi terus bergegas berdiri di depan kedainya memberi hormat. Tetapi yang pelik lagi ialah Juha sama sekali tidak bangun....bahkan dia terus duduk tenang seakan-akan tidak menghiraukan bahawa kenderaan Tuan Gabenor semakin menghampirinya.

Tidak lama kemudian sampailah kenderaan Tuan Gabenor di hadapan Juha....tiba-tiba berhenti kenderaan tersebut....lantas serta merta Tuan Gabenor turun dari kenderaan seraya berkata : "Wahai saudara ! mengapalah kamu tidak beritahu aku bahawa kamu datang kesini ! sudahlah begitu kamu tidak mahu berziarah ke istana pulak tu !. Sesungguhnya kami semua terlalu merindui kamu kerana sudah lama tak jumpa !".....Juha terus bangun lantas memeluk Tuan Gabenor dengan begitu mesra sekali.

Ini semakin menjadikan orang tua tadi kehairanan. Tahulah dia bahawa Juha bukan sebarang orang....dia dari kerabat Tuan Gabenor juga...mulalah dia merasa serba salah. Sebelum Tuan Gabenor beredar Juha berkata :
"Baiklah ! nanti aku akan pergi ke istana....sebab aku ada beberapa urusan yang mesti di selesai hari ini. Kalau tak selesai nanti aku beritahu kamu lah kerana sebenarnya aku tidak mahu menyusah-nyusahkan kamu dan aku yakin bahawa sudah pasti kamu akan dapat membantu aku. Nanti sajalah kita bertemu di istana... !". Tuan Gabenor pun memberi salam : "Assalamualaikum !"...jawab Juha : "Waalaikumussalam !".

Melihat yang demikian orang tua tadi hampir-hampir mahu pengsan, tahulah dia bahawa selama ini dia sengaja menempah bala. Dia telah bermusuhan dengan kerabat istana....dia tahu sendiri apa balasan yang sedang menunggunya. Tanpa banyak bicara terus dia berlari masuk ke dalam istana....di ambilnya rantai emas dari laci meja...lalu berlari semula keluar kedai menemui Juha sambil katanya dalam ketakutan : "Wahai Tuan ! ambil lah semua rantai emas yang kamu amanahkan kepadaku dulu. Aku minta maaf banyak-banyak !...aku berjanji tidak akan melakukannya lagi!" sambil dia mencium-cium tangan Juha.

Melihatkan yang demikian pengawal istana terus menangkap orang tua tersebut....jelaslah bahawa selama ini memang orang tua tersebut suka berbuat khianat kepada sesiapa yang ada memberi amanah kepadanya. Orang tua tersebut terus di bawah ke istana untuk di bicarakan... setelah mengaku bersalah Tuan gabenor pun mengambil keputusan supaya dia di penjara buat seketika untuk memberi pengajaran kepadanya. Sambil beliau berkata :

"Memang benarlah bahawa kamu ini adalah salah seorang yang telah di sabdakan oleh baginda Rasulullah saw dalam hadisnya yang berbunyi : "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga : "Bila berkata-kata dia dusta, bila berjanji dia ingkari dan bila di beri amanah dia khianat !"...maka balasan untuk orang seperti kamu ini ialah penjara di dunia dan neraka di akhirat !".

Mendengar yang demikian orang tua tadi menjerit-jerit meminta maaf dari Juha dan juga dari Tuan Gabenor moga di ampunkan kesalahannya...dan dia benar-benar bertaubat : "Maafkanlah aku ! maafkanlah aku ! aku bertaubat dan aku berjanji tidak akan berlaku khianat lagi !".

Tuesday, May 18, 2010

Selepas Lama Menyepi.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, selamat juga ku sampai ke USM selepas pulang ke rumah pada 15 Mei yang lalu. Kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang berlaku pada diriku ini. 15 Mei, selepas magrib. Leman kembali ke Rahmatullah. Jika anda sudah lupa akan beliau silalah klik sini.

Dalam perjalanan pulang untuk pergi ke pengebumian leman, diriku ditimpa musibah pabila skuterku, terbabas. Walaubagaimanapun, syukur ke hadrat ilahi kerana aku masih bernafas dan mampu untuk meneruskan tanggungjawabku. Dalam perjalanan pulang, bermacam-macam lagi dugaan yang terpaksa ku hadapi, antaranya, hampir-hampir dilanggar mat rempit.( Ketika itu, mereka race dan dihadapan polis buat roadblock. Jadi Mat Rempit yang baik hati ini, membuat U-turn dan melawan arah, bayangkanlah kat highway). Selepas itu pula, aku ditahan pak cik polis disebabkan disyaki merempit juga? ( apekah? adakah sya2, sejenis skuter mampu merempit?). Apa yang aku fikir dalam fikiran, adakah kes polis melepaskan tembakan........

Pada 16 Mei Pula.... Hari Guru... Tapi tidak banyak yang ku mampu lakukan untuk menyambut hari guru ini kerana melawat rumah leman. Bantu apa yang patut walaupon masih cedera. Sayang... aku tidak mampu membantu semasa arwah leman ditanam.

Pada Hari berkenaan juga, seniorku, Kak Siti Hajjar Hassan melansungkan perkahwinan beliau bersama Ust. Zainulfaqar. Untuk pengetahuan semua, Kak Hajjar ini merupakan salah seorang yang membentuk diriku sekarang. Terima kasih kepada beliau, kebanyakan bakatku diasah dan ditanam oleh beliau. Selamat pengantin baru untuk beliau....

Semoga pasangan ini berkekalan hingga ke Akhir hayat.

Nota sya2 :

1. Masih dalam tempoh recovery. Masalah besar jika masih sakit minggu depan apatah lagi aku diletakkan dalam department makanan dan minuman. Mesti memberi layanan terbaik dan senyuman manis

2. Esok ada meeting dengan Motorol, lusanya pula dengan Pn Rosni, selepas itu meeting bersama En Nazru. Tulatnya pula, tugas berat.

3. Melihat gambar seniorku yang kahwin ini, membuat aku tertanya-tanya, bagaimanakah perwatakan dan personaliti isteriku kelak... =,="

4. Masalah emosi dan jiwa yang kemuncak. ( Anda tahu cara menanganinya.)

5. Bermacam-macam lagi....Dll

Thursday, April 29, 2010

Hai, nama saya Siti, tapi saya seorang lelaki


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apakah? apakah yang penulis nak sampaikan ni?

Bertenang..... Bertenang wahai sahabatku....Ini bukan kisah "hot". Tapi untuk membuka mata anda. Terdapatnya spesis yang amat-amat jarang kita lihat. Jika ia adalah haiwan, mungkin kita akan kagum. Namun begitu, bagaimana pula jika ia berkaitan manusia yang cuba mengubah fitrahnya.

Mungkin ada dikalangan anda semua tahu pasal kisah ini, mungkin juga tidak. Kisah penulis yang mahu dikongsikan bersama adalah berkenaan seorang lelaki, yang bernama fazdil atau kini lebih dikenali sebagai Fatine Young... penulis ulang lagi sekali... Fatine Young.

Apa penulis boleh sentuh dan ulaskan dari kes ini adalah

Pertama, kesan makyah dan pengkid semakin serius dan membarah. Golongan ini perlu dibimbing, bukan dipersalahkan semata-mata kerana mereka juga merupakan seorang insan.

Islam membenarkan insan `istimewa`  2 jantina memilih jantina mereka mengikut syara, tetapi penjelasan agama berkaitan dengannya masih asing disisi masyarakat. (mungkin satu hari nanti penulis akan bincangkan berkenaan hal ini)

Kita kembali ketajuk asal kita. Dalam kisah Mohamed Fazdil, dia berkahwin dengan seseorang yang berlainan agama dengan islam. Bukan sahaja menukar jantina, malah berkahwin dengan LELAKI (kristian). Sepertimana yang kita tahu jika seseorang bukan islam mahu berkahwin mahu berkahwin dengan islam, maka mereka perlu menukar agama mereka dahulu. Namun, berlainan pula dengan kes Fazdil. Masing-masing masih kekal dengan agama masing-masing. Yang lebih mengejutkan, kenyataan si fazdil,

"Sejahil-jahil saya, insya-Allah datang UK ni, saya solat, puasa tak pernah tinggal, pasal hal keseksualan saya, biarlah Allah yang tentukan." link




Chef, si Fatine ni ada facebook tak?

Terima kasih atas pertanyaan anda. Dia ada facebook dan juga fan page 

Chef, mengapa chef bagi link untuk si fazil ini?

Hurm, penulis mahu pembaca membuka mata mereka. Penulis bukan mahu mencela golongan ini. Tetapi, kita masih tidak sedar berkenaan realiti dunia pada masa sekarang. Jika anda membuka fan page dia, anda akan lihat, ada sebahagian menyokong, dan ada sebahagian menentang. Anda digolongan mana?


Bagi kaum adam yang berada diluar sana itu, jagala ke `Handsome an` anda. Manakala bagi kaum hawa, jagala Kecantikan anda. Bersyukurlah atas ciptaan pencita kita. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. wassalam


Nota kaki
  1. Mungkin satu hari nanti, kita perlu lebih berhati-hati ketika kahwin, masakan tidak, bayangkan jika pasangan kita adalah satu jantina dengan kita?
  2. Jangan cepat berbangga diri atas kelemahan orang lain. Mungkin satu hari nanti, perkara yang lebih keji yang akan kita lakukan.

Tuesday, April 27, 2010

Kecekalan Hati Si Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Penulis acapkali dikotakkan bahawa, jika si ibu kehilangan suami ( meninggal ), amat sukar bagi si ibu untuk mencari peganti kerana kasih sayang si ibu lebih kepada anak-anak. Berlainan pula dengan si bapa, amat sedikit bilangan mereka mengekalkan kedudaan mereka untuk menumpukan masa kepada anak-anak.


Mungkin masing-masing ada alasannya. bagi si ibu, mungkin, jika dia berkahwin, anak-anaknya akan terabai, manakala bagi si suami, mungkin jika berkahwin, isteri barunya mampu menjaga anak-anaknya( berlainan pula dalam cerita papadom ).

Penulis agak kagum dengan kisah seorang ibu ini. Mampu menbesarkan dan mendidik bukan 8orang anak, bukan 9 orang anak, tetapi............13 Orang.

WANITA yang bernama Noor Jannah Ahmad, 42, sangat bertuah kerana bukan saja mampu melahirkan 13 anak, memiliki empat anak kembar lelaki malah mampu membesarkan semua anaknya dan memberi pendidikan sepenuhnya kepada mereka.

 Menurut pelukis ilustrasi ini, dia tidak pernah merancang memiliki anak ramai, tetapi dibesarkan dalam keluarga besar dengan 12 beradik. Sebagai anak sulung, menjaga adik adalah pengalaman yang amat meletihkan.

"Ketika itu saya bangga dengan mak kerana mampu menjaga kami 12 beradik dalam keadaan serba kekurangan. Jadi saya merancang memiliki empat anak saja apabila berkeluarga," katanya memulakan cerita. 


Belum sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, Noor Jannah dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga. Ketika itu dia berusia 17 tahun dan suaminya 20 tahun.

Namun, dugaan Tuhan datang menimpa ketika anak kedua berusia 30 hari, suami tercinta maut dalam kemalangan jalan raya.

"Betapa luluhnya hati saya mengenangkan anak masih kecil tidak berbapa. Namun, saya reda menerima dugaan Tuhan dengan tabah," katanya.

Empat tahun kemudian dia diduga lagi apabila dipinang untuk menjadi isteri kedua kepada Ahmad Izhar Mohammed Noor oleh ibu mentuanya sendiri. Atas dasar kekeluargaan, dia menerima dengan reda kerana dulu dia adalah anak angkat kepada ibu mentuanya kini.

Selepas dua bulan berkahwin, Noor Jannah disahkan mengandung dan melahirkan anak perempuan, Noor Alifah Ammatillah. Memiliki kesuburan tinggi sama seperti ibunya menyebabkan dia mengandung setiap tahun, hasilnya dia mendapat empat anak lelaki daripada perkahwinan kedua menjadikan jumlah anaknya tujuh.

Oleh kerana sangat sukakan kanak-kanak, dia dan suami sepakat memperoleh seorang lagi anak perempuan untuk kelahiran kelapan termasuk dua anak dengan suami pertama, selepas itu barulah melakukan perancangan keluarga.

"Alhamdulillah selepas melahirkan anak kelapan, saya memperoleh anak perempuan dan ini menguatkan semangat saya untuk merancang keluarga kerana sudah cukup dengan enam lelaki dan dua perempuan. Tambah pula rakan memberikan galakan kepada saya supaya mengambil pil perancang," jelasnya.

Dengan bersusah-payah serta sedikit ilmu yang diperoleh di Internet, Noor Jannah mendapatkan maklumat di Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Doktor menyarankan saya mengambil pil perancang Marvelon, namun selepas tiga bulan, darah saya membeku menyebabkan saya mengalami kesakitan teruk.

"Berbekalkan sedikit ilmu saya pergi semula ke LPPKN untuk menukar bentuk perancangan kerana berasakan pil tidak sesuai dengan hormon badan yang sudah melahirkan lapan anak. Kemudian saya disarankan mengambil suntikan setiap sebulan.

"Selepas dua bulan, saya mengalami muntah dan demam yang teruk. Namun, rakan yang pernah mengambilnya mengatakan ini simptom biasa.

"Saya biarkan saja sehinggalah sampai kepada bulan ketiga. Tidak tahan menanggung sakit saya berjumpa doktor, bagaikan dipanah petir mendengar kata-kata doktor yang saya sedang mengandung.

"Mana mungkin mengandung sedangkan saya berusaha untuk mengelak kehamilan. Saya menangis dua minggu kerana penat lelah saya menaiki bas, dengan mengendong anak kecil ke LPPKN, tetapi dibalas dengan perkara yang sangat menduga keimanan saya.

"Ketika itu pula kerjaya sedang berada di kemuncak, ditambah pula tekanan menjadi isteri kedua. Ia sangat menguji kesabaran. Kalau boleh saya mahu berehat dan merancang ekonomi keluarga pula," katanya.

Noor Jannah berasa sangat kecewa kerana Tuhan tidak menolongnya atau memakbulkan doanya, malah diberi ujian baru pula. Dengan penuh rasa kecewa dia berdoa Allah memberikan anugerah terbaik untuk kandungan ke sembilannya ini dan selepas itu dia akan meredai apa yang berlaku.

Ketika menjalani pemeriksaan kandungan 15 minggu, alangkah terkejutnya apabila doktor memberitahu dia bakal melahirkan anak kembar. Ketika itu hati Noor Jannah kembali berbunga dan berasakan inilah anugerah paling bernilai yang akan diterimanya.

Apa yang membuatkan dia lebih terkejut ketika pemeriksaan lima bulan, doktor mengesahkan kandungannya mempunyai tiga denyutan jantung. Paling menghairankan apabila ketiga-tiga janin dalam kantung (rahim) berlainan.

"Ketika itu sayalah orang paling gembira kerana bakal melahirkan anak kembar tiga dan saya mula terfikir mengenai rahmat Allah ini," katanya.

Oleh kerana kes dialami Noor Jannah sangat luar biasa, dia menjadi perhatian pakar perubatan dalam dan luar negara serta ditempatkan di Hospital Selayang selama tiga bulan untuk pemantauan.

Semua pakar berasakan yang Noor Jannah hanya bertahan sehingga tempoh 28 minggu, sekali lagi keajaiban berlaku apabila dia mampu bertahan sehingga 35 minggu dan ini sangat luar biasa bagi ibu mengandung kembar tiga.

Lebih membuatkan mereka terkejut Noor Jannah bukan saja melahirkan kembar tiga seperti diberitahu doktor, sebaliknya kembar empat lelaki.

Walaupun terpaksa menanggung kesukaran membesarkan anak, dia tidak pernah merungut dan sentiasa ikhlas menjaga mereka walau terpaksa berkorban masa dan tenaga.

"Kelahiran kembar empat ini sangat istimewa serta pembawa rezeki kepada saya. Cinta saya kepada Allah semakin kukuh dan dekat. Saya sentiasa berinteraksi dengan-Nya pada setiap waktu.

"Malah kini baru saya sedar semua dugaan yang diberikan ada hikmah di sebaliknya andai kita menjadi insan sabar dan reda dengan setiap dugaan.

"Walaupun serba kekurangan, saya sentiasa reda dan tawakal dengan rezeki yang diberikan. Sedikit, tetapi semua mencukupi. Saya juga mendidik anak berjimat dan mengajar mereka untuk bersama-sama menambah pendapatan," katanya.

Di sinilah bermula perjalanan hidup Noor Jannah yang banyak merubah pandangan orang lain terhadap dirinya. Jika ada berkata gaji kecil tidak cukup untuk anak ramai, dia menyangkal dakwaan itu. Ini kerana dia berjaya mengubah persepsi orang lain terhadap dirinya.

Menurutnya, pada mulanya masyarakat bersimpati kepadanya dengan menghulurkan bantuan apabila mengetahui dia mempunyai 13 anak dengan seorang menghidap penyakit jantung berlubang. Mereka menganggap apabila beranak ramai, bermakna perlu diberi simpati dan dikasihani.

"Pada mulanya saya menerima juga sumbangan orang ramai, tetapi sampai bila? Saya tidak perlu dikasihani kerana saya mampu menjaga anak dengan rezeki yang ada. Bukan bermakna saya ego, tetapi saya tidak mahu masyarakat menganggap, "Oh patutlah kehidupannya begini sebab beranak ramai."

"Saya mahu orang menghormati saya kerana mampu menjaga dan mendidik mereka seperti orang lain," katanya.

Sejak itu, dia berusaha menjadi ibu berilmu dengan meluaskan pengetahuan menerusi pembacaan di Internet. Apa saja dilakukan dia akan membuat kajian terlebih dulu, sehinggakan jenis ubat yang diambil anak-anaknya, Noor Jannah mengambil tahu mengenai kandungan serta kesan yang akan dialami.

Ini membuatkan doktor sendiri kagum dengan pengetahuan yang ada dalam dirinya sehingga melantiknya sebagai rakan hospital di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

"Bayangkan saya hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran, tetapi apabila berbual, ramai menyangka saya berpendidikan universiti kerana setiap perbualan akan saya selitkan dengan bukti serta contoh tertentu," katanya.

Dia juga mahu menukar persepsi orang ramai yang sering menganggap ibu beranak ramai tidak mampu menjadi ibu terbaik.

"Saya mahu menukar paradigma dengan memberitahu kepada semua orang yang saya beranak ramai kerana memiliki pengetahuan dan mampu mendidik anak menjadi insan berguna," jelasnya.

Baginya, tekanan atau tidak bergantung kepada caranya mampu mengendalikan perasaan dan penilaian hidup seharian yang akan mengubah persepsi orang lain terhadapnya.

Kini selepas 24 tahun, Noor Jannah sudah boleh menarik nafas lega kerana dua anaknya sudah bekerja dan mengikut jejak langkah ayahnya dalam bidang penyiaran iaitu sebagai pengarah televisyen serta jurutera bunyi.

Selepas kembar empat berusia sembilan bulan, Noor Jannah mengandung lagi untuk anak ke-13 pada usia 35 tahun dan kini pada usia 42 tahun, dia sangat berbangga mempunyai 13 anak yang bukan saja berdikari, tetapi sangat memahami.

Bagi Noor Jannah, anak inilah harta paling bernilai yang tiada tolok bandingnya. Merekalah yang akan memanjangkan pahalanya selepas dia meninggal nanti iaitu doa anak yang soleh. 


Nama anak: 
1. Muhammad Amirul Muttaqin, 23 (pengarah televisyen dan jurugambar) 
2. Muhammad Amirul Musoddiqin, 22 (jurutera bunyi) 
3. Noor Alifah Ammatillah, 18 
4. Ahmad Aiman Al Mubaraq, 16 
5. Ahmad As'ad, 15 
6. Muhammad Izzat, 13 
7. Muhamamd, 11 
8. Nur 'Umairah, 10, 
9. Ahmad Amjad Azri, 8 
10. Ahmad Amjad Bahzi, 8 
11. Ahmad Amjad Fitri, 8 
12. Ahmad Amjad Ghazi, 8 
13. Nur Asyran Nabihah, 7 


Untuk yang masih belum berkahwin, persiapkan diri anda. Tanggungjawab yang bakal dipikul, amatlah berat. Penulis ingin menekankan, INI BUKAN PERKARA MUDAH!!


Nota kaki :


  1. Jika anda menghayati artikel diatas, Noor Jannah ada menyatakan bahawa, anak inilah harta paling bernilai yang tiada tolok bandingnya. Merekalah yang akan memanjangkan pahalanya selepas dia meninggal nanti iaitu doa anak yang soleh. Penulis tidak mengerti, adakah si pembuang anak ini, tidak menghargai harta? Bukan semua pasangan mempunyai peluang untuk dikurniakan harta yang amat bernilai.
  2. Bagi Kak Hajjar, appreantice mu di sini mungkin tidak berpeluang ke Muar walaupun permintaan ramai disana menantikan kehadiran ku. Semoga urusan perkahwinan akak berjalan lancar.
  3. Penulis masih bersikap kebudak-budakan? mungkin memerlukan masa yang banyak untuk berubah.